-8-

53 5 3
                                    

For the second time,

Please tell me again,

That you loved me.

️☁️☁️

           "IBU. Ayah pergi mana?" soal Nuri sambil mengikat rambutnya. Dia mengintai ke arah katil di mana Ayah selalu baring. Namun tak ada pula Ayahnya disitu.

        "Ayah pergi warung jumpa kawan-kawan dia," balas Ibu. Tangan Ibu tangkas menghidangkan kuih-muih di atas meja.

         "Eh? Dah tak sakit dah ke?" Nuri mengerutkan dahinya, pelik. Kelmarin punya lah Ayah batuk-batuk macam nak hilang nyawa. Sekarang pergi lepak di warung pula?

        "Macam Nuri tak kenal Ayah Nuri. Pantang sihat sikit dah hilang. Nanti sakit tu datang mula lah terhegeh baru ingat dekat rumah," bebel Ibu.

        Nuri tersenyum lembut. Kalau Ayah rasa sihat, okey lah tu kan? Nuri memeluk Ibu daripada belakang. Dia melentokkan dagu di bahu Ibu.

        "Ibu pun jangan selalu sakit-sakit macam Ayah tau? Nuri tak suka." Nuri berkata dengan suara yang perlahan.

        Ibu menyentuh tangan Nuri yang melingkar di pinggangnya. "Anak ibu pun jangan sakit-sakit. Kalau penat, rehat. Nuri tu muda lagi."

        "Okey Ibu," ujar Nuri seraya itu mencium pipi Ibu dan melepaskan pelukannya tadi.

       "Erm... ibu. Ni ada duit untuk Ibu. Ibu beli lah apa-apa Ibu nak." Sampul yang berisikan duit dihulurkan kepada Ibu.

        Ibu mengerutkan dahinya. "Tak apa lah Nuri. Nuri simpan ye? Beli lah apa yang Nuri idamkan. Jangan risaukan Ibu." Sampul tersebut Ibu ambil dan diletakkan semula ke atas tapak tangan Nuri.

        Nuri rasa serba-salah. Jangan lah macam ni ibu...

       "Nuri dah ada duit lebih untuk Nuri. Alah... kerja part time tu banyak lah gaji dia ibu. Ibu ambik ni...." Nuri letakkan sampul tersebut ke poket baju Ibu.

        "Simpan," tambah Nuri lagi dengan senyuman manis.

        Ibu mengusap rambut Nuri. "Terima kasih, anak Ibu."

         "Sama-sama!" Sekali lagi Nuri memeluk pinggang Ibu dengan erat. Dia membenamkan wajahnya ke belakang Ibu. Walaupun ada bau-bau minyak goreng ikan, tapi Ibu tetap wangi! Inikah bau syurga?

        "Nuri pergi dulu ya," kata Nuri sejurus itu menyalam tangan Ibunya. Hendak pergi ke cafe.

        Nuri sudah memakai tudung shawl warna hitam kegemarannya dengan kemas. Ini lah warna kebanggaan anak gadis Malaysia.

        "Hati-hati." Ibu tersenyum. Dia hanya menghantar pandangan melihat anak gadisnya pergi. Berapa kali sudah Ibu melarang Nuri untuk tidak bekerja. Kerana Nuri hendak SPM dan perlu fokus pada pelajaran. Namun Nuri berkeras. Katanya nak tolong Ibu dan Ayah ketika dia ada waktu terluang ini.

        "Nuri!" jerit Delima dari dalam cafe. Nuri menjenguk ke tingkap. Wafi pun ada disitu.

        "Hai Kak Delima! Wafi pun ada?" Nuri membuka pintu cafe. Bunyi loceng daripada pintu kedengaran jelas di telinga.

ASTROPHILE Onde as histórias ganham vida. Descobre agora