-1-

154 17 8
                                    

What if I tell you...

That everything I told you is a lie?

Will you still believe it?

Even now?

☁️☁️☁️

"NURI Thaqifah."

Sebaris nama yang disebut oleh guru sastera yang lebih selesa dipanggil sebagai Cikgu Wati telah menyedarkan Nuri Thaqifah daripada mimpi di siang hari.

"Ya Cikgu?" Tanpa disuruh, Nuri Thaqifah terus bangun daripada duduknya.

Cikgu Wati memandang Nuri Thaqifah dengan kerutan dahi berserta kening kanannya yang terangkat sedikit. "Dah kenapa awak bangun? Duduk."

Nuri Thaqifah tersenyum senget. Malu. Dia pun perlahan-lahan duduk kembali di tempat duduknya. Rakan-rakan sekelasnya ada yang berbisik, ada yang memandang sinis. Kelakar mungkin?

"Itulah awak. Mengelamun je dalam kelas. Awak ada masalah apa, Nuri?" soal Cikgu Wati dengan nada yang lembut tetapi masih tegas.

Mendengarkan soalan tersebut, dengan pantas Nuri Thaqifah menggelengkan kepalanya. "Tak ada cikgu. Maafkan saya."

"Aih... Saya bukan nak marah awak, Nuri. Sudah, semua sila buka buku teks muka surat tiga."

Perlahan-lahan Nuri Thaqifah menundukkan kepalanya memandang meja. Tangannya pula sibuk membelek buku teks di hadapannya.

"Weh." Bahu Nuri Thaqifah dicuit dari tepi. Wajah rakan semejanya iaitu Dahlia dipandang menanti butir-butir seterusnya yang akan diucapkan oleh Dahlia.

"Kau kerja part time dekat cafe tu lagi ke?" soalnya ingin tahu. Tanpa membuka mulut, Nuri Thaqifah hanya menganggukkan kepalanya.

"Mesti lah. Kalau aku tak kerja macam mana aku nak cari duit lebih?" Nuri Thaqifah memberikan jawapan sakarstik. Dia tahu dirinya tidak berkemampuan seperti Dahlia. Cepat-cepat Nuri Thaqifah memejamkan matanya, terasa menyesal dengan kata-katanya tadi. Takut menyinggung perasaan Dahlia.

"Ooh, patutlah kau nampak mengantuk semacam." Dahlia terangguk-angguk. Nuri Thaqifah pula hanya tersengih sebelum memberikan tumpuannya semula kepada Cikgu Wati yang masih mengajar di hadapan. Nasib baiklah Dahlia jenis yang straight to the point dan tidak hiraukan sindiran.

Dah perit kena panggil nama dengan Cikgu Wati. Bukan Dahlia yang tanggung malu nanti, dia juga yang kena. 

Tok tok tok!

Tiga ketukan pintu diikuti dengan kalimah Assalamualaikum diberikan daripada luar.

"Masuk." Cikgu Wati menghentikan pembelajarannya.

"Nah cikgu. Kertas soalan yang cikgu suruh tolong bawakan tadi," ujarnya. Dirinya masih di luar daripada kelas.

Terdengar beberapa suara menggeletis diyakini mereka sudah mengenali empunya suara tersebut. Memandangkan Nuri Thaqifah dan Dahlia berada di sebalik pintu di tepi dinding, Dahlia berusaha memanjangkan lehernya untuk mengintai jejaka itu.

ASTROPHILE Where stories live. Discover now