Bab 2

650 74 0
                                    

SEPERTI yang telah dipersetujui lewat telefon malam tadi, pukul sebelas pagi aku dah terpacak di depan Kafe D'Dee. Lambat sikit sepuluh minit sebab aku singgah dulu di rumah kak ngah sebab hantar susu formula Ufaira. Mujur kawasan taman perumahan kak ngah dekat aje dengan Kafe D'Dee.

Aku cuba mengusir rasa debar bercampur teruja yang sedari tadi mula bersarang di dada aku. Hesy, Saffa! Kau nak jumpa lelaki yang jumpa telefon kau aje kut. Bukannya nak jumpa calon suami aturan keluarga. Haiya!

Pintu kaca kafe aku tolak. Berdenting bunyi loceng menandakan kafe itu menerima pelanggan baru. Aku lemparkan pandangan ke sekitar ruang kafe yang tidak lagi asing denganku. Kosong. Tiada pun sosok lelaki yang menghuni salah satu meja di ruangan itu. Aik, tak kanlah lelaki tu dah angkat kaki pergi sebab aku lambat sampai? Aku lambat sepuluh minit aje kut!

Aku melangkah ke sebuah meja yang terletak rapat di tepi dinding. Mungkin lelaki itu belum sampai kut. Tak apa, aku boleh tunggu. Sambil menunggu kedatangan lelaki tersebut, aku memesan secawan chocolate ice blended. Beberapa minit kemudian, pesananku siap tetapi orang yang ditunggu masih juga belum menampakkan bayangnya. Mana lelaki tu? Ke aku salah kafe? Tapi, betullah ni kafe yang lelaki tu sebut malam tadi. Mana ada Kafe D'Dee lagi dekat kawasan sini.

"Maaf, cik." tiba-tiba seorang gadis bertudung litup menegurku. Melihatkan apron yang tersarung pada tubuh kurusnya, tahulah aku yang gadis itu merupakan pekerja di kafe ini. Pada gadis itu, aku melayang senyuman manis.

"Ini phone cik ke?" gadis itu menghulurkan telefon bimbit kepadaku. Laju saja kepala aku terangguk. Sekilas pandang pun aku yakin itu memang telefon bimbitku. Casing pun warna pink.

"Ya, phone saya." dengan dahi berkerut, aku menyambut huluran gadis itu. Sekejap, rasanya malam tadi aku bercakap dengan lelaki, bukan perempuan.

"Tadi ada seorang customer lelaki datang. Dia minta saya bagi phone ni dekat cik. Customer tu cakap dia ada hal jadi dia tak dapat nak jumpa cik sendiri," beritahu gadis itu. Serta-merta bahu aku mengendur. Kecewa sebab tak berpeluang bertemu empat mata dengan lelaki baik yang tolong simpankan telefon bimbit aku tu. Padahal semangat aku dah berkobar-kobar kut nak jumpa dia. Tak apalah, bukan jodoh aku agaknya.

"Dia ada tuliskan nota untuk cik," gadis itu hulur satu kertas kecil padaku. Aku menyambut bersama kerut di dahi.

"Terima kasih ya," ucapku bersama senyum tipis.

"Sama-sama." Balas gadis tersebut sebelum dia berlalu pergi.

Aku membuka lipatan kertas nota kecil itu. Saat membaca nota tulisan tangan itu, aku mengemam bibir. Rasanya macam dapat surat cinta daripada crush.

Maaf tak dapat nak serahkan sendiri phone ni dekat awak. Saya ada hal. Lain kali hati-hati ya. Jangan tercicirkan barang penting lagi. Assalamualaikum.

Itu saja pesanannya, tapi kenapa aku rasa macam ada sekumpulan rama-rama sedang mengepakkan sayap mereka di dalam perut aku?

Telefon bimbit ditangan aku belek sebelum aku tekan butang di sisi kanannya. Muncul wajah aku memenuhi skrin telefon. Tak semena-mena, wajahku membahang panas. Mulalah aku terbayangkan lelaki itu sudah melihat wajah aku yang memenuhi layar skrin itu. Dah la gambar selfie. Malunya! Menyesal letak gambar selfie sebagai lock screen. Tapi, sekejap. Tak acilah dia dah tahu rupa aku tapi aku tak tahu macam mana rupa dia, kan?

***

AKU memberhentikan keretaku di hadapan sebuah taska milik kakak ipar aku merangkap isteri kepada abang sulung aku. Kemudian, aku melangkah memasuki bangunan taska itu melalui pintu belakang. Jam menunjukkan pukul dua belas tengahari. Taska terasa sunyi tanpa suara riuh kanak-kanak kecil kerana sekarang merupakan waktu tidur mereka.

"Akak!" aku menyergah Kak Aimi yang ralit melakukan kerjanya di dalam sebuah bilik yang dijadikan ruang pejabatnya. Kepala Kak Aimi yang tertunduk menekur fail-fail atas meja terangkat sebaik saja mendengar suara aku. Tersengih-sengih aku merapati Kak Aimi sebelum aku mengucup hormat tangannya itu.

"Tak bagitahu pun nak datang," berkerut muka Kak Aimi. Aku menarik kerusi lalu punggungku henyak ke situ.

