B A B 16

11.4K 523 12
                                    










ADA sesuatu yang menyentuh tangannya membuatkan Qays terjaga. Saat dia membuka mata, putih saja suasana sekeliling dan bauan ubat menusuk ke rongga hidung. Qays lorotkan pandangan melihat dadanya berselirat dengan wayar dan IV drip di tangan.

Tahulah Qays sekarang di mana dia berada. Dia toleh ke kiri di bahagian bahu terasa ada suatu beban yang diletakkan. Rupanya April yang sedang tertidur dengan wajah yang sembab.

"Awak dah sedar? Qays, awak dah sedar?" Terasa berbayang suara itu menyapa halwa telinga April. Dengan wajah pucatnya dia tersenyum dan mengangguk perlahan.

Tak sempat menahan, April bangun dan keluar dari wad yang menempatkan suaminya. Kemudian datang dua orang doktor yang tidak asing lagi bagi Qays.

Doktor Rajesh.

Doktor Akrami.

Kedua-duanya doktor pakar dalam bidang yang melibatkan pesakit seperti dirinya. Selepas memeriksa Qays, kedua orang doktor tersebut mendapatkan April semula dan menjelaskan sesuatu pada isterinya itu. Itu yang membuatkan Qays semakin resah.

April mendekati katilnya dan wajah itu ketara sedang menahan tangisan.

"Kenapa awak selfish sangat Qays? Kenapa?" Tanya April dengan wajah yang langsung tiada secalit senyuman.

Qays memandang sayu ke dalam anak mata hazel itu. Tak tergamak mahu membiarkan April terus berada di dalam kesedihan begini. Rasa bersalah semakin menebal.

"Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak ada masalah jantung sejak remaja lagi? Awak tahu tak keadaan jantung awak sekarang macam mana?!" Marah April.

"Aku—tahu" jawab Qays lemah.

April mengenggam cadar hospital itu kuat. Menggeletar seluruh tubuhnya. Dia dah lama sakit tapi baru semalam April tahu yang suaminya itu menghidap sakit kronik.

"Dua hari Qays....dua hari saya tunggu awak balik tapi awak tak balik. Saya risau. Mujur ada Syed Aqmar. Itupun kalau saya tak ugut dia mungkin sampai mati saya akan hurung rasa bersalah ni. Awak selfish!" Luah April geram, sedih, takut semua ada. Bercampur-baur.

"Kau sedih ke?" Soal Qays perit.

April pura-pura ketawa besar.

"Taklah, saya bahagia! Tak lama lagi saya akan rasa pahitnya kehilangan suami, jadi janda sebelum waktunya dan Syed Adrish Qaazi akan jadi yatim! Bodohnya soalan awak ni!" April teresak menangis sambil menunduk memegang perutnya yang semakin membusung itu.

"Aku minta maaf..." ucap Qays. Dia telan liur yang terasa pahit.

"Kalau awak selfish ke tahap ini, saya pun terpaksa pentingkan diri lebih dari awak. Awak kena janji dengan saya untuk berjuang bersama saya untuk besarkan Adrish. Saya nak awak ada bersama di waktu yang bermakna dalam hidup saya dan Adrish. Saya nak awak berjanji dengan saya sekarang Qays!" Desak April.

"Aku tak janji sayang" ujar Qays lagi.

"No! Awak kena berjanji dengan saya!" Bentak April memaksa. Jari kelingkingnya disatukan dengan jari kelingking Qays.

"See, sekarang awak dah berjanji. Awak kena sembuh Qays. Kami akan tunggu awak" suara April rendah kembali.

"35 percent je untuk aku kembali sihat macam dulu. Tak sampai separuh pun lagi. Kalau aku mungkir janji aku kalini, aku minta maaf sangat-sangat pada kau, pada Adrish dan pada semua" ujar Qays tenang.

