4

4 0 0
                                    

Petang itu mereka habiskan dengan melihat matahari terbenam di laut China Selatan yang biru sambil makan makanan laut celup tepung di tepi pantai. Mereka pesan sotong, udang dan dua ekor ikan.

Esok mereka akan pulang dan habislah percutian hari itu.

"Tak nak lah balik esok. Banyak lagi benda kita tak buat kat sini." Kata Syazani ketika langit sedang oren bertukar ungu.

"Esok kita buatlah apa apa lagi yang sempat. Dalam tengah hari kita bertolak balik." Putus Kamal.

Semua bersetuju. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa jua pulang ke kampus untuk meneruskan pengajian. Bagi Nazri ia adalah dua hari yang sangat menyeronokkan. Dia jarang menghabiskan masa bercuti bersama kawan mahupun keluarga. Baginya, kawan yang dia punya sekarang adalah keluarga keduanya selain ibunya yang mungkin di rumah berehat. Terutama sekali Balqis, dia dapat mengenal Balqis dengan lebih mendalam lagi berbanding hari hari yang mereka lalui dengan hanya terperap di kafe di tengah kota. Ternyata masih ada sisi Balqis yang tidak terlihat yang belum dia teroka.

Selepas langit bertukar daripada ungu ke hitam, mereka kembali ke kereta. Semua pelancong sudah pulang. Mereka yang terakhir di situ kecuali orang orang yang masih kekal di kedai kedai makan menunggu pesanan tiba di meja mereka.

"Malam ini nak makan apa apa ke?" tanya Kamal.

Nazri juga baru sedar sudut lain Kamal. Jika sebelum ini dia hanya kenal Kamal sebagai seorang kawan dan lelaki biasa yang datang daripada keluarga yang berada. Percutian kali ini mendedahkan sisi Kamal yang protective dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan mereka.

Tiada yang membalas pertanyaan Kamal. Dia simpulkan yang semua sudah letih dan kenyang. Jadi dia pandu perlahan keretanya di tepi kawasan pantai yang gelap dengan hanya bertemankan beberapa lampu jalan.

Sampai sahaja di rumah, mereka mengambil giliran mandi di dua bilik mandi yang tersedia. Kamal dan Nazri berkongsi bilik air di bahagian luar manakala dua gadis itu berkongsi kamar mandi yang berada di dalam bilik.

Selepas mandi, Kamal hanya terperap di dalam Kamar. Mungkin berehat atau mungkin terus tidur. Nazri ke ruang tamu, memasang television semata mata kerana ingin menghilangkan bunyi sunyi yang menyelubungi rumah mereka. Sungguh, dia sebenarnya penat tapi entah mengapa mata masih belum mahu lelap.

Dia lihat jam dinding, baru pukul sepuluh dan masih lama sebelum tengah malam. Dia memang jenis manusia yang tidak akan lelap sebelum tengah malam menjelma. Siaran television dia tukar dari satu siaran ke siaran yang lain. Tiada yang menarik perhatiannya. Sudahnya, dia putuskan untuk menonton cerita inggeris di saluran tv perdana yang sudah beberapa minit bermula.

Balqis datang kepadanya tidak lama selepas itu dengan dua cangkir teh. Dia hulurkan satu kepada Nazri. Nazri capai dan ucap terima kasih.

"Cerita apa tu?" tanya Balqis.

"Entahlah. Main tengok je. Takde cerita yang best."

Sepi, buat beberapa jeda, mereka tenggelam dalam sunyi malam yang dihiasi bunyi daripada television.

"Syaza mana?"

"Dalam bilik. Dah tidur dan dia."

"U pulak? Kenapa tak tidur lagi?"

"Awal lagi. Belum rasa mengantuk."

Jeda.

"U tahu? I rasa ini percutian paling menyeronokkan untuk tahun ini." Kata Balqis.

Nazri angguk setuju.

"I dah lama teringin nak pergi bercuti dengan kawan kawan. Biasanya I bercuti dengan family je."

Nazri pandang ke arah Balqis dan tanya, "Jadi, macam mana dengan plan U untuk lari daripada kota? Tercapai?"

Balqis angguk sambil tersenyum.

"Even tak lama, dapatlah juga hirup udara segar selain udara kota yang bau asap tu."

Nazri cuma tersenyum mendengar balasan itu. Sunyi kembali membungkus mereka berdua. Tidak lama selepas itu, dia rasakan Balqis semakin merapatkan diri di sebelahnya sebelum memeluk lengan kanannya. Nazri biarkan saja.

Balqis semakin rancak, dia pandang ke mata Nazri yang terpaku pada rancangan tv yang tidak menarik itu. Perlahan lahan dia dekatkan wajahnya ke pipi Nazri sebelum memberi kucupan lembut pada pipinya. Nazri pandang ke dalam mata Balqis. Balqis tidak berhenti di situ, dia perlahan lahan mendekatkan kedua bibirnya dengan bibir Nazri. Bibir mereka bertaut untuk beberapa saat. Untuk pertama kalinya, kedua dua mereka merasakan kelembutan dan kepanasan bibir orang lain pada bibir mereka.

Balqis leraikan tautan bibir. Nazri tidak lepas pandang ke dalam mata Balqis. Dia kembali mendekatkan bibirnya ke bibir Balqis yang munggil. Nafsu sudah merasuki dirinya. Dia peluk Balqis sebelum merebahkannya di atas sofa. Ciuman mereka semakin mengganas.

"Kamal dah tidur?"

Nazri angguk walau dia tidak pasti jawapan sebenarnya. Mereka terus berkucupan untuk beberapa ketika. Nazri cuba untuk tanggalkan baju Balqis dengan tangannya sebelum ia dipegang Balqis.

"Esok nak drive jauh. Nanti u penat."

Nazri tidak peduli, hal esok adalah punya esok. Malam ini, dia sangat berahi kepada teman wanitanya. Mereka sambung berkucupan dan Nazri berjaya tanggalkan baju Balqis. Namun entah kenapa, dia berhenti separuh jalan.

"Takut penat esok." Katanya kepada Balqis.

Balqis hanya tersenyum memandang teman lelakinya yang kembali duduk dan memberikan perhatian ke kaca television. Dia memakai kembali bajunya dan merapatkan tubuh kepada Nazri dan memeluk lengannya seperti tadi. Mereka kekal di ruang tamu sehingga tengah malam dan terlelap tanpa mereka sedari. Pagi keesokan harinya tiba dengan perlahan dengan Nazri yang tanpa sedar berbaring sambil Balqis di dalam rangkulannya.

Kelab Duka LaraWhere stories live. Discover now