Bab 6 : Semangat patriotik

1 1 0
                                    

Hari Merdeka telah pun tiba, SMK Cahaya mencadangkan untuk membuat satu tayangan video untuk menunjukkan masyarakat Malaysia yang SMK Cahaya dapat membangunkan semangat patriotik.

Keesokan harinya, murid-murid SMK Cahaya mula membuat video tersebut. Setelah siap membuat video tersebut, mereka menonton video itu pada hari perhimpunan.

"Wah, sungguh hebat video itu," puji Hana.
"Setuju, saya suka pada masa kita mengkibarkan bendera kita dan menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat," kata Reen.
"Samalah kita," balas Hana.

Beberapa hari kemudian, Reen kelihatan sungguh sedih. Addam berasa hairan dengan Reen. Addam berjalan ke arah Reen untuk menanya soalan.

"Reen, kenapa awak macam muka sedih hari ini?" tanya Addam dengan kelihatan risau.
"Oh, tidak ada. Cuma saya mungkin tidak akan lama tinggal di sini bersama awak semua," kata Reen.
"Apa maksud awak?" tanya Addam.

Reen menghembus nafas dan lalu berkata,

"Saya akan pindah ke England semula minggu depan," kata Reen dengan kelihatan sungguh sedih.
"A-apa?! Tak mungkin," kata Addam.

Addam kelihatan sungguh terkejut apabila terdengar kata-kata Reen itu tadi. Reen berasa sangat sedih kerana dia akan meninggalkan sahabat rapatnya.

"Maaf, Addam," kata Reen.
"Saya akan rindu awak, Reen," kata Addam.

Selepas itu, Reen memberitahu seluruh kelas yang dia akan pindah ke England semula. Seluruh kelas itu kelihatan terkejut apabila Reen memberitahu mereka yang dia akan pindah. Selepas itu, mereka mencadangkan untuk menyambut selamat tinggal kepada Reen.

Semangat Patriotik SMK CahayaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