13

10 0 0
                                    

Nazri tidak punya sebarang petunjuk ke mana hala tuju dirinya dan Kamal. Dia hanya duduk molek di dalam kereta bersebelahan pemandu memerhati jalan yang dituju Kamal. sudah banyak kali dia bertanya ke mana hala tuju mereka tetapi tidak sedikit pun Kamal endahkan soalannya. Nazri cuba tanya soalan lain, elok pula Kamal menjawab. Dari suhu politik negara, keadaan ekonomi semasa dan pendapatnya tentang sejarah-sejarah lalu. Tetapi apabila Nazri tanyakan kepadanya ke mana arah tuju mereka, mulut Kamal terkunci tidak menjawab. Celaka, kata Nazri dalam hati.

Mereka berhenti di sebuah kedai makan cina yang tutup. Keadaan sekeliling sepi tanpa manusia. Kereta diberhentikan di tepi jalan lalu enjin dimatikan. Kamal melangkah keluar tanpa berkata walau sepatah pun. Aku hanya membontotinya daripada belakang.

Di sebelah kedai makan cina itu terdapat sebuah tangga menuju ke tingkat atas. Kamal panjat naik.

'Ada bar ke dekat atas kedai cina ni? Atau ada kelab malam rahsia?' detik Nazri dalam hati.

Langkah dipercepatkan mengikut rapat Kamal daripada belakang. Bahunya dicapai dan tarik supaya wajah mereka bertatapan. Nazri tanya lagi sekali, di mana mereka berada. Kamal melepaskan keluhan dan kata supaya ikut sahaja. Nazri jadi geram. Darahnya naik.

Pantang Nazri ke mana-mana tanpa diberitahu hala tuju. Apatah lagi sekarang mereka berada di tangga gelap entah di mana di atas sebuah kedai makan cina yang mungkin menyajikan makanan haram. Boleh jadi Kamal seorang agen pencari mangsa untuk dimasak. Mungkin Nazri akan dijual badannya. Kakinya ditetak putus, lengannya dicabut, organnya diceraiberaikan. Bahagian badannya nanti akan menjadi santapan orang entah daripada mana.

Akhirnya Nazri putuskan untuk berpaling dan berpatah balik ke kereta. Biar Kamal seorang sahaja yang naik. Jika jadi apa-apa, dirinya akan selamat, itu fikir Nazri.

Tetapi sebaik badannya berpaling ke belakang, tanggannya dicapai dan ditarik kejap.

"Ikut je lah. Aku bukan nak jual kau pun. Nanti sampai atas, taulah kau apa ada," kata Kamal, keras dan tegas.

Tangannya ditarik. Nazri tiada pilihan selain menurut.

Di tingkat atas, terdapat sebuah pintu kaca. Permukaannya berwap kesan daripada suhu yang rendah di dalam. Kamal menyuruh supaya kasut ditanggalkan. Begitu juga dirinya.

Sebaik sahaja daun pintu ditolak, Nazri melihat beberapa orang sedang membuat bulatan mengelilingi sesuatu. Seorang daripada mereka duduk di atas kerusi, berbeza daripada yang lain.

"Kelab pemujaan sesat ke ni?" Bisik Nazri kepada Kamal.

"Diam je lah," balas Kamal sambil berbisik.

Mereka melangkah mendekati bulatan manusia itu.

"Kamal, selamat datang!" seorang perempuan bangun lalu menghadap kea rah mereka berdua.

"Selamat datang Kamal," setiap seorang dalam bulatan itu mengalihkan pandangan kepada dua lelaki itu dan berkata dalam monoton secara serentak.

Kamal tersenyum dan melepaskan tangan Nazri.

"Siapa ni?" tanya perempuan itu lagi sambil memandang ke arah Nazri.

Kamal tidak menjawab, sebalinya menyiku tulang rusuk Nazri.

"Saya Nazri,"

"Ahli baru?" pandangan perempuan itu dialihkan menghadap Kamal semula.

Kamal angguk.

"Selamat datang Nazri," perempuan itu berkata sambil tersenyum.

"Selamat datang Nazri," semua orang dalam bulatan mengulangi ucapan itu. Masih dalam intonasi tanpa perasaan dan secara serentak.

Mereka dipelawa duduk. Nazri hanya membontoti Kamal yang mengambil tempat duduk di antara dua orang perempuan. Mereka mengengsot ke tepi meraikan tatamu baru. Nazri turut duduk. Rapat dengan Kamal.

