B A B 15

11.3K 529 26
                                    











          NASI putih dijemput dan cebisan isi ayam masak kicap pun disatukan bersama. Harini, mak buyung nak makan suapan darinya pula. Tak mahu guna sudu, tak mahu makan sendiri. Jadi, Qays dengan berbesar hati menyuap April guna tangan. Berselera isterinya itu makan.

"Nah air, karang tercekik pula" air sirap disua dan April meneguknya tanpa banyak cakap.

"Nak lagi" pinta April.

Ralit memandang wajah tampan itu, air mata April mengalir tiba-tiba tanpa disuruh. Qays hanya tenang lalu meletak pinggan nasi di atas meja dan mengelas air mata yang mengganggu pandangan April itu.

"Makan lagi" arah Qays.

Suapan demi suapan sehinggalah habis sepinggan nasi disuap oleh Qays. April tak henti menangis kerana rasa terharunya.

"Kenapa kau menangis?" Tanya Qays dan April memilih untuk menggeleng saja. Dia tak ada jawapan mengapa dia cengeng sangat harini.

"Kenyang dah?" Tanya Qays meminta kepastian. April mengangguk tanda dia sudah kenyang.

"Saya nak cakap sikit dengan awak" kata April setelah sekian lama berdiam diri.

"Cakaplah, kau nak cakap apa?" Qays memberi ruang jika April ada sesuatu yang hendak disampaikan.

"Lupakan janji bodoh tu?" Pinta April dalam suara yang bergetar.

"Kenapa?" Tanya Qays semula. Dulu, bukan main April mendesak untuk dia tunaikan janji untuk diceraikan.

"Saya taknak. Saya dah buat pilihan, saya nak kekal jadi isteri awak. Kita beri peluang dalam rumah tangga ni ya?" Pinta April benar-benar berharap.

"Kau yakin ke? Kau tak takut kalau nanti di hujung cerita aku akan kecewakan kau lagi sekali? Mana tahu, aku mati ke kan bercerai juga namanya tu" April geleng kepala laju.

"Saya yakin dengan keputusan saya. Sekarang ni giliran awak, awak boleh tak lupakan janji awak tu?" Qays senyum tawar.

"Aku tak berani berjanji lagi Belle. Cukuplah sekali aku terlanjur tabur janji dan saban hari kau asyik sebut dan mengingatkan aku tentang itu. Maafkan aku. Aku takut kalau aku berjanji lagi kali ni dan kalau aku tak berjaya tunaikan kau akan tuntut sampai bila-bila. Jangan seksa aku, kalau aku nak pergi aku nak pergi dengan tenang" jawab Qays hambar.

"Awak takkan pergi mana-mana kan?" Soal April semula. Kenapa Qays suka cakap guna perkataan yang dia susah nak faham.

"Sebabtu aku taknak berjanji Belle. Kau ni sejenis yang berpegang pada janji. Sebabtu aku takut" April mengangguk faham akhirnya.

"Saya minta maaf atas segala kekejaman yang saya lakukan. Saya sedar, ada masa saya mendesak. Ada masa saya menguji kesabaran awak sebagai suami. Saya minta maaf. Kalini saya janji saya takkan degil dan menguji kesabaran awak lagi" pinta April dan Qays mengangguk bersama senyuman.

"Aku tak ambil hati pun. Pokok pangkalnya, semua berpunca daripada aku. Kau jadi serik dan trauma ni pun sebab aku. Maafkan aku juga ya?" Balas Qays.

Rasanya ini kali pertama mereka berdua berborak penuh sepakat begini. Qays rasa tenang dan lega. Sekurang-kurangnya masalah boleh diselesaikan dengan baik.
















             APRIL memeluk tubuh Qays erat tak mahu melepaskan. Bila ditolak menjauh, April membentak tanda dia tidak mahu. Qays ketawa terhibur dengan kecomelan another level isterinya itu. Jenuh dia nak pujuk menyuruh April tinggal dengan walid dan uminya.

"Aku pergi pejabat aje pun Belle. Janganlah macamni" pujuk Qays lembut.

April menggeleng di dada Qays. Dia tidak mahu. Pokok pangkalnya, dia taknak benarkan Qays ke mana-mana.

"Saya boleh rasakan awak tipu saya. Awak bukan nak ke pejabat, tapi awak nak ke tempat lain" kata April.

"Tapi aku akan balik lah, jumpa kau, jumpa Adrish" jawab Qays.

"See?! Bermakna awak bukan nak ke pejabat pun kan? Awak tipu saya!" April menolak dada bidang itu menjauhinya.

"Isabelle...." Pujuk Qays semula.

"Pergilah, tinggalkan saya. Saya duduk dengan umi dengan walid dekat sini" April masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang sedikit pun.

"Isabelle" panggil Qays yang masuk semula ke dalam rumah. Aiyo, nak keluar pun tak tenang kalau macamni gaya.

"Kenapa pula ni?" Tanya Puan Ilani yang melihat kegawatan menantunya itu.

"Qays nak keluar sekejap, ada orang tu merajuk pula" cerita Qays serba tak kena.

"Orang nak balik....tolonglah" rengek April sambil memeluk si ibu meminta pertolongan.

"Sayang, aku takut aku balik lewat. Kesian kau kena tunggu di rumah tu sorang lama-lama" jelas Qays berharap isterinya itu faham.

"Jangan pergi lama-lama! Bawaklah saya!" Lawan April pula.

"Tak boleh, aku takut aku kena pergi berlama sikit kalini. Kau mengandung mana boleh ikut. Rehat dekat rumah dah la" pulang Qays semula.

"Tengok tu, awak memang selfish!" Bentak April sebelum berlalu pergi ke dapur.

Qays tertunduk serba salah.

"Tak apalah Qays, pergi je lah siapkan urusan kamu. Umi boleh tengok-tengokkan April di sini. Jaga diri kamu sudah. Mood orang mengandung memang macamtu. Turun naik" kata Puan Ilani.

Barulah sedap sikit hati Qays mahu pergi.

"Qays pergi dulu umi, minta maaf kalau ada salah silap yang Qays buat. Tolong jaga Isabelle sekejap ya" Qays menyalam tangan ibu mertuanya itu hormat.

Tidak lama selepas itu, kereta Syed Aqmar pun tiba di depan rumah keluarga mertuanya. Dari depan pagar rumah, Qays menoleh semula ke belakang dan April menunggu di depan pintu memandang dia sayu.

Qays melambai mesra dan dibalas dengan jelingan tajam. April turut menjelir lidah ke arahnya.

Isteri siapalah yang comel sangat tu?





















Heheh, nak hero pergi betul-betul or pergi tipu-tipu?

Happy iftar semua!















TBC.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now