Bab 6

502 71 10
                                    

KEPULANGAN aku untuk makan tengahari bersama mama dan ayah seperti selalu dikejutkan dengan kehadiran Datin Faridah sebagai tetamu. Baru aje minggu lepas aku dan mama ke rumah Datin Faridah untuk kenduri tahlil. Hari ini, kami bertemu lagi.

"Hah, dah sampai pun dia," mama tersenyum menyambut kepulanganku. Aku menyalami tangan mama sebelum aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Faridah pula. Aku turut bersalaman dengan seorang gadis bertudung yang duduk di sebelah wanita itu.

"Saffa tak tahu pun  auntie nak datang hari ni," aku ambil ruang kosong di sebelah mama.

"Mama Saffa yang jemput untuk lunch sama-sama hari ni. Auntie on saja," Datin Faridah ketawa kecil. Aku pandang mama di sebelah. Kenapa mama tak ada bagitahu aku soal kedatangan Datin Faridah ke sini? Ke mama ada bagitahu tapi aku yang tak dengar?

"Saffa, kenalkan ini satu-satunya anak dara auntie. Izzara," Datin Faridah memperkenalkan gadis bertudung yang duduk di sebelahnya itu. Aku dan Izzara berbalas senyuman. Jadi, inilah anak perempuan tunggal Datin Faridah. Adik kepada Hud. Cantik orangnya. Memang ikut muka ibunya sungguh. Hari itu masa aku dan mama pergi kenduri tahlil, tak pula aku nampak kelibat Izzara.

"Rasanya Izzara muda sikit daripada Saffa. Umur Izzara dua puluh tiga tahun ni. Saffa umur berapa?"

"Saffa dua puluh lima ," aku melayang sengih.

"Dua puluh lima? Hud tahun ni dah dua puluh tujuh," Datin Faridah memberitahu walaupun tak ada siapa yang tanya. Tapi, bagus juga. Dapatlah aku tahu berapa umur Hud. Tua dua tahun daripada aku rupanya. Muda-muda dah jadi COO Bonita Group, membantu Datin Faridah yang merupakan CEO dalam menguruskan perniagaan tekstil Bonita.

"Hai, Izzara. Selamat berkenalan," aku menyapa Izzara yang asyik tersenyum saja sedari tadi. Malu agaknya.

"Hai, Kak Saffa. Selamat berkenalan juga," dia membalas senyumanku sambil tangannya dilambai kecil. Tatkala ayah muncul dari tingkat atas, mama terus mempelawa kami untuk ke ruang makan untuk menikmati makan tengahari. Banyak menu yang mama masak hari ini. Mama memang rajin memasak.

***

BARU sepuluh minit lepas Datin Faridah beransur pulang bersama Izzara. Izzara yang aku sangkakan pemalu rupanya ramah dan mesra orangnya. Banyak mulut pulak tu. Bermacam-macam topik kami bualkan sementara mama dan Datin Faridah menghilang ke kebun bunga mama. Ah, kalau dah namanya 'ibu-ibu' mesti tak lari dari meminati pokok-pokok bunga.

"Adik, mama ada nak bagitahu sesuatu ni." Mama menarik aku untuk duduk di ruang tamu. Meski tertanya-tanya, aku henyak juga punggung di sebelah mama. Wajah mama aku pandang.

"Fasal apa, mama?"

"Tadi, Auntie Faridah ada sampaikan sesuatu pada mama."

"Apa dia?"

"Auntie Faridah berkenan betul dengan adik,"

"Jadi?"

"Dia nak risik adik untuk Hud."

Rahang aku jatuh. Mulut aku ternganga. Melihatkan itu, tangan mama menolak dagu aku ke atas menutup mulutku.

"Lalat masuk nanti!" mama ketawa kecil.

"Ma, tak kelakarlah." Kepala aku tergeleng-geleng. Datin Faridah datang hari ini sebab nak merisik aku untuk Hud?

"Mama pun tak kuasa nak buat kelakar. Mama seriuslah ni!" mama jegil mata. Tersandar tubuh aku pada sofa. Masih tak percaya dengan apa yang disampaikan mama. Tak pernah terfikir Datin Faridah mahu merisik aku untuk Hud.

"Tapi kenapa tiba-tiba?" aku pandang mama.

"Mama pun terkejut bila dia cakap nak merisik adik untuk Hud. Dia kata, dia berkenan sungguh dengan adik. Dia cakap lagi kalau adik setuju, minggu depan dia nak hantar rombongan meminang," ujar mama. Mata aku terpejam celik. Biar betik Datin Faridah berkenan dekat aku? Aku ni manalah padan dengan anak teruna dia yang kacak maut itu. Hesy, tak sesuailah!

Cinta Dalam BenciWhere stories live. Discover now