B A B 3

10.9K 530 14
                                    











          QAYS bermain-main dengan pen di tangan. Adakalanya diketuk pada meja menghasilkan satu rentak. Terngiang-ngiang pula akan perbualannya bersama Tengku Arman beberapa hari yang lepas di luar surau pejabat agama.

"Aku anggap April Isabelle tu dah macam adik aku dah Reed. Aku yakin ada orang yang dengkikan korang. Sama ada tak puas hati pada kau takpun dengan April. Aku harap kau tak mudah melatah"

"Sekali kau apa-apakan dia, jangan harap kau akan dapat jumpa dengan April lagi. Langkah mayat aku dulu baru aku benarkan"

Klak!

Pintu bilik pejabat Qays ditolak dari luar. Terus terhenti lamunan lelaki itu serta-merta. Qays memandang si gerangan yang datang.

"Huh, ada apa?" Soal Qays dengan nada malas. Tidak berminat barangkali dengan kehadiran lelaki itu.

"Dato' Saif dalang semua ni. Yang paling menyedihkan, perempuan tu cuma mangsa keadaan. Dia tak terlibat dan orang tua tu gunakan dianuntuk khianat kau" beritahu Syed Aqmar membuatkan segenap tubuh Qays mengejung.

Dato' Saif?

Pemegang saham syarikatnya juga. Namun sekarang sudahpun menjadi 'bekas' pemegang saham disebabkan jenayah yang dilakukannya iaitu pengubahan wang haram dan juga terlibat dalam kes rasuah. Tidak mustahil lah kalau lelaki tua itu mahu berdendam dengan Qays pun.

"Dari mana kau tahu?"

"Fahri, dia ada malam yang kau kena tangkap. Dia tahu semua pasal ramcangan orang tua nak mampus tu. Memang betul, perempuan merangkap isteri kau tu tak bersalah. Dia cuma mangsa keadaan" cerita Syed Aqmar.

Qays tergenap. Wajahnya cuba ditenangkan seperti biasa. Di dalam hati tuhan saja yang tahu berdebarnya dia teringat akan April yang menjadi mangsa deranya. Dirogolnya wanita itu tanpa belas kasihan sehingga April melarikan diri darinya.

"That stupid rascal," Qays memicit tulang hidungnya. Jelas rahang lelaki itu bergerak-gerak tanda lava kemarahan bakal meletus.

"Aku akan buat kau mampus harini juga orang tua!" Qays pantas berdiri dan Syed Aqmar pun kalut berdiri sama mendapatkan sepupu bau-bau bacangnya itu.

"Bro, kau nak pergi mana?!"















           SEMINGGU April berkurung di dalam bilik memencilkan diri. Mujur dapat majikan yang bertimbang rasa seperti Tengku Arman yang dengan baik memberi cuti bertenang pada April sehingga April sedikit sihat.

Dan selama seminggu itu juga April masih tidak boleh lupa dengan apa yang menimpa dirinya. Sungguh dia jijik dengan dirinya sendiri kerana sudah dinodai tanpa kerelaannya.

"Arghhhh! Aku benci kau! Aku benci!" Jerit April nyaring seperti sudah hilang pertimbangan.

Pasu bunga kaca itu diragut kasar dan dihempas di atas lantai. Kemudian April mengutip serpihan kaca tersebut lalu digenggam kuat. Darah yang menitis dibiar saja. Sakit yang dia alami itu tidak sesakit saat diperlakukan seperti tiada harga diri oleh Syed Qays Jareed.

"Kenapa kau buat aku macamni? Sakit...aku benci! Aku jijik!" Rintih April seorang diri.

"Astaghfirullahalazim April Isabelle!" Tak menunggu lagi laju Camellia mendapatkan April yang sudah berlumuran dengan darah di tangan.

Genggaman tangan April dileraikan dan kaca yang digenggam dibuang. Camellia terus memeluk April erat. Mengongoi sedih April di dalam pelukan Camellia.

"Milly, kenapa orang jahat dengan aku Milly. Aku taknak hidup lagi. Aku jijik dengan diri aku..." adu April sayu.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now