Bab 5 : Beberapa lagi hari tinggal untuk hari Kemerdekaan

4 1 0
                                    

"Cikgu, barang-barang itu tadi sudah kami letak di bawah tangga di blok tingkatan satu seperti dalam arahan cikgu tadi," kata Addam.

"Wah, terima kasih Addam," kata cikgu Murni.
"Sama-sama cikgu," balas Addam.
"Nama awak siapa?" tanya cikgu itu kepada Reen.
"Saya Reen, cikgu," jawab Reen.
"Oh, terima kasih juga Reen kerana membantu cikgu," kata cikgu Murni.
"Sama-sama cikgu," balas Reen.

Sebelum cikgu pergi ke arah tangga tersebut, Reen memanggil cikgu lalu berkata.
"Cikgu, untuk apa bendera-bendera dan barang-barang hiasan tersebut?"
"Oh, barangan itu untuk perhiasan di persekitaran sekolah kita," jawab cikgu Murni.
"Cikgu, boleh tak kami menolong cikgu untuk menghias sekolah ini?" tanya Addam kepada cikgu.
"Boleh, tetapi perlu ada kebenaran dari guru kelas atau guru mata pelajaran awak sekarang," kata cikgu Murni.
"Baik cikgu," balas Reen dan Addam.

Reen dan Addam meminta kebenaran untuk keluar kelas untuk membantu cikgu menghias sekolah. Guru mata pelajaran mereka membenarkan mereka keluar kelas.

"Selamat pagi, cikgu," ucap Reen dan Addam kepada cikgu.
"Selamat pagi, awak sudah meminta kebenaran keluar dari kelas?" tanya cikgu kepada Reen dan Addam.
"Sudah, cikgu," jawab Reen dan Addam.
"Bagus, jom menghias sekolah ini," kata cikgu Murni.
"Jom. Cikgu, apa perlu kita buat terlebih dahulu?" tanya Reen.
"Kita hias bahagian blok Dewan Mesra dahulu selepas itu cikgu akan memberi arahan seterusnya," kata cikgu Murni.
"Baik, cikgu,"

Cikgu Murni dan muridnya, Reen dan Addam, menuju ke arah blok Dewan Mesra.

Semangat Patriotik SMK CahayaWhere stories live. Discover now