B A B 11

11.7K 566 12
                                    








HAMPIR tergoda Syed Qays Jareed melihat si isteri yang sudah cantik bersiap mahu keluar. Dengan baju mengandung labuhnya, tudung bawal dililit kemas, wajah pun bermekap nampak April Isabelle semakin manis. Qays yang baru masuk dari menyiram pokok, sempat curi memandang si April.

"Nak pergi mana pulak tu?" Tanya Qays.

"Dating" jawab April selamba dan Qays menyungging sinis.

"Dengan siapa?"

"Pakwe saya la, Tengku Shariff kenapa?" Sengaja April mahu menduga nak lihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar.

"Shariff? Kau...dating dengan Shariff?" April angguk meyakinkan. Qays melangkah mendekati si isteri.

"Pergi masuk bilik. Kalau nak dating, lambat lagi aku nak izinkan. Melainkan dating dengan aku" arah Qays tegas.

"Biarlah, awak keluar dating dengan Aralyn pernah ke saya call awak suruh awak balik? Tak ada kan? Ada masalah ke dengan awak?" Balas April semula.

"Tak boleh. Sekejap aku nak call Shariff jangan nak menggatal sangat dengan bini orang" Qays mengeluarkan iPhonenya dari pokey seluar ingin mendail nombor Tengku Shariff.

Apa ingat dia main-main.

"Ishh! Orang gurau je lah!" April merampas telefon di tangan lelaki itu dengan wajah cemberutnya.

"Tahu takut, cakap cepat kau nak keluar pergi mana?" Tanya Qays serius.

"Sibuklah dia ni. Saya nak keluar cari barang baby" jawab April malas.

"Nak ikut!" Qays dihambat rasa teruja.

"Tak payah, nanti orang nampak kita berdua apa pula diorang cakap. Tak payah sibuk!" Tolak April garang.

"Alaaa, bolehla nak ikut. Aku boleh belanja kau. Aku nak tengok juga apa kau beli untuk baby" Qays bersuara gedik meraih simpati si isteri.

"Tak payahlah, nanti cakap saya ni nak mengikis harta awak pula. Orang macam saya ni kan spesies mata duitan!" April sempat memulang paku buah keras. Terus berubah riak wajah Qays.

"Aku tetap nak ikut. Tunggu sini aku nak pergi bersiap sekejap. Kau keluar juga siap kau!" Qays memberi amaran dan April terpaksa mendengar.

"Sibuk je lah orang tua ni. Siapa ajak dia tak tahu" omel April geram.

April menjeling penampilan ringkas suaminya itu. Lelaki ini pakai t-shirt putih kosong dengan seluar chino hitam tu pun kacak. Nak teman dia ke nak cuci mata cari isteri baru?

"Jom!" Ajak Qays tidak sabar.

April masih tercegat berdiri memegang sneakers putih milliot and co itu. Qays seakan faham, dia mengambil sneakers di tangan si isteri lalu mengajak April duduk di bangku luar rumah. Kasut putih tersebut dipakaikan untuk April.

April ralit melihat perbuatan suaminya itu. Senyuman yang ingin terbit segera dipadam.

"Terima kasih" ucap April.

"Sama-sama. Nanti ingat, cari kasut yang lebih selesa untuk kau berjalan. Sneakers macamni bukan sesuai sangat untuk ibu mengandung. Nanti kaki kau sakit" April angguk faham.

Sampai ke tahap itu Qays prihatin terhadap dirinya.













RAMBANG mata Qays dibuatnya saat masuk ke dalam kedai barangan bayi itu. Kalau boleh semua dia nak beli. Semuanya comel-comel. Dia mengikut April memilih baju dan geram saja melihat baju bayi perempuan yang kembang-kembang disusun secara bersebelahan.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now