Bab 4 : Apa Hari Kemerdekaan kepada anda?

2 1 0
                                    

Pada keesokan harinya, Hana dan Addam berjalan ke arah Reen untuk tanya satu soalan.

"Hai, Reen. Boleh tak saya dan Addam tanya awak satu soalan?" tanya Hana.
"Hai, Hana. Oh, boleh, apa soalan yang awak nak tanya?" tanya Reen.
"Kenapa awak tanya tentang apa hari kemerdekaan kepada kami?" tanya Hana.
"Oh, saya hanya nak tahu erti kemerdekaan bagi korang," jawab Reen.
"Oh, begitu," kata Addam.

"Sementara awak berdua disini, boleh tak saya tanya soalan?" tanya Reen kepada Hana dan Addam.
"Oh, boleh," balas Addam.
"Macam mana nak memupuk semangat patriotik?" tanya Reen.
"Terdapat pelbagai cara untuk memupuk semangat patriotik. Antaranya ialah, dengan memupuk semangat patriotik sejak dari awal umur lagi seperti di bangku sekolah. Hal ini membolehkan semangat patriotik hidup sebati dalam diri pelajar. Selain itu, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik pada jiwa sanubari anak-anak mereka. Di samping itu, generasi pada masa kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Program-program tersebut lazimnya dipenuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program seperti ini dapat memupuk semangat patriotik di mana-mana," kata Addam.
"Seterusnya, menjalankan kempen secara besar-besaran dalam memupuk semangat patriotik antara masyarakat. Akhir sekali, belajar mengagumi tokoh-tokoh agung dunia dan tokoh negara sendiri untuk melahirkan perasaan berbangga kerana negara kita memiliki pemimpin yang berdedikasi," kata Hana pula.
"Oh, begitu caranya. Terima kasih Hana dan Addam kerana memberi tahu cara untuk memupuk semangat patriotik,"
"Sama-sama,"







Semangat Patriotik SMK CahayaWhere stories live. Discover now