-7-

62 4 0
                                    

DAHLIA bercekak pinggang. Mata dia tak lepas dari merenung Nuri sehingga Nuri rasa awkward.

"Jangan lah tengok aku macam tu. Aku takut lah, Lia. Mata kau dahla macam cik ghimau." Nuri menggaru kepalanya.

"Kau kata tadi kau nak terangkan dekat aku?"

Tit!

Bunyi punat dihidupkan. Serta-merta, Dahlia memejam matanya. Nuri menghalakan keychain awannya yang memiliki lampu tepat ke arah muka Dahlia.

"Dah terang kan?" soal Nuri dengan selamba.

"Nuri Thaqifah!" jerit Dahlia, bengang dek perangai Nuri itu. Mujur lah Dahlia nak berkawan dengan Nuri. Hari-hari dapat rasa lawak hambar Nuri. Seronok tau!

"Hehe. Aku kata taknak, taknak lah." Nuri kemudian membuka buku yang didapatkan dari perpustakaan tadi.

Baru buka satu muka surat, Dahlia dah tolong tutupkan.

Nuri tengok jam. Sudah hampir waktu balik sekolah. Mujur hari ini tiada kelas tambahan. Tapi shift untuk kerja part time dia pula yang tiada. Kalau tak, boleh masuk kerja dan dapat duit lebih sikit.

"Aku nak teka."

"Aku tak bagi teka-teki pun, Lia." Pantas Nuri membidas.

"Ammar suka kau?" soal Dahlia pada Nuri sambil menunding jari telunjuknya.

"Walawey. Ni dah lebih ni," balas Nuri seraya itu menolak jari telunjuk Dahlia ke kanan.

"Lambat lagi mamat tu nak suka aku lah. Aku ni siapa? Dahlah miskin, tak pandai, tak cantik, pokai lagi," balas Nuri. Banyak kali dia sebut perkataan yang menandakan dia tiada wang membuatkan Dahlia rasa serba salah pula.

"Laa apa salah nya? Hati kau baik," bidas Dahlia.

"Tak boleh la. Dia dah awek. Kau tak tahu?" soal Nuri kembali.

Nuri teingat akan wanita yang berada disamping Ammar waktu pertama kali Nuri jumpa Ammar di cafenya.

Rapat betul! Tak ada ikhtilat!

Mata Dahlia membuntang. "Eh kau serius lah?"

Bibir Dahlia membentuk kalimah 'o' dan tangannya ditepuk-tepuk beberapa.

"Gempak lah. Ni kalau minah dekat sekolah ni semua tahu, patah hati babe," kata Dahlia sambil terangguk-angguk.

"Tahu takpe."

Nuri mengeluh perlahan.

☁️☁️☁️

"ABANG!"

Pantas Ammar berpaling.

"Amaya... kan abang kata jangan jerit-jerit." Ammar dah mengurut pelipisnya.

Amaya mencebik.

"Abang ni... dekat luar pun tak boleh jerit, dekat rumah pun tak boleh jerit. Dekat mana lagi Maya boleh jerit?" soal Amaya dengan muka seposennya.

"Ni mesti masa Mama mengandungkan Maya ni Mama ada mengidam nak telan pembesar suara," seloroh Ammar. Namun kata-kata Ammar tadi membuatkan Amaya ketawa besar.

"Hahaha! Kelakar lah abang ni. Sejak bila reti buat lawak hambar? Ni mesti abang Iqbal ajar kan?" Amaya berjalan laju sedikit meninggalkan Ammar yang masih membuka tali kasut sekolah. Memandangkan Amaya hanya memakai kasut sekolah jenis sarung sahaja. Katanya leceh nak pakai tali. Dia tak suka ikat tali!

Setelah itu, Ammar masuk ke dalam rumah mereka tapi langkahnya terhenti apabila Amaya tidak berganjak langsung dari muka pintu.

"Maya kenapa?" soal Ammar, risau.

"Macam biasa... Sunyi," ujar Amaya. Dia membuka lampu ruang tamu. Kemudian lampu di dapur. Ammar pula membuka suis penyaman udara.

Ammar tersenyum kelat. Begitu lah kehidupan mereka dua adik-beradik.

Ibu bapa Ammar dan Amaya sibuk bekerja.