"Adik pun tak plan nak datang. Know-know dah sampai sini." aku sengih. Betul, lepas keluar dari Kafe D'Dee tu, aku memang tak tahu mana nak pergi. Nak balik rumah, malas nak dengar mama membebel kerana status penganggur terhormat aku ni. Pandu punya pandu, tahu-tahu saja dah masuk simpang ke taska milik Kak Aimi. Terus aje aku singgah sekejap.

"Aik, tak kerja ke?" terjongket sebelah kening Kak Aimi.

"Dah berhenti la," jawabku, selamba sambil bermain dengan pen berbulu kepunyaan Kak Aimi.

"Lah, kenapa pula pergi berhenti? Bukan ke adik baru aje kerja kat situ?" Kak Aimi nampak seperti berminat dengan kisah aku yang baru berhenti kerja. Aku rapatkan tubuh aku pada meja.

"Akak nak dengar cerita panjang ke cerita pendek?"

"Budak ni! Betul-betullah!"

Aku ketawa. Hampir-hampir saja tangan Kak Aimi mahu menyinggah ke tubuhku.

"Stress la kerja kat situ, kak. Anak bos tu gatal ya ampun. Rimas. Rasa macam kena sexual harrasment tahu tak?" aku berdecit. Setiap kali teringatkan muka anak bekas bos tempat aku kerja dulu, serius aku rasa meluat.

"Dia buat apa dekat adik? Dia ada sentuh adik ke?" serius muka Kak Aimi.

"Berani dia sentuh adik? Belum pun hujung jari dia singgah dekat badan adik, awal-awal lagi dia dah melekat dekat dinding adik kerjakan," aku merengus.

"Habis, apa yang dia buat sampai adik berhenti kerja dekat kedai bunga tu?"

"Dia selalu pandang adik atas bawah, atas bawah macam perogol bersiri. Pantang nampak adik duduk sorang-sorang, mesti dia datang menempel. Cakap dengan adik pun nak berbisik bagai. Macamlah ada orang nak dengar apa yang dia cakap tu. Dah la kuat merokok, mulut busuk!" aku luahkan semuanya pada Kak Aimi. Perkara ini aku tak ceritakan pada mama. Aku tak mahu mama risau dan fikir yang bukan-bukan bila tahu ada lelaki 'gila' cuba mendekati anak bongsunya ini.

"Adik tak report dekat bos ke fasal anak dia tu?" tanya Kak Aimi.

"Dah, tapi dia buat derk aje. Sebab dah tak tahan sangat hari-hari kena ganggu, terus adik berhenti kerja. Gaji bulan lepas pun dapat sikit aje sebab bos cakap adik tak bagi notis berhenti seminggu awal," aku menjawab. Tak apalah kalau tak kerja buat sementara waktu ni daripada aku terpaksa menahan diri dari menghadap miang anak bekas bos aku tu. Ini dah berhenti, lega betul aku rasa.

"Sekarang ni officially penganggur terhormat la?" hujung bibir Kak Aimi tercungit.

"Nampaknya begitulah, Puan Aimi. Puan Aimi tak nak offer saya kerja kat sini ke?" tiba-tiba aku berformal dengan kakak ipar aku ini. Sekonyong-konyong Kak Aimi mengetuk kepalaku dengan pen ditangannya.

"Dah berbuih mulut akak ni dok offer adik kerja kat sini. Tapi, jual mahal sangat." selar Kak Aimi. Aku menyengih kerang busuk. Betullah apa yang Kak Aimi kata. Sebaik saja aku habis belajar dekat universiti dulu, Kak Aimi selalu ajak aku untuk membantunya di taska. Tapi, aku menolak dengan alasan nak cari pengalaman kerja di luar. Aku pernah kerja dekat kedai gambar, kemudian aku tukar angin kerja di sebuah klinik swasta dan yang terakhir aku kerja dekat kedai bunga.

"Adik tolong akak jagakan taska eh? Sekurang-kurangnya ada juga sebab adik nak keluar dari rumah tu. Letih la nak dengar mama membebel sebab tak kerja," muka aku berkerut. Walaupun mama duduk jauh dekat rumah, aku masih boleh dengar suara nyaring mama membebel di tepi telingaku. Fuh, power betul!

"Tahu pun! Yalah, kecil tapak tangan nyiru akak tadahkan. Akak memang perlukan pertolongan pun sekarang ni,"

"Yeay, alhamdulillah! Terima kasih kakak iparku, sayang. I love you so much. Baiklah, pekerja baru ni nak pergi mulakan tugas dulu," aku bangkit dari kerusi. Kak Aimi dah tergeleng-geleng memandang aku yang tiba-tiba saja jadi bersemangat.

"Budak-budak tengah tidur la sekarang ni."

"Eh, lupa!" aku sengih. Kalau semua budak-budak dah tidur, kerja apa aje yang aku boleh buat? Nampaknya, terpaksalah aku tunggu budak-budak tu bangun dulu barulah aku boleh memulakan kerja sebagai seorang cikgu taska.

Cinta Dalam BenciOnde histórias criam vida. Descubra agora