Bab 13

1.2K 101 11
                                    

Tiga tahun berlalu...

HARI ini abang bujang kesayanganku, Safiy, pulang ke tanah air. Setahun abangku itu mengikuti kursus di Tokyo, Jepun. Rindu tak usah dikatalah. Setahun kut abangku itu tak balik Malaysia. Sambut hari raya pun kat sana.

Aku mengerling jam yang membelit di pergelangan tanganku. Kalau ikutkan jadual, pesawat MH89 yang menerbangkan penumpang daripada Lapangan Terbang Narita, Tokyo akan tiba lebih kurang satu jam lagi. Sambil menunggu ketibaan abang, aku berjalan-jalan dulu di ruang legar. Penat berjalan, aku duduk di bangku bersama secawan minuman Starbucks.

Mataku memandang sekumpulan juruterbang dan pramugari yang berjalan megah sambil menarik beg bagasi mereka. Aku perhatikan wajah juruterbang-juruterbang tersebut. Hurm, biasa aje. Tak macam dalam novel atau drama melayu yang mereka sering mendeskripsikan rupa juruterbang itu kacak dan menjadi kegilaan wanita. Tak kurang juga gosip juruterbang yang ada skandal dengan pramugari seksi berkain singkat dan terbelah. Setakat ini, aku belum nampak lagilah juruterbang bermuka kacak macam dalam novel. Atau mungkin hari ini bukan luck aku kut nak dapat tengok juruterbang kacak.

Beberapa minit kemudian, telefonku berbunyi bip. Mesej daripada abang kesayanganku yang mengatakan bahawa dia sudah keluar dari balai ketibaan. Terkocoh-kocoh aku mengatur langkah mencari sosok abang. Namun tak semena-mena, aku terlanggar troli seseorang. Akibat dari pelanggaran itu, minuman yang aku pegang tertumpah ke tudungku. Habis!

"Ya Allah! I'm so sorry! Saya minta maaf! Saya tak perasan awak jalan depan saya tadi," telingaku menangkap suara wanita sedang meminta maaf kepadaku. Dalam situasi ini, aku rasa aku yang salah sebab berjalan laju tak tengok kiri kanan. Alahai, Saffa! Bilalah sikap cuai kau tu nak hilang?

"Tak apa. Saya yang salah," balasku sambil mengibas tudungku yang basah dan kotor. Sudah la pakai tudung warna cerah. Tertumpah pula air coklat. Dah macam peta dunia tudung aku dibuatnya.

"Tapi tudung awak..." wanita itu gigit bibir bawah. Mungkin dia rasa bersalah.

"Takpe, sikit je. Saya pergi dulu," aku lontarkan senyuman buat wanita tersebut lalu kembali menyambung langkah. Aku cuba menyorok bahagian tudungku yang kotor dengan jaket jeans yang aku pakai. Haih, aku baru nak melawa depan abang kesayanganku nanti.

"Abang!" beberapa meter di hadapan, aku nampak sosok abang sedang berdiri sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Aku rapati abang sebelum tubuh tegapnya itu aku dakap erat.

"Rindunya kat abang..." luahku. Perlahan-lahan terasa kedua-dua belah bahuku ditolak abang.

"Tak malu ke peluk orang dekat public?" abang mengecilkan matanya.

"Nak malu apa? Bukannya adik peluk boyfriend. Adik peluk abang sendiri kut." aku tersengih-sengih bila abang ketawa. Seketika tangan abang naik mengusap kepalaku.

"It's been a year. Dah buntal adik abang..."

"Hei! Mana ada!" aku tepuk tangan abang yang berada di atas kepalaku. Suka hati aje membuntalkan aku. Tak tahu ke berat aku dah turun lima kilogram semenjak dia pergi berkursus di Jepun?

"Kejap, tudung tu dah kenapa?" mata abang jatuh memandang tudungku yang kotor dengan air coklat. Punyalah teruja jumpa abang sampai aku tak ingat tudungku yang berpeta.

"Accident sikit tadi. Air tertumpah kena tudung," balasku sambil menayang gigi. Kepala abang tergeleng-geleng.

"Haih, careless!"

"Dah, tak payah bising. Jom balik. Mama dengan ayah dah tunggu kat rumah," aku rajinkan diri mahu menolak troli beg pakaian abang. Tapi, beratnya ya ampun! Aku tak tahulah apa yang abang bawa balik ke Malaysia selain daripada pakaiannya. Entah-entah...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 23, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Dalam BenciWhere stories live. Discover now