Bab 11

545 82 9
                                    

AKU masih cuba hubungi Hud walaupun setiap panggilanku itu dijawab suara operator. Dari siang tadi lagi, Hud mematikan telefonnya. Kerana rasa geram, hampir-hampir saja aku melempar telefon bimbit itu ke lantai. Aku pandang jam yang tergantung di dinding. Lagi lima belas minit mahu memasuki jam satu pagi. Aku tak akan dapat melelapkan mata selagi aku tak mendengar penjelasan dari mulut Hud. Ya, aku perlu jumpa Hud.

Aku sambar selendang lalu dibelit ala kadar menutup rambutku. Kunci kereta aku ambil sebelum aku berlalu meninggalkan bilik tidur. Sewaktu aku tiba di anak tangga terakhir, telingaku menangkap suara abang long, kak ngah dan abang di ruang tamu. Pasti mereka sedang bercakap tentang hal siang tadi.

"Kalau aku tahu Hud akan malukan keluarga kita macam ni, aku tak akan setuju dengan rancangan mama nak jodohkan adik dengan jantan tak guna tu!" keras suara abang long menampar gegendang telingaku.

"Aku pelik kenapa mak datin tu beria-ria nak satukan adik dengan anak lelaki dia. Tengoklah apa yang dah jadi. Anak lelaki dia tu dah buat onar dekat keluarga kita! Bedebah punya jantan!" suara abang pula kedengaran. Nampaknya abang-abangku itu benar-benar marah.

"Tapi kak ngah rasa ini bukan salah mak datin tu. Tengoklah siang tadi, mak datin tu menangis teruk kut. Berkali-kali dia minta maaf dekat kita. Mungkin dia pun tak sangka Hud akan buat macam tu. Bukan kita aje yang malu, mak datin tu pun malu juga." Kak ngah tidak menyalahkan Datin Faridah.

"Apa-apa ajelah. Aku memang sakit hati betul dengan si Hud tu. Berani dia sakitkan hati adik!" walaupun aku tak nampak muka abang, tapi aku boleh bayangkan bagaimana bengisnya rupa abang saat ini. Aku hela nafas panjang sebelum menyambung langkah. Tak mempedulikan abang-abang dan kakakku di ruang tamu, aku berjalan menuju ke pintu rumah.

"Adik nak pergi mana lewat-lewat macam ni?" soal abang long.

"Adik nak pergi jumpa Hud." jawabku tanpa menoleh. Sandal dalam rak kasut aku tarik keluar dan disarung ke kaki.

"Jangan nak mengarutlah, adik! Pergi masuk bilik kau sekarang!" abang long melarang aku untuk pergi.

"Adik tetap nak jumpa Hud! Adik perlukan penjelasan daripada dia!" aku memandang wajah abang long tanpa rasa gentar. Abang long meraup wajahnya mendengarkan balasan aku.

"Tapi hari dah lewat, dik. Dah nak pukul satu pagi. Esok ajelah pergi jumpa Hud, ya?" kak ngah cuba menarikku dari pintu. Tapi sekali rentapan, terlepas pegangan kak ngah pada lenganku.

"Adik tak akan boleh tidur lena malam ni selagi adik tak jumpa Hud dan dengar penjelasan dari mulut dia. Jangan pedulikan adik. Adik tahu apa yang adik buat!" serentak dengan itu aku berlari ke arah keretaku. Aku endahkan panggilan dan larangan mereka. Pedal minyak aku pijak sepenuh hati. Aku mahu cepat-cepat sampai di banglo itu. Aku mahu bertemu empat mata dengan Hud Ukail!

***

AKU memandu keretaku memasuki laman banglo tiga tingkat itu sementelah pintu pagar besarnya tidak ditutup. Mungkin kerana mendengar bunyi enjin kereta, Izzara tiba-tiba muncul di muka pintu. Bakal adik ipar tak jadiku itu berlari kecil mendapatkanku.

"Ya Allah! Kak Saffa buat apa datang sini?" soal Izzara dengan wajah yang berkerut pelik.

"Kak Saffa nak jumpa Hud. Mana Hud?" keras suaraku menyoal sambil mata memandang ke arah pintu. Kut-kutlah Hud akan muncul di situ.

"Abang Hud tak ada, kak. Dia tak balik rumah sejak siang tadi lagi. Zara dengan mama pun tak tahu mana Abang Hud pergi," ujar Izzara. Aku pandang ke arah garaj kereta. Ya, kereta Hud tak ada. Bermakna, Hud memang tak ada di sini. Ke mana Hud pergi?

"Zara ada hubungi dia?"

"Sampai panas phone Zara asyik call Abang Hud. Tapi dia off phone!"

Aku mengeluh. Aku baru saja berura-ura mahu pulang ketika ada sebuah kereta memasuki laman rumah. Cahaya lampu dari kenderaan itu menyilaukan mataku dan Izzara.

Cinta Dalam BenciWhere stories live. Discover now