Bapanya bekerja sebagai duta Malaysia di luar negara. Manakala Ibunya mengikuti kemana sahaja suaminya pergi.

Dalam setahun adalah beberapa kali mereka pulang ke Malaysia. Itu pun kerana kerja.

Ammar yang menjaga adiknya, Amaya sejak kecil. Sebab itu lah Amaya terlalu rapat dengan abangnya.

Ammar lah figura ibu dan bapa kepada Amaya.

"Mama ada call abang?" soal Amaya. Ammar geleng kepala.

"Ish, susah sangat ke nak call anak? Ke dah lupa dekat kita? Seronok sangat makan gaji besar-besar sampai lupa keluarga," gumam Amaya perlahan. Namun didengari jelas oleh Ammar.

"Maya... jangan cakap macam tu. Kalau Papa dengan Mama tak kerja macam tu, Maya tak hidup senang macam ni tau. Papa dengan Mama buat ni untuk kita juga," ujar Ammar. Dia menghulurkan biskut yang dibeli di kantin sekolah tadi kepada Amaya.

Amaya membuka plastik biskut oreo tersebut dengan gembira. "Iye lah. Maaf lah Maya cakap macam tu."

"Maya lapar lagi ke?" soal Ammar bila dia tengok Amaya melahap biskut tadi macam tak makan sebulan.

Amaya angguk laju. Ammar tepuk dahinya. "Kita order dekat grab je lah malam ni."

"Cun!"

"Tapi abang... Maya tengok abang gembira semacam je dua tiga hari ni. Abang ada awek eh!" teka Amaya dengan senyum lebar.

"Huish, lambat lagi. Siapa je nak dekat abang?" bidas Ammar semula.

"Ala... Abang kan famous gila dekat sekolah. Tak mungkin lah tak ada seorang pun nak dekat abang," balas Amaya dengan nada sakarstik.

"Famous sangat ke abang? Kenapa abang tak tahu?" Ammar mengangkat kening. Mulut Amaya melopong.

Ammar menggelengkan kepalanya. Nuri pun kata dia terkenal. Ni adik dia sendiri yang mengatakannya.

"Abang! Disebabkan Abang lah, semua perempuan dalam batch Maya ni tiba-tiba rapat tau! Hari-hari Maya dengar, Maya awak adik Nik Ammar kan? Ya Allah, stress tahu tak?"

Nik Nur Amaya meluahkan isi hati yang sudah lama dipendam kepada abangnya. Manakan tidak, sejak dia tingkatan satu sampai tingkatan 3 sekarang ni sama je!

"Okay sorry." Ammar tersenyum nipis. Dia mengusap rambut Amaya dengan lembut.

"Adik abang ni tertekan sebab abang. I'm sorry." Ammar melepaskan sentuhannya daripada rambut Amaya.

"Mandi cepat, Maya. Nanti abang order makanan. Maya nak makan apa?" soal Ammar sambil mengangkat telefon pintarnya selaras dengan kepala. Keningnya dijongketkan sebelah.

"Nasi goreng pattaya dekat kedai mak cik Nab!" jerit Amaya teruja. Amaya berlari kecil ke tangga dengan beg sekolahnya. Ingin ke bilik.

"Okey, okey."

Ammar sekali lagi geleng kepala. Lucu melihat karenah Amaya. Biarpun sudah berumud 15 tahun, Amaya masih lagi 5 tahun di matanya. Itu lah umur Amaya ketika pertama kali mereka berdua ditinggalkan oleh Ibu Bapa mereka.

Ammar congak dalam kepala. Oh... Sudah hampir 10 tahun mereka sekeluarga tidak hidup sebumbung. Amaya tak cukup kasih sayang seorang ibu.

Ammar pun dah nak SPM tahun ni. Dia harap tahun ini, Papa dan Mama dapat pulang ke Malaysia.

Hari cuti Amaya selalu berada di warung Mak cik Nab. Minta nasi goreng pataya tu lah. Katanya, Mak cik Nab masak sedap sangat. Mak cik Nab pun tak kisah Amaya bertandang di kedainya.

Mereka keluarga kaya, tapi mereka tak kaya dengan kasih sayang ibu bapa.

Ammar cuba apa yang dia boleh lakukan. Untuk dia, dan Amaya.


☁️☁️☁️

TBC

ASTROPHILE Where stories live. Discover now