2

8 0 0
                                    

Ia malam yang indah. Walaupun langit tidak berbintang, lampu lampu neon pelbagai ragam menghiasi langit Lembah Klang yang legam. Mereka tiba setengah jam sebelum tengah malam. Nazri memandu kereta terus ke sebuah kaki bukit tidak jauh daripada pusat bandar.

Tempat yang strategik untuk menyaksikan bunga api. Ketika mereka sampai, sudah ada tiga buah kereta dan lima buah motosial sedang menanti. Mereka yang sampai kebanyakannya terdiri daripada pasangan kekasih kecuali lelaki lelaki berlima yang menunggang ke sini.

"Kita telambat sikit. Tak tau pulak aku ramai orang tau port ni." Nazri sedikit meluahkan kesalnya.

"Aku tak tau ada port cantik macam ni kat lembah klang. Macam mana kau boleh tau tempat ni?" ada nada kagum dalam perkataan Kamal. Balqis dan Syazani mengangguk menyetujui. Mata mereka bundar melihat limpahan lampu kota daripada jauh.

"Ada ah ceritanya. Kita bukan datang sini nak dengar cerita macam mana aku jumpa port ni."

Sebentar tadi dia telah diperkenalkan Syazani kepada Balqis. Pada mata Nazri, dia memandang Balqis sebagai gadis yang baik dan penuh tertib. Tidak begitu liar tetapi masih ada sisi gelap remajanya yang terkawal. Selain itu, rupanya juga tidak kalah rupawan daripada teman wanita kawannya. Cuma kalau boleh jujur, mungkin Syazani lebih pandai bergaya lebih sedikit. Balqis terlihat lebih ayu dengan mekap yang sederhana ditata pada mukanya.

Bagi Balqis pula, walaupun dia tidak berminat untuk mempunyai teman lelaki pada masa yang terdekat, memandang Nazri sebagai lelaki yang budiman. Badannya yang berotot sederhana kekar menunjukkan dia lelaki yang aktif bersukan, ataupun sekurang kurangnya menjaga kesihatan. Pakaiannya pula kemas dengan kemeja hitam dan jeans berwarna putih. Ekor mata Balqis menangkap sebentuk cincin besi yang dipakai oleh Nazri. Aksesori yang cukup untuk seorang lelaki. Selain itu penampilan Nazri juga dipujinya, dengan rambut yang tersisir kemas dan memakai minyak wangi yang tidak terlalu menikam baunya. Dia rasakan Nazri punya ciri ciri lelaki yang cukup untuk menjadi teman lelaki mana mana gadis.

Malam itu mereka habiskan masa untuk mengenal masing masing pada permukaan sementara menunggu tengah malam tiba dan bunga api dinyalakan. Selain itu, mereka juga tidak mahu Syazani dan Kamal diganggu bermesraan. Jadi mereka berbual perkara perkara asas dalam perkenalan seperti bidang pelajaran dan minat mereka.

Ternyata mereka punya minat yang sama dalam menghabiskan waktu. Kedua duanya lebih gemar menghabiskan waktu dengan menelaah buku di rumah. Atau paling tidak pun, mereka bersetuju yang Bisik Pada Langit adalah antara cerita paling sedih dalam filem Melayu kebelakangan ini.

Selain itu, tiada apa apa yang menarik berlaku. Sehingga bunga api mula meletus menyemarakkan lagi keindahan langit Lembah Klang. Mata mereka terpaku ke langit melihat api yang ditembak bertukar warna daripada merah ke biru dan kuning. Buat beberapa minit, tiada bicara yang keluar daripada mulut mereka. Semua asyik melihat ke langit.

Sehabis sahaja bunga api, mereka bersandar di kereta untuk sambung berbual. Nazri mengambil bekalan air di dalam kereta dan dihulurkan, satu kepada Balqis dan satu kepada Kamal, air Pepsi.

"Lepas ni ke mana?" tanyanya kepada Kamal.

"Kenapa? Kau ada nak pergi mana mana ke?"

"Takdelah, kot kot kau ada plan lain untuk malam ni."

Kamal meraba dagunya yang berjanggut sejemput.

"You ada nak pergi mana mana ke?" tanya Kamal kepada Syazani.

"Nope, I ikut ke you nak pergi mana."

Kamal pandang kepada Balqis yang menggeleng. Tiada hala tuju lain malam ini, lagipun dia orang baru, seganlah dia untuk meminta dibawa ke mana mana.

Kelab Duka LaraWhere stories live. Discover now