-4-

72 8 3
                                    

         KELAS 5 Delima berakhir dengan subjek matematik. Nuri Thaqifah memasukkan kembali kalkulator ke dalam beg. Kepalanya sudah panas kerana menjawab 30 soalan matematik tadi. Dia tak suka matematik.

      "Jap, jap. Kau nak balik rumah dulu ke terus pergi cafe?" soal Dahlia. Tangannya juga sudah mencapai beg galas. Perbuatan Nuri tadi terhenti dan pandangannya tertumpu kearah Dahlia.

         Nuri mengerling kearah jam dinding kelas mereka. Jarum jam sudah menunjukkan waktu 2:45 petang.

       "Aku singgah surau sekolah dulu la. Solat zuhur. Lepastu terus pergi cafe. Kenapa?" soal Nuri pula. Tak mahu lah pulang ke rumah lagi. Bukannya ada sesiapa pun.

      "Aku rancang tadi nak buat homework dekat cafe tempat kau kerja tu. Haritu aku pergi sana, pergh wifi laju mat." Dahlia tersengih. Macam lah di rumahnya tiada wifi.

       "Suka hati kau lah. Aku pergi dulu. Lewat aku nanti," ujar Nuri seraya itu keluar daripada kelas 5 Delima.

       Seusai sahaja solat zuhur, Nuri melipat telekung yang dibawanya daripada rumah lalu disimpan kedalam beg sekolahnya.

       Suara imam tadi macam pernah dia dengar. Persis suara Nik Ammar? Cepat-cepat Nuri menggelengkan kepalanya. Dah kenapa suara lelaki tu pun perlu diingat.

     Kebelakangan ini hidup Nuri asyik bertembung dengan Nik Ammar. Dimana-mana sahaja nama lelaki itu lah yang dia dengar. Sebelum ini dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4 tiada pula dia bersua dengan Nik Ammar. Adakah ini hadiah untuknya sempena tahun akhir di sekolah? Sekali lagi Nuri menggelengkan kepalanya.

        Ammar dari jauh sudah mengenal pasti Nuri Thaqifah yang baru sahaja keluar daripada surau. Dia menyimpan kopiahnya ke dalam poket dan cepat-cepat memakai kasut.

     "Eh? Bro cepat kau nak balik harini. Sabar ah," ujar Iqbal. "Kau tengok apa tu Am?"

    Iqbal turut memanjangkan leher untuk melihat apa yang Ammar lihat.

   "Damn! Kau betul-betul dah tangkap cintun dengan si Nuri tu ke apa, Am?" soal Iqbal. Bukan apa, kan Ammar ni seorang yang menyendiri. Kalau boleh, nak mati pun istiqamah seorang diri.

   Baguslah kalau Nik Ammar ni sudah ada seseorang yang mahu dijadikan peneman hidup. Kalau dulu, Iqbal hampir mengecop Ammar sebagai warga pelangi. Naik bulu romanya bila teringat kembali yang dia pernah merasakan Ammar ni ada hati dekat dia. Itu hanya delulu seorang Iqbal pada waktu itu.

    "Shh. Bising lah kau ni. Kepoh betul," ujar Ammar.

     Ammar berlari secepat yang mungkin ke arah tempat parking motosikal. Motor tersebut dihidupkan kemudian Ammar melambaikan tangannya kearah Iqbal dengan wajah tidak bersalah. Iqbal pula menongkat dagu di koridor surau hanya menghantar pandangan kepada Ammar yang sudah meninggalkan perkarangan sekolah.

     "Asalkan kau bahagia, Am." Iqbal menggelengkan kepalanya. Biarlah, member sendiri nak bahagia kan? Kita tumpang gembira aje lah.

   

       "WAFI! Mana Kak Delima?" soal Nuri. Wafi yang sedang menyusun beg kopi memalingkan tubuhnya kearah Nuri.

      "Kak Delima ambik mc hari ni. Dia tak bagitau kau?" soal Wafi kembali. Nuri menggeleng. Dia tenung Wafi yang kembali fokus menyusun beg kopi ke dalam rak.

     "Okey takpe lah. Nanti aku mesej Kak Delima," kata Nuri sejurus itu berjalan masuk ke salam bilik persalinan untuk menukar baju kerja.

    Kcing!

ASTROPHILE Where stories live. Discover now