Bab 3: Pertandingan sempena Hari Kemerdekaan

4 1 0
                                    

Pada keesokan harinya, Faris dan Wina mahu mencadangkan satu pertandingan sempena Hari Kemerdekaan.
"Selamat pagi semua, saya ada pengumuman tentang pertandingan sempena Hari Kemerdekaan. Saya dan Wina telah mencadangkan pertandingan melukis poster Hari Kemerdekaan," kata Faris dengan semangatnya.
"Poster ini hendaklah dibuat dengan tema Kemerdekaan. Poster ini juga hendaklah dihantar kepada saya atau Faris pada 21 Ogos. Pemenang akan diberi hadiah misteri serta poster tersebut akan ditampalkan di dinding belakang," kata Wina.
"Jika sesiapa mahu sertai pertandingan ini sila beri nama kepada saya atau Wina. Itu saja dari kami terima kasih,"

Setelah pengumuman dari ketua dan penolong kelas itu tadi, pertandingan ini telah mendapat 10 peserta. Hana berasa nak menyertai pertandingan tersebut, lalu dia berjalan ke arah Addam untuk bercakap tentang pertandingan tersebut.
"Hai, Addam, awak nak menyertaikah pertandingan tersebut?" tanya Hana.
"Boleh saja," balas Addam.
"Yay! Jom, tulis nama dalam kertas tersebut untuk menyertai pertandingan itu," ajak Hana dengan terujanya.
"Jom! Mahu tak kita ajak Reen sertai bersama?" tanya Addam.
"Hm.. Boleh juga, saya mahu tengok lukisannya," kata Hana.
Addam dan Hana berjalan ke arah Reen untuk mengajaknya menyertai pertandingan tersebut.
"Reen, mahu tak awak sertai pertandingan poster itu?" tanya Addam.
"Boleh, tapi mana saya mahu tulis nama?" tanya Reen.
"Kita tulis nama kita di dalam kertas di meja guru itu," balas Hana.
"Baiklah,"
"Jom!"

Semangat Patriotik SMK CahayaWhere stories live. Discover now