"Bagaimana dengan langkah keempat dalam move on awak Kamal?" tanya perempuan itu sebaik sahaja dia mengambil tempat duduknya. Semua mata terpacu ke arah Kamal, tidak terlepas mata Nazri yang terpinga-pinga apa yang sedang terjadi di antara mereka.

"Setakat ini saya masih lagi belum mampu berganjak daripada langkah ketiga, harap lepas ini saya boleh kembali fokus dan masuk ke langkah keempat," kepalanya diangkat menghadap perempuan itu yang seterusnya aku kenali dengan nama Kak Elly.

***

Antara nama yang dapat Nazri ingat dalam kelab itu adalah Humairah, Samad dan Tia.

Humairah – seorang gadis muslimah yang ditinggalkan kekasihnya. Cinta pertamanya. Pada Nazri, tidak patut gadis seperti Humairah berada di sini. Dia masih punya banyak pilihan dalam hidup. Masih ramai lelaki yang belum dia kenal. Burung bukan seekor dan gadis secantik dan sebaik Humairah sepatutnya terus berkenalan dengan lelaki sehingga dia bertemu dengan seorang yang betul-betul memahami dirinya.

Samad – lelaki yang luarannya nampak keras. Tetapi perwatakannya amat lembut. Berbeza dengan Humairah. Hidupnya dilatari hedonis. Samad seorang lelaki lembut dengan gaya yang amat keras. Seingat Nazri, Samad adalah seorang bekas gay, ataupun masih lagi gay. Kekasih terakhirnya memberikan dia penyakit HIV dan mula menjauhkan diri. Hidup Samad terkontang-kanting selepas itu. Tanpa peneman, tanpa kekasih dan dengan penyakit yang boleh membawa mati.

Tia – gadis yang berkorban segalanya untuk cinta. Bodoh jika boleh dikatakan Nazri. Bodohnya sehingga membuatkan Nazri tidak ingat bagaimana latar belakang sebenar perempuan itu. Kerana Nazri berhenti mendengar dan mula berfikir setelah mengetahui yang Tia telah mendermakan buah pinggangnya kepada bekas teman lelaki yang akhirnya bermain kayu tiga di belakangnya. Nazri celaru sama ada ingin kesian atau ingin memaki Tia kerana kebodohannya.

"Sejak bila kau join kelab macam itu?" tanya Nazri berterus terang selepas kereta yang dipandu Kamal bergerak.

"Tak lama, ada dalam dua bulan," kata Kamal tanpa mengalihkan pandangannya daripada jalan yang gelap dan suram.

"Macam mana kau boleh jumpa kelab tu?" tanya Nazri lagi.

"Takdir," kata Kamal sepatah.

Nazri maki hamun dalam hati.

"Kenapa? Kau tak suka ke? Kalau tak suka, tak payahlah aku bawak kau lagi," keadaan yang gelap buatkan Nazri tidak mampu membaca wajah Kamal. Sama ada dia sedang kecewa, jujur atau mungkin dia sedang marah.

Nazri berfikir sejenak. Menimbang baik buruk kelab itu.

Ia bukanlah kelab yang teruk pun. Ada sisi baiknya. Setelah bertungkus lumus membuat badan dan merasai sakitnya hati dan segala otot dalam badannya, Nazri sedar yang dia masih lagi tidak boleh menerima kenyataan.

Mungkin dia perlukan penyelesaian. Dan kelab itu adalah salah satu jalan yang baik untuk memperolehinya. Tetapi entah kenapa, Nazri kadang rasa tidak selesa untuk bercerita segala macam hal dengan orang lain. terutamanya mereka yang tiada kena mengena dalam hidupnya. Rasanya seperti dia menanggalkan setiap helai benang yang melekat pada badannya dan menampakkan segala pekung dan parut yang ada untuk ditonton oleh orang lain. Rasa tidak selesa Nazri memuncak.

Tetapi dalam masa yang sama, dia tahu yang dia memerlukan semua itu. Dia perlu berkongsi. Dia perlu menerima setiap apa yang telah terjadi dalam hidupnya.

Malam itu, ketika jalan masih lagi suram dan sepi tanpa manusia. Nazri berfikir ligat di dalam kepala.

"Mungkin bagi aku can untuk join dalam beberapa kali. Nanti aku decide," putus Nazri akhirnya.

Dalam samar malam, rambang cahaya bulan dan lampu jalan yang berkelip melepasi mereka, Nazri dapat lihat wajah Kamal dihiasi senyum tenang dan bangga. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kelab Duka LaraWhere stories live. Discover now