E P I L O G II

14.5K 535 44
                                    










         APRIL duduk termenung sendirian di meja island di antara ruangan dapur dan juga ruang makan. Tiba-tiba saja dia teringatkan peristiwa beberapa tahun yang lepas yang membuatkan April hampir putus nafas.

Walaupun peristiwa keramat itu sudah berlalu hampir 5 tahun, tapi masih segar diingatan April Isabelle. Jantung April seakan mahu berhenti berfungsi sama saat mendapat tahu Qays diserang cardiac arrest dua kali.

Waktu itu, hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan April. Fikirnya, dia takkan dapat merasai kasih sayang seorang suami sampai bila-bila. Dengan sabar dia menunggu Qays pulang kepadanya selama tiga bulan. Menunggu suaminya itu sembuh sepenuhnya pun hampir setahun.

Sedar-sedar saja, Syed Adrish dah boleh merangkak waktu itu. April bersalin, berpantang semunga sendiri tanpa ditemani suami. Tabahkan April Isabelle?

"Mommy mana?" Qays bertanyakan pada Adrish dengan perlahan. Tak mahu April dengar dia sudah pulang dari Toronto.

Adrish menjeling ke sebelah kanan. Sekadar memberi isyarat mata saja pun sudah cukup Qays tahu di mana keberadaan isterinya yang tercinta.

"Nah bagi ni pada mommy. Cakap kat mommy, daddy say sorry..." bisik Qays lalu menyua jambangan bunga ros merah pada Syed Adrish yang selalu menjadi pihak pengaman.

"Nanti, Rish nak upah lego baby yoda punya edition tau!" Pinta Syed Adrish dan Qays mengangguk.

"Semua edition Star Wars pun daddy boleh bagi. Tapi bagi ni dulu pada mommy" dia mengangguk mengusik daddynya.

Tahu pun takut. Sampai hati buat ratu hati dia sedih. Adrish melangkah penuh gaya mendekati mommynya yang duduk bersendirian di dapur.

"Mommy, are you okay?"

Terus April menoleh mencari tuan empunya suara yang sungguh prihatin bertanyakan keadaan dia.

"Ya, mommy okay..."

"Nah, daddy bagi. Daddy cakap sorry dekat mommy"  Adrish menyua jambangan boleh tangan besar itu pada April.

"Mana dapat ni?" Soal April pelik. Rasa-rasa Adrish main dalam rumah je tadi.

"Daddy lah bagi" jawab Adrish sambil senyum. Kelakar betul mommy dengan daddy dia ni. Tapi comel.

"Lepastu mana daddy?" Soal April dengan nada yang sebak tadi kepada garang macam mak singa.

"Ada, sembunyi dekat tangga" beritahu Adrish memecah rahsia.

"Okay, daddy nak kena ni" April lantas bangun membawa bunga tersebut bersamanya. Syed Qays Jareed memang nak kena!

"Allahu sayang!" Baru saja menoleh wajah menyinga April yang disapa terlebih dahulu.

"Siapa sayang abang, hm?" Soal April semula.

"Sayang...sorry lah. Tak sengaja" Qays mulakan taktik mengayatnya.

"Tiada maaf bagimu! Nah, ambik balik bunga ni. April taknak terima. Seminggu abang hilang, lepastu buat April dengan Adrish tunggu dekat airport macam orang bodoh!" Hambur April geram.

"Belle, watch your words...bercakap dengan abang ni kan" tegur Qays serius semula.

Dada Qays ditampar bertubi-tubi. April teresak menangis. Qays pula yang rasa serba salah teramat sangat.

"You don't even know how bad I miss you. April overthinking, I'm scared of losing..." luah April dalam esakan.

"Shhh, abang sorry. Abang minta maaf buat sayang sedih, buat sayang rindu dan buat sayang takut. Abang minta maaf. Phone abang hilang. Mujur ada iPad. Sorry ya, abang tak berniat pun" pujuk Qays semula.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now