-3-

93 10 5
                                    

       What happen if I leave you?
Will you let me go?

...

         NURI THAQIFAH sedari dari tadi asyik mengintai Nik Ammar dan seorang 'gadis' yang disyaki teman wanita lelaki itu di bucu dinding kaunter.

     Delima mencuit bahu Nuri menyebabkan dirinya hampir melatah.

     "Nuri intai apa tu?" soal Delima. Kepalanya turut dipanjangkan untuk mengintai.

     "Ish Kak Delima. Jangan obvious sangat," kata Nuri dengan kerutan dahi.

     "Dahtu? Tadi akak tanya Nuri kenal ke tak dengan customer tu Nuri kata tak. Nuri dah tangkap cintun ke?" Kening Delima terangkat tinggi.

    "Ish jangan mengarut lah Kak Delima. Tengok tu kan dia dah berpunya," kata Nuri sambil menunjuk kearah gadis di sebelah Nik Ammar. Gadis tersebut kelihatan teruja apabila dihulurkan kotak kek coklat yang baru sahaja dibeli oleh Ammar tadi.

     'Untung lah pakwe belikan.'

      "Dah kenapa aku kena kisah pasal hidup dia pula?" gumam Nuri Thaqifah. Kepalanya digaru perlahan.

       "ABANG AMMAR!" Jeritan tersebut membuatkan Nik Ammar berpaling.

     "Sabar lah, abang. Kenapa nak laju-laju?" soalnya tidak mengerti dengan kelakuan Nik Ammar sekarang. Biasanya dia lah yang paling steady kalau buat apa-apa. Semua perlahan macam siput! Kali ni si siput ni dah jadi turbo ke?

     "Nik Nur Amaya!" Hah sudah, nama penuh pula disebut. Amaya mencebik.

    "Kan abang dah kata dekat luar jangan menggeletis dekat abang macam ni. Kau tu dah besar, fikir sikit orang kata apa nanti," kata Nik Ammar kemudian berpaling ke belakang memandang Amaya, adik perempuannya yang telah berumur 15 tahun.

    "Alaa... Amaya kan adik abang juga... Bukan haram pun. Abang ni menjaga sangat lah personaliti beku tu. Fikir Amaya tak geli ke?" soal Amaya di akhir kata. Nik Ammar mengurut pelipisnya, pening.

     Amaya mendekati Nik Ammar dan menarik lengan baju abangnya. "Abang... Abang marah Amaya lagi ke?"

    Nik Ammar menggeleng. "No. It's alright. I'm just being emo today."

    Fikiran Nik Ammar dah jauh melayang ke waktu dirinya memasuki cafe tadi. Jika dia tidak salah orang, gadis itu mesti orang yang dia fikirkan. Tapi jikalau betul pun, kenapa dia kena kisahkan?

   
     "Nuri!" Delima mencengkam bahu Nuri Thaqifah. Nuri berpaling ke arah Delima.

     "Kenapa Kak Delima?" soal Nuri.

      "Nuri nak balik rumah terus ke?"

      Nuri melihat jam tangannya. Sudah hampir masuk waktu maghrib. Shift kerja Nuri hanya sampai petang. Nuri angguk.

     "Oh, takpe lah kalau macamtu," ujar Delima dengan senyuman. Kepala Nuri terteleng. "Kenapa tu kak? Ada apa yang Nuri boleh tolong ke?"

     "Ingatkan nak minta tolong Nuri belikan something dekat speedmart. Tak apa lah kalau macamtu." Delima senyum.

     "Cakap je akak nak Nuri belikan apa? Shift akak sampai tengah malam kan? Kesian kalau Nuri tak belikan apa yang akak craving tu," kata Nuri dengan ketawa halus. Jarinya menunjuk ke arah perut Delima yang dikandung lemak.

    "Hish Nuri! Lemak ni tenaga okey! Takpelah Nuri. Akak minta tolong Wafi. Dia kata nak datang malam ni." Delima membuka telefonnya sejurus itu mencari nama Wafi.

ASTROPHILE Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang