Bab 2: Apa itu merdeka?

7 1 0
                                    

Loceng tamat persekolahan pada hari itu telah pun berdering, menandakan bahawa pelajar SMK Cahaya perlu bersiap-siap untuk pulang rumah. Sebelum keluar dari sekolah tersebut, Wina memanggil Reen untuk berjalan pulang bersama-sama.
"Reen, itu pun awak, penat tahu tak saya mencari awak," kata Wina.
"Maaf Wina, saya tak tahu yang awak cari saya,"
"Tidak mengapa,"

Semasa perjalanan pulang, Reen lalu bertanya.
"Wina, apa itu merdeka? Awak sudah janji akan beritahu pasal ini semasa perjalanan pulang,"
"Oh ya, saya lupa. Merdeka merupakan satu perkataan bahasa Melayu yang melambangkan kemerdekaan. Istilah ini digunakan semasa gerakan-gerakan pro-kemerdekaan dan anti-penjajah semasa penjajahan Malaya dalam sejarah Malaysia, ia menjadi teriakan bagi induvidu warganegara yang berbilang bangsa dan juga turut berbagai cabang suku dan juga ranting-rantingnya kaum yang menuntut kemerdekaan daripada pentadbiran penjajah United Kingdom. Sejarah perjuangan kearah kemerdekaan bermula sejak negeri Melaka jatuh ke tangan Portugis lagi pada tahun 1511. Ia digerakkan oleh kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai semangat tinggi walau pun tidak ada kelengkapan perang serta armada yang lengkap. Kelengkapan senjata para tentera Portugis amat ketara sekali berbanding dengan pejuang-pejuang kemerdekaan yang hanya menggunakan keris, tombak dan pedang. Ini di ikuti dengan zaman penjajahan British yang begitu tersusun corak pentadbiran nya. Pemerintahan penjajahan di tadbir oleh Pejabat Kolonial di London. Pada hari ini di Malaysia yang merupakan negara yang terbentuk hasil penggabungan Sabah dan Sarawak(Singapura disingkirkan pada tahun 1965) penggunaan istilah ini terus penting pada zaman kini. Ia boleh dilihat penggunaannya dalam cuti kebangsaan Hari Merdeka yang menyambut kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan majlis sambutan kemerdekaan pertama di Stadium Negara di mana bendera Malaysia(kini Jalur Gemilang) dikibarkan selepas kemerdekaan diistiharkan. Disebabkan Malaya merupakan entiti utama di mana kesemua negeri lain bergabung dengan, kemerdekaan Malaya terus menjadi tarikh yang penting dalam sejarah Malaysia. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, mengisytiharkan kemerdekaan Malaya dengan tujuh teriakan "Merdeka"; dan teriakan ini terus menjadi kenangan ramai rakyat Malaysia kini yang memperingati jasa beliau dalam kejayaannya mendapatkan kemerdekaan bagi satu negara," kata Wina sehinggalah sampai ke rumah mereka.
"Oh, begitu. Terima kasih Wina kerana beritahu maksud merdeka serta sejarah Malaysia," kata Reen sambil menunduk kepala.
"Sama-sama, Reen. Saya masuk rumah dulu ya. Selamat tinggal,"
"Selamat tinggal Wina,"

Semangat Patriotik SMK CahayaWhere stories live. Discover now