ADRISH X ARMEL - 1

6.8K 399 51
                                    













BEG Hermes Birkin berwarna hot pink itu disangkut pada lengan. Langkah diatur penuh gaya memasuki ruangan yang hanya ada beberapa orang staf sahaja di situ. Langsung tiada secalit senyuman di wajah cantik Tengku Armel.

"Good morning puan" sapa Leila penuh hormat.

"Morning, boss you ada?"

"Ada, tapi—" belum sempat Leila menghabiskan ayat, Armel terus menerjah masuk ke dalam bilik pejabat suaminya.

"Abang!" Laung Armel teruja.

Terlepas pen ditangan saat mendengar suara lunak itu menyeru namanya. Terus Adrish bersandar pada kerusi empuknya sambil memicit tulang hidung mancungnya.

"You tak kerja ke harini Tengku Armel?" Soal Adrish malas.

"Mestilah tak. Abang, Mel bawa banyak makanan untuk kita lunch sama-sama" tak berhenti mulut itu berkicau sejak masuk ke dalam pejabat si suami. Adrish hanya diam dan perhatikan saja tanpa minat.

"I kerja Armel...." Meleret nada Adrish menegur. Tidak gemar waktu kerjanya diganggu. Tambah pula yang membuat ulah di sini adalah isteri sendiri. Nanti apa pula kata staff yang lain.

"Tak apalah, Mel tahu abang ada kerja. Abang buatlah kerja abang dulu. Mel boleh tunggu" Mel bangun dan selamba saja mencabul pipi Syed Adrish dengan menggunakan bibir mungilnya.

Panas telinga lelaki itu sambil mengusap pipi sendiri. Tak beri salam terus rempuh saja ini budak!

"Mel bawak makanan ni duduk situ tau. Kerja keras ya abang, ada Mel yang selalu buat abang pening kepala" Tengku Armel kenyit mata nakal.

Syed Adrish geleng kepala malas mahu mengambil pusing dengan isterinya itu.

Dalam 15 minit Tengku Armel menunggu tiba-tiba telefon Adrish berbunyi minta diangkat. Armel menjeling oerilaku suaminya.

"Yes, waalaikumsalam dato'—" Syed Adrish bangun dan berbual seperti mahu keluar.

"Abang nak pergi mana?" Tanya Armel saat Adrish sudah menamatkan panggilan.

"I ada lunch date dengan Dato' Furqan. If you don't mind, makan seorang boleh? Takpun ajak Leila temankan. Sorry" kata Adrish eengan wajah tidak bersalahnya.

Tengku Armel menjatuhkan bahu kecewa. Begitu saja Adrish tolak untuk makan tengah hari bersama dia di sini. Kecewa rasa. Penat-penat Armel berperang di dapur belajar masak dengan Mek Lah tadi sebab nak ikat selera suami sendiri.

Selalu macamni...

"Oh hm, banyak Mel bawak makanan. Tapi tak apalah, bye abang. Jaga diri" Tengku Armel bangun dan menyalam tangan Adrish tanda dia hormat Adrish sebagai suaminya. Suami yang baru nikahinya dua bulan lepas.

Sebulan jadi suami isteri, sebulan juga semua benda Armel yang kena mulakan langkah dulu. Harapkan Adrish, tahu nak mengelak saja. Dari kecik sampai besar sama saja perangai. Mujur Armel cinta.

Armel menghela nafas perlahan lalu mengemas semula bekas makanan dan dibawa pulang semula ke rumah. Hilang sudah mood nak makannya hari ini.












TENGKU ARMEL yang duduk secara berhadapam dengan Syed Adrish itu sudah mengeliat sakan dengan wajah yang mengantuk. Dia nak tidur bertemankan Adrish. Tapi nampak gayanya, encik suami masuk banyak kerja mahu disiapkan.

"Abang, sambung esok tak boleh ke? Abang kerja keras sangat lah" celah Armel.

"Told ya, kalau mengantuk pergi masuk tidur. Bukan tunggu I dekat sini. Buang masa you saja" jawab Adrish tanpa memandang wajah cantik isteri.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now