B A B 8

11.2K 558 17
                                    











         DI surau pejabat, Qays berteleku lama di atas tikar sejadah dengan pikiran yang menerawang entah ke mana. Dia nak April Isabelle kembali padanya, setiap kali solat mesti Qays tidak lupa untuk berdoa meminta April supaya lembut hati. Tapi hal dia dengan Aralyn pun masih belum ke titik akhir.

Aralyn pula, sudah beria mahu membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka berdua. Bodohnya Qays kerana terlanjur memberi gadis itu harapan sedangkan hatinya mahukan yang lain.

"Tuan Syed, ada tetamu datang. Dia ada buat appointment dengan tuan minggu lepas. Dari TG construction" terjengul kepala Saera di muka pintu.

Qays mengangguk seraya meraup wajahnya lalu segera berkemas melipat sejadah disangkut di tempatnya semula.

"Come in,"

Dari wangian saja Qays dah dapat teka siapa gerangannya. Bauan Lancome La Vie Est Belle itu sangat mengasyikkan. Qays leka sebentar sehingga lah April datang dan berdiri penuh hormat di hadapannya.

"Maaf atas keterlewatan dari pihak saya tuan Syed" kata April sangat formal.

"Belle," seru Qays perlahan.

"Izinkan saya duduk?" Pinta April dan Qays mengangguk mengizinkan. Dia perhati saja tindak-tanduk wanita itu yang sedang mengeluarkan pelan projek mereka.

"Ini apa yang saya dah touch up seperti yang tuan Syed mahukan. Kalau ada yang tuan nak saya baiki, saya boleh baiki lagi"

"Call me by my name Belle. Lagi sedap panggil aku abang ke" celah Qays. Geram betul dengan mulut kecil itu yang tak henti-henti mahu membuat dia rasa serba tidak kena.

"Kerja buat cara berkerja ya TUAN" April menekan pangilan tuan tersebut sehingga Qays mengeluh geram.

Terus Qays berdiri dan berdiri di sebelah April yang sedang duduk membentangkan pelan itu. Tangan ditongkat sebelah. Kuat bauan Hugo Boss menerjah masuk ke rongga hidung April. Menggugat iman betul.

"Tak apa, sambung je explain pada I Mrs Jareed" Qays senyum gatal tanpa memandang wajah April yang kelihatan tidak selesa itu. Apa ingat April saja boleh buat, Qays pun boleh balas balik semula lah.

"Dah tu perlu ke duduk dekat macam ni?" April menjeling tajam.

"Bukannya dosa. Dah HALAL!" Bisik Qays lagi terus April berdiri sama.

Ei! Nak saja dia hempuk kepala lelaki itu dengan fail berkulit tebal atas meja ni ha. Gatal tak bertempat. Makin lama makin menjadi-jadi.

"Sit down madam Isabelle" bahu April ditekan dan dipaksa duduk semula. Belum sempat April mahu mencubit perut, laju saja Qays mengelak. Terbit tawa dari lelaki itu. Lama tidak lihat Qays ketawa bukan?

Dalam pada sakan duk mengusik isteri sendiri itu, sekali lagi pintu pejabat Qays terbuka dari luar. Melingas lelaki itu menoleh. April pun turut menoleh sama bila terasa aura panas tiba-tiba di sekelilingnya.

"Hye, sorry. I ganggu you ke Jareed?"

Qays hanya diam tak tahu nak jawab apa. Otaknya seperti gagal berfungsi tika itu.

"I ada discussion dengan client I. Ada apa datang sini Aralyn?" Tanya Qays semula.

"Oh la sorry. I nak ajak you balik memandangkan office hour dah habis. Nak ajak cari barang sikit. Kalau macamtu I tunggu you dekat luar dulu lah ya?" Kata Aralyn.

Tak sempat Qays mahu mengangguk, April berdiri sama. Dia menggulung semula kertas pelas tersebus lalu dimasukkan semula ke dalam casing.

"Eh tak apa, maaf menganggu. Salah pihak saya kerana lewat sampai tadi cik—"

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now