-9-

56 4 0
                                    

     Don't worry about me,
I'm okay.
I'm always okay.

...

Tw: eating disorder

☁️☁️☁️

       NURI memandang Ammar pergi. Bahunya ditepuk oleh Delima daripada belakang.

          "Kawan Nuri?" soal Delima. Bibirnya tersenyum.

       Nuri memejam mata. Nuri tarik nafas dalam-dalam kemudian dihembuskan kesenuanya. Nuri buka kelopak matanya semula. Dia memandang Delima yang masih menantikan jawapannya. "Ye. Kawan Nuri."

       Akhirnya Ammar official menjadi kawan Nuri. Ammar dah boleh meraikan kejayaan kecil ini. Sepertinya mendapat gelaran sebagai kawan Nuri ini adalah sebuah kejayaan bagi seorang Nik Ammar.

          "Nuri cuti sekolah hari ini kan?" Delima menyoal. Soalan tersebut dibalas dengan anggukan daripada Nuri. Memang lah cuti. Hari ini kan hari sabtu. Melainkan Nuri ada kelas tambahan. Kalau tidak, dah tak nampak Nuri di kafe ini.

          "Kenapa kau tak cuti kerja?" soal Wafi pula. Kali ini, Nuri membalas dengan gelengan kepala.

        "Manager suruh masuk kerja. Katanya suruh tolong Kak Delima dengan Wafi susun stok kopi baru sampai nanti," balas Nuri sambil mengelap meja. Dia berhenti seketika untuk menarik kerusi masuk ke dalam meja. Kemudian Nuri lap pula kerusi tersebut sehingga berkilat dan ternampak pantulan wajah cantiknya disitu.

          "Oh, patutlah. Nak isi stok. Pukul berapa lori sampai?" Delima angkat tangannya untuk melihat jam di tangan.

        "Katanya pukul 11 pagi." Suara Nuri hanya mendatar sahaja. Nuri pergi ke arah stor kafe. Ingin meletakkan kain lap meja tadi.

       "Yo, sekarang dah 10:30 pagi. Kita ada 30 minit lagi kalau jalan tak jem," kata Delima seraya itu menjatuhkan tangannya ke sisi. Kalau macam Nuri katakan tadi, memang pukul 11 lah lori itu sampai. Itu pun kalau jalan raya tidak sesak.

       Wafi pula hanya terangguk-angguk kepalanya. Memang patut lah Manager suruh Nuri datang. Kalau nak harapkan dia dan Delima memang lambat lah nak susun stok baru itu nanti. Delima seorang pun angkat satu kotak dalam masa 30 minit. Yang sampai nanti bukan lima kotak. Tapi berpuluh-puluh.

       Peng! Peng!

      Kebetulan pula bunyi hon daripada lori kedengaran di telinga. Awal pula kau sampai hari ini ya? Excited ke?

      Beberapa puluh minit kemudian, Nuri, Delima dan Wafi sudah siap mengemas kesemua barang. Wafi mengelap peluhnya dengan kain. Nuri dan Delima pula duduk seketika ingin mengambil nafas. Hari cuti sekolah begini waktu tengah hari baru ramai pelanggan.

      "Nuri!"

       Nuri memandang pintu kedai. Ada Dahlia yang menjerit namanya dari luar kedai. Dahlia menekup wajahnya ke cermin kedai untuk mengintai Nuri yang berada di dalam kedai.

       "Tu. Kawan till Jannah kau." Wafi menjuih bibirnya ke arah Dahlia.

       Kcing!

      Dahlia membuka pintu. Kakinya laju melangkah ke arah Nuri.

      "Macam mana kau tahu aku masuk kerja hari ni?" Nuri bercekak pinggang. Setahu dia, Nuri tak ada sebut kepada Dahlia bahawa dia ada di kafe hari ini.

      "Instincts babe. Kita dah sehati sejiwa." Dahlia mengenyitkan matanya.

      "Oh hai abang Wafi!" Tapak tangannya dilambai pula ke arah Wafi apabila dia mengesan kewujudan Wafi disitu.

Hai finito le parti pubblicate.

⏰ Ultimo aggiornamento: Mar 13 ⏰

Aggiungi questa storia alla tua Biblioteca per ricevere una notifica quando verrà pubblicata la prossima parte!

ASTROPHILE Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora