Bab 1: Murid Baru!

19 1 0
                                    

Pada suatu hari, ada seorang pelajar bernama Reen. Dia lahir pada 7 Januari 2010. Reen ialah seorang pelajar di Girls Highschool,London. Pada suatu hari, keluarga Reen pindah ke Sarawak,Malaysia. Reen pindah ke SMK Cahaya, Kuching.

Pada hari pertama sekolah, Reen mencari kelas 1 Merah.
"Mana kelas 1 Merah?" kata Reen sambil mencari seseorang untuk menunjukkan jalan ke kelas tersebut. Reen terlanggar seorang kakak pengawas sekolah.
"M-maaf, kak. Saya tidak sedar bahawa kakak di situ tadi," 
"Tidak mengapa adik. Lain kali sila tengok di mana adik jalan,"
"Baik kak,"
Sebelum kakak itu beredar dari tempat tersebut,
"Eh, kakak,"
"Ya adik, ada apa boleh kakak bantu?"
"Saya nak cari kelas 1 Merah. Boleh kakak tunjuk jalan ke kelas tersebut?" tanya Reen kepada kakak itu.
"Boleh sahaja,"
Kakak itu menunjuk jalan kepada Reen ke kelas 1 Merah. Apabila sudah tiba di kelas tersebut, kakak itu lalu berkata.
"Ini dia, kelas 1 Merah,"
"Wah, terima kasih kakak kerana sudi bantu,"
"Sama-sama, kakak pergi dulu ya. Semoga berjaya,"
"Terima kasih kak,"

Sebelum masuk ke kelas tersebut, Reen menarik nafas panjang dan hembus. Apabila Reen melangkah satu kaki ke dalam kelas. Ada seorang murid bernama Hana berkata.
"Wah! Ada murid barulah. Apa nama awak?" kata Hana sambil teruja kerana ada murid baru.
"Erm.. Saya Reen. Apa nama awak?"
"Saya Hana, selamat berkenalan Reen!"
"Selamat berkenalan Hana,"

Setelah berkenalan dengan semua murid tersebut, Reen berasa sungguh gembira kerana dapat menjadi kawan mereka.

Semangat Patriotik SMK CahayaWhere stories live. Discover now