12

3 0 0
                                    

Ketika Nazri sampai di rumah, kereta Kamal masih kekal di garaj. Dia sudah pulang dari kelasnya hari ini. Jadi, cekatan Nazri parker motor di tempatnya dan menapak masuk ke rumah dan terus ke kamar Kamal. Hanya untuk menyedari yang Kamal sudah terbongkang tidur di katil bujangnya. Mungkin kerana penat dengan kelas hari ini.

Melihatkan Kamal yang lena tidur, kantuk Nazri juga tiba. Dia menguap sambil perlahan lahan mengatup pintu bilik Kamal, mengelakkan daripada sebarang bunyi mengganggu tidur kawannya.

Nazri terus ke bilik tidur dan menghempas badan ke katil. Tidak lama kemudian Nazri sudah berdengkur. Ia hari yang penat untuk kedua dua mereka.

"Nazri, bangun. Bangun Nazri," satu suara yang sangat familiar mengejutkan Nazri daripada tidur. Kelopak matanya dibuka perlahan lahan dan melihat siapa yang mengejutkannya.

Di hadapannya kini Balqis sedang duduk dengan memakai baju tidur kain satin. Gadis itu tersenyum melihat Nazri yang mamai baru sedar daripada tidur.

"Lena betul tidur," komen Balqis bersama ketawa di hujungnya.

"Pukul berapa sekarang ni?" tanya Nazri sambil menggosok matanya dan mula meraba raba sekeliling mencari telefon bimbitnya. Dia sedang berada di sofa di hadapan televisyen yang masih menyala.

"Awal lagi," kata Balqis. Tangan Nazri yang meraba raba sekitar sofa dirangkulnya. Dia kemudian menyandarkan kepalanya ke pundak Nazri sambil menggeliat manja.

"U cepat sangat tidur. Cerita tak habis lagi dah tidur," kata Balqis lagi.

"Cerita apa?" Nazri mengalihkan pandangan daripada Balqis di sampingnya kepada televisyen yang sedang memaparkan scene credit kepada pelakon dan pekerja penggambaran.

"Entahlah. I pun tak tau tajuknya," Balqis mengeratkan pelukannya.

Nazri seperti tersedar sesuatu. Dia renung wajah teman wanitanya di samping. Balqis? Tak mungkin. Balqis sudah meninggal dalam kemalangan. Mustahil dia masih hidup.

"Kenapa pandang I macam tu? U macam baru mimpi ngeri," tawa Balqis menyusur ayatnya.

"Macam mana u boleh ada kat sini? Semua ni tak betulkan? I mesti tengah mimpi,"

"Kenapa ni sayang?" Balqis melepaskan tangan Nazri lalu duduk tegak memandang teman lelakinya.

"Tak, semua ni tak betul. U dah takde. Semua ni tak betul!" Nazri menepuk pipinya beberapa kali. Namun ia dihentikan oleh Balqis yang menangkap tangannya sebelum dibawa ke pipi mulus gadis itu.

"Apa u cakap ni? U mimpi buruk ke tadi?" suara Balqis yang lembut. Suara Balqis yang sangat dia rindukan. Jika ikut mahunya, mahu saja Nazri biarkan situasi ini. Jika dia sedang tidur, jangan kejutkan dia. Jika dia sudah mati dan kini berada bersama Balqis, biarkan dia di syurga ini.

Namun dia tahu itu semua mustahil. Dia tidak boleh lari daripada realiti. Dia sudah puas lari. Ada perkara yang perlu dia hadapi walau macam mana sakit sekalipun. Tangan dalam pegangan Balqis ditarik.

"Tak. I tau ni mimpi. U dah takde. U... U mati depan mata kepala I dalam accident," Nazri berdiri selepas berjaya melepaskan tangannya.

"Eh apa u merepek ni? I hidup lagilah. I ada depan u ni," Balqis juga mula berdiri bertentangan dengan Nazri. Mereka berdua berdiri menghadap satu sama lain dengan latar belakang televisyen yang sedang memaikan scene credit bersama lagu latar yang agak perlahan.

"Tak! I tau ini mimpi. Tolong Balqis, lepaskan I. I dah penat lari dari realiti. I dah penat tipu diri sendiri," Nazri mula teresak. Ia sangat memedihkan baginya. Pemergian Balqis perlu direlakan sama ada di dunia nyata atau di alam khayalan. Dia perlu hadap realiti hidupnya walau sakit macam mana pun.

Kelab Duka LaraWhere stories live. Discover now