-5-

61 8 3
                                    

     BANG!

    "Nik Ammar! Lari laju-laju!"

     Setelah bunyi tembakan bergema di padang, Ammar mula pecut. Laju.

    "Ammar!"

      "Am!"

     "Abang hensem bagi menang tau!"

     Nah, pelbagai arah kedengaran sorakan yang dijerit khas untuk Ammar. Famous dia memang tak ada siapa dalam sekolah ni dapat tandingi lah kiranya.

    "Nombor satu!" Pengadil meniup wiselnya apabila Ammar melepasi garisan panamat.

     "Bro."

    Ammar menangkap botol air mineral yang dilempar oleh Iqbal. Kain tuala di bahu Iqbal diambilnya setelah mendekati Iqbal sambil meneguk habis air mineral tersebut.

    "Cerita la apa jadi semalam. Kau pergi jumpa si Nuri tu ke?" Iqbal menjongket kening.

       Ammar menjeling. "Kalau aku jumpa pun kenapa? Ada kacau beras rumah kau?"

        "Wah engkau. Kau tiap kali broken jangan datang rumah aku makan nasi lepas ni. Aku dah taknak layan," ujar Iqbal.

        "Ammar, jumpa cikgu sekejap." Seorang guru lelaki iaitu jurulatih olahraga SMK Melor, Cikgu Khairi memanggil Ammar.

        "Cau."

Iqbal hanya menghantar pemergian Ammar sambil bercekak pinggang.

        "Kejohanan sukan olahraga tahun ni dah dekat. Ammar masuk ye." Cikgu Khairi langsung tak beri masa untuk Ammar berfikir.

        "Boleh lah, Am. Dua tahun lepas awak masuk, sekolah kita menang. Tahun lepas awak tak masuk, sekolah kita kalah, Am. You're our golden card."

        "Cikgu..." Ammar bukan tak mahu sertai, tapi pada masa yang sama, dia nak fokus SPM juga. Latihan atlet olahraga ni bukannya mudah. Masa dan tenaga perlu dicurahkan sepenuhnya.

       "Cikgu dah submit nama awak dekat data sekolah." Cikgu Khairi memberikan kata putus.

      Ammar menguak rambutnya ke atas. "Tch."

      "Cikgu ni tak kasi chance langsung lah," bisik Ammar perlahan.

      Bukannya dia tak suka sukan olahraga ni. Disebabkan dia suka lah, dia pilih untuk masuk sukan olahraga sekolah.

      Nik Ammar suka lari.

      Fikirnya apabila dia lari di sini, dia juga turut lari dari masalah. Hal itu membuatkan Nik Ammar lega.

       Tanpa berlengah lagi, Ammar berpaling. Ingin ke tempat dimana Iqbal berada.

      Pap!

      Kerana ketinggian mereka yang tidak sama, automatik membuatkan Ammar memandang ke bawah.

      "Ma... maafkan saya."

      Nuri menunduk. Malu. Lagi malu bila dihadapannya ini adalah seorang Nik Ammar. Apa kata gadis lain nanti? Sedangkan mereka sendiri pun tak pernah bersua muka secara dekat seperti ini.

       Nuri boleh flex kepada mereka. Kau ada? Tak ada kan?

      "Hai Nuri!" sapa Iqbal.

       Nuri hanya membalas dengan senyuman.

       "Yo bro. Apa pasal kau tak tegur dia tadi? Rezeki kau dah ada depan mata!" jerit Iqbal diakhir ayatnya.

ASTROPHILE Where stories live. Discover now