Bab 9

391 44 0
                                    

PEJAM celik, pejam celik, beberapa hari lagi aku dan Hud akan disatukan dengan satu ikatan yang suci. Persiapan menjelang majlis sudah lapan puluh peratus siap. Aku capai telefon bimbit lalu mencari gambar Hud di dalam galeri. Merekah bibirku dengan senyuman tatkala sekeping gambar Hud yang kacak dengan sepersalinan suit hitam memenuhi skrin telefon bimbitku. Gambar itu aku ambil ketika kami sama-sama ke butik Navya untuk fitting terakhir baju perkahwinan kami.

"How do I look?" soal Hud. Kepalaku terangguk sambil menaikkan ibu jariku. Beberapa pasang mata manusia yang turut ada di butik tersebut, asyik-asyik menjeling ke arah Hud. Sedikit sebanyak, terbit rasa bangga dalam hati memikirkan bahawa jejaka tampan ini akan menjadi milikku.

Skrin yang tadinya penuh dengan gambar Hud bertukar dengan satu panggilan masuk. Izzara, bakal adik iparku.

"Hello, Zara?" aku menyapanya terlebih dahulu sebaik saja panggilan bersambung.

"Hello, Kak Saffa. Buat apa tu?" suara kecil Izzara menampar gegendang telingaku.

"Tak buat apa-apa pun. Rehat-rehat dalam bilik aje. Kenapa Zara?" tanyaku. Sibuk menguruskan persiapan kahwin dan berkejaran ke sana ke sini membuatkan tubuh aku agak kepenatan.

"Jom pergi spa?"

"Spa?"

"Iya, spa. Kesian Kak Saffa penat-penat uruskan persiapan majlis. Apa kata kalau kita pergi memanjakan diri dekat spa? Urut-urut badan, buat facial. Jomlah!" ajakan Izzara kedengaran begitu menarik. Jarang-jarang sekali aku ke spa untuk berurut dan rawatan muka. Tapi bila memikirkan hari bahagia aku semakin hampir, aku rasa perlu untuk ke spa.

"Best juga tu. Jomlah,"

"Zara jemput Kak Saffa ya? Dalam pukul tiga Zara sampai sebab Zara memang dah dekat luar ni,"

Aku pandang jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul dua petang.

"Okey. Sempatlah Kak Saffa solat dan bersiap dulu." ujarku.

"Alright!" talian diputuskan selepas itu. Tak terus berlengah, aku terus menarik tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Nak mandi, solat dan bersiap sebelum Izzara datang menjemputku di rumah.

***

IZZARA muncul di depan pagar rumahku tepat jam tiga petang. Segera aku membolos masuk ke dalam perut Suzuki Swift Sport kepunyaan Izzara. Sepanjang perjalanan menuju ke spa, aku banyak berbual-bual dengan bakal adik iparku ini. Izzara kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam jurusan sains politik. Berbanding berkecimpung dalam dunia perniagaan seperti Datin Faridah dan Hud, Izzara lebih cenderung dalam dunia politik. Kata Izzara, dia mahu mengikut jejak langkah arwah papanya Datuk Mohamad Hadri sebagai ahli politik suatu hari nanti.

Kami tiba di sebuah spa muslimah tiga puluh minit selepas itu. Spa muslimah ini mengutamakan keselesaan dan privacy untuk pelanggannya. Pelanggan tidak perlu berkongsi bilik dengan pelanggan yang lain. Tapi aku dan Izzara memilih couple treatment di mana kami akan diletakkan di dalam satu bilik yang sama. Sambil berurut, boleh la aku dan Izzara menyambung balik topik perbualan kami yang terhenti di dalam kereta tadi. Alah, bila lagi aku nak ada bonding time dengan bakal adik iparku ini?

"Abang Hud ada contact Kak Saffa tak?" Izzara menyebut tentang Hud ketika aku dan Izzara sedang berbaring untuk sesi berurut. Aku tak dapat melihat Izzara yang berada di katil sebelah yang dipisahkan dengan kain langsir kerana mataku yang ditutup dengan pek mata herba.

"Takde pula. Dia sibuk kut," jawabku. Kali terakhir aku berbalas mesej dengan Hud adalah dua hari lepas. Kemudian, kami masing-masing menyepikan diri.

"Abang Hud dah tiga hari pergi Johor," kata-kata Izzara sedikit mengejutkan aku. Hud ke Johor? Kenapa aku tak tahu pun yang Hud ke Johor?

Cinta Dalam BenciWhere stories live. Discover now