-6-

45 6 1
                                    

Nuri mendongak tinggi. Ingin mencapai sebuah buku yang dia mahukan. Perpustakaan di SMK Melor ini luas.

Nuri suka berada disini.

Jiwanya tenang melihat buku.

Nuri berpaling ke kiri dan kanan. Cuba mencari kerusi terdekat. Nak ambil buku tadi tapi sayang... tinggi tak cukup.

"Nah."

Belum sempat Nuri tarik kerusi ke tempat tersebut, ada seorang lelaki yang sudah mencapainya dan menghulurkan buku tersebut kepada Nuri.

'Will You Fly?'

Tajuk di muka hadapan buku itu dibaca sekilas. Ya, itu lah bukunya.

"Terima kasih," tutur Nuri.

Ammar masih memandang Nuri. Hati Ammar tiba-tiba berdegup kencang sekali lagi.

"Ada apa lagi?" soal Nuri apabila melihat Ammar tidak berganjak. Nak tidur dekat sini ke apa? Nuri tengok sekeliling mereka yang dikelilingi oleh rak buku.

"Err... tak, tak." Laju Ammar membalas.

Nuri memeluk buku tersebut rapat ke dada. Nuri ke kanan, Ammar turut ke kanan. Nuri ke kiri, Ammar turut ke kiri.

"Awak! Dah kenapa awak ikut saya?" Langkah Nuri terhenti dan tubuhnya dipalingkan ke belakang. Tepat matanya memandang Ammar.

Nuri tunding jari telunjuknya ke arah Ammar. Tindakan Nuri dengan berhenti secara mengejut membuatkan Ammar turut berhenti kerana terkejut.

"Ma... mana ada. Awak ni mengarut lah. Saya bukan stalker," balas Ammar dengan kedua tangan yang diangkat tinggi persis penjenayah yang tertangkap oleh polis.

Nuri pandang kiri dan kanan. Hairan kenapa tiba-tiba ramai berkerumun melihat mereka berdua. Nuri tengok Ammar balik.

"Aduh... Aku lupa kau ni Nik Ammar," gumam Nuri perlahan.

Kening Ammar terjongket satu. "Apa?"

"Tak... tak ada apa. Sini!" Dengan drastik, Nuri menarik beg sekolah Ammar. Mereka berlari tanpa hala tuju.

"Awak... nanti dulu... huf... kenapa kita lari?" soal Ammar sambil cuba mencari nafas.

Mereka berhenti di satu penjuru rak buku. Tersorok, aman, damai, dan tiada ramai orang kerana ini sudut pendidikan islam.

Nuri mendongak tinggi untuk memandang Ammar.

"Sebab awak tu Nik Ammar!" Suara Nuri tidak sengaja ditinggikan. Cepat-cepat dia tekup bibirnya sendiri. "Ops."

Lagi lah Ammar hairan. Kenapa pula kalau dia ni Nik Ammar? Habis tu? Tak mungkinlah dia ni Muhammad Iqbal?

Ammar cuba ingat balik dosa-dosa nya.

"Dengar sini. Awak tu famous tau! Awak nak ke saya semput sebab tiba-tiba ramai orang dekat sini? Nanti librarian marah macam mana sebab jadi punca perpustakaan ni bising?" bebel Nuri. Ammar garu kepala.

"Saya famous ke?"

Wah.

Nuri ingatkan Ammar ni tuli rupanya terencat fikiran pun ada.

"Lupakan aje lah," ujar Nuri seraya itu melangkah keluar dari sudut tersebut sebelum tubuhnya tertarik ke belakang semula dek kerana beg galasnya ditarik oleh Ammar.

Win win situation.

Tadi Nuri tarik beg Ammar kan?

"Nak apa lagi?" Nuri mula hilang sabar. Tak pernah-pernah dia melayan manusia selama ini.

"Tak... Kejap." Ammar menarik nafas kemudian dihelakan dengan kuat sehingga mata Nuri terpejam. Risau terpercik saliva Ammar.

"Dahlia kata awak susah bercakap dengan perempuan. Kenapa awak bercakap dengan saya?" Tanpa segan silu, Nuri bertanya.

Ammar sekali lagi garu kepala. "Oh itu ke yang orang sebar? Saya... saya sebenarnya malu je."

Kening Nuri terjongket tinggi. Menanti jawapan seterusnya.

"Saya nak jadi kawan awak."

Damn.

Kau gila?

"Bullshit." Nuri melangkah laju. Sangat laju sehingga Ammar tak sempat langsung mencapai beg galasnya. Berkat kaki pendeknya, Nuri lincah melarikan diri.

Ni Ammar yang merupakan atlet olahraga pun tak dapat kejar tau!

"Nu- Nuri!"

"Jangan sebut nama saya!"

Nuri lari.

Ammar kejar.

"Kejap lah!"

"Mak!"

Nasib baik Nuri jumpa Dahlia. "Tolong sembunyikan aku."

"Kau dah kenapa? Kena kejar dengan orang gila ke?" soal Dahlia yang masih menggigit straw minuman.

"Aku ada stalker, Lia." Nuri mengintai disebalik kepala Dahlia. Nik Ammar mula kelihatan.

"Huf... Nu... Nuri. Apa kata awak je yang masuk pertandingan olahraga tu nanti." Ammar tunduk memegang lutut.

"Erk? Dah kenapa kau kejar Nuri?" soal Dahlia pada Ammar.

"Bro!" jerit Iqbal.

Iqbal merehatkan tangannya ke bahu Ammar. Dia tengok Nuri, kemudian dia tengok Ammar. Iqbal cuba menangkis imaginasi dia yang pelik-pelik.

'Tak mungkin Ammar confess.'

Iqbal kemudian pandang Dahlia. Dahlia geleng kepala.

"Dah la tu Am. Cikgu cari kau." Iqbal menepuk bahu Ammar.

Nak tak nak, Ammar perlahan-lahan meninggalkan mereka bertiga. Kalau Cikgu panggil, kena cepat-cepat pergi. Tak baik melengahkan masa.

Tak semena-mena, Nuri menghela nafas lega.

"Boleh gila aku tadi. Laju betul dia kejar aku, Lia."

Iqbal ketawa kecil. "Memang lah. Dia kan atlet olahraga. Hari-hari kena lari."

Oh ya, Nuri lupa tentang fakta tersebut.

Tak lama kemudian, Iqbal meninggalkan mereka berdua. Ingin mencari Ammar.

"Mind to explain what happened between both of you?" Tangan Dahlia naik memeluk tubuh.

"I dare not," balas Nuri.

☁️☁️☁️

TBC

ASTROPHILE Where stories live. Discover now