"Ya Allah, dugaan apa yang kau titipkan buat suamiku ini" April menutup wajahnya dengan telapak tangan. Dia tidak kuat menerima semua ini.

Setelah beberapa detik menyepi, April seka air matanya dan mengelus pipi Qays.

"Saya akan cari penderma dengan secepat mungkin. Awak tunggu sini, saya nak berjumpa dengan Dr Rajesh" tergesa-gesa April melangkah pergi.

"Belle!" Seru Qays namun tidak dilayan. April dah pun keluar meninggalkan dia berseorangan di situ.














         MEREKA berjalan berpimpinan meuju ke taman. April duduk sebelah Qays dan mereka sama-sama memerhatikan anak kecil yang sedang ligat bermain di taman permainan. Qays memeluk tubuh April dari sisi dan mengusap lembut perut isterinya itu.

"Tak teringin ke nak tengok Adrish membesar dan main macam diorang?" Tanya April.

"Mestilah teringin. Anak aku. Tapi kalau ada rezekilah. Mana tahu ajal yang datang dulu sebelum rezeki nak tengok anak sendiri" jawab Qays.

Terus wajah April berubah mendung. Dia tunduk membelek tangannya yang bertaut dengan tangan berurat milik Qays.

"Ini semua kifarah pada saya ke sebab selalu menuntut perpisahan? Sampaikan Allah betul-betul nak pisahkan awak dari saya?" Tanya April penuh kesal.

"Kenapa cakap macamtu? Ingat elok ke?" Qays berubah tegas.

"Saya minta maaf, saya takut awak pergi. Saya taknak perkara tu terjadi" tutur April perlahan.

"Jangan halang kerja tuhan. Kalau Dia berkehendak maka jadilah. Tak ada sesiapa mampu menghalang. Tetapi selagi kau ada di sisi aku, aku akan bertahan. Aku cuba untuk kuat. Kau kan dah paksa aku berjanji" Pujuk Qays semula.

"Teruskan bertahan, tak ada yang mustahil kan?" April memberi semangat lagi.

"Sekurangnya hajat aku bakal tercapai untuk mati sebagai suami kau. April Isabelle, I love you. Maaf kerana lewat untuk mengungkap kata cinta. Percayalah, aku dah lama jatuh cinta pada kau sejak malam kita dinikahkan tu lagi" luah Qays jujur dan ikhlas dari lubuk hatinya.

Terhinjut bahu April menahan esakan. Dia tak betah memandang ke hadapan lagi. Dia menunduk saja.

"Saya pun cintakan awak Syed Qays Jareed. Saya minta ampun sangat-sangat atas dosa saya yang dulu. Jangan tinggalkan saya. Jangan tinggalkan kami. Awak ketua keluarga kecil kita, jadi saya merayu jangan pergi lagi" April terus memeluk Qays tanpa banyak bicara lagi.

"Aku ada, jadi jangan sedih-sedih. Even nanti aku ditakdirkan untuk pergi jauh dari sini pun aku taknak kau bersedih atas pemergian aku. Dengar tak apa aku cakap ni Isabelle?" Titip Qays.

"Abang..." seru April menggunakan panggilan yang sudah lama dia idamkan untuk memanggil si suami. Qays senyum lebar. Bibir pucat itu kian merekah.

"Ya sayang..." balas Qays lembut.

"Saya akan ada dengan abang. Kita berjuang sama-sama ya?" Ajak April.

"Inshaallah, selagi abang ada kudrat untuk berjuang. Demi sayang, demi Adrish, abang akan bertahan. Thankyou—" hujung dahi April disinggahkan satu kucupan.

Syahdu betul suasana tika itu.

Sempat juga Qays mengungkapkan kata cinta di hadapam insan yang dia cintai. Dan jika mengungkapkan cinta ini mampu membuat dia bertahan sehingga ke titik akhir, kepada Tuhanlah Qays mahu panjatkan kesyukuran.






















TBC.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now