Bab 5 : Beberapa lagi hari tinggal untuk hari Kemerdekaan

1 1 0
                                    

"Mika dan Ahmad, tolong gantungkan bendera itu di kantin," kata cikgu Murni.
"Baik, cikgu," balas Mika dan Ahmad.

Mika dan Ahmad pun pergilah menggantung di kantin. Reen dan Addam menyapu di seluruh kafetaria.

"Reen, Addam, awak berdua sudah menyapu kafetaria ini?" tanya cikgu Murni.
"Sudah, cikgu. Ada apa-apa lagi yang kami dapat bantu cikgu?" tanya Reen dan Addam.
"Ada, awak berdua tolong menyapu bahagian kantin pula," arah cikgu Murni.
"Baik!" balas Reen dan Addam.

Reen dan Addam menyapu bahagian kantin sementara Ariana dan cikgu Murni mengemas bahagian kafetaria.

"Ariana, boleh tak awak ambil lapi meja di dalam kotak sebelah singki itu?" tanya cikgu Murni.
"Boleh, cikgu," balas Ariana lalu mengambil lapit meja tersebut.
"Ini dia cikgu, lapit meja yang cikgu suruh ambil tadi," kata Ariana sambil memberikan lapit itu kepada cikgu Murni.
"Terima kasih, Ariana,"
"Sama-sama, cikgu,"

Beberapa hari kemudian, cikgu Murni, Ariana, Mika, Ahmad, Reen dan Addam telah siap menghias sekolah mereka. Sekolah mereka kelihatan sungguh meriah dan dapat membangunkan semangat Merdeka murid-murid SMK Cahaya.

"Terima kasih semua kerana telah membantu cikgu menghias sekolah ini," kata cikgu Murni.
"Sama-sama cikgu," balas murid-murid yang telah membantu cikgu Murni.

Reen dan Addam menuju ke kelas mereka, 1 Merah. Apabila mereka masuk ke dalam kelas tersebut, murid-murid 1 Merah menyambut selamat kembali semula.

"Selamat kembali ke kelas 1 Merah, Reen dan Addam!" ucap murid-murid 1 Merah.
"Eh, kenapa sambut? Kami berdua baru mula menolong cikgu seminggu lepas," kata Reen.
"Kami rindu akan awak berdua kerana kelas ini selalu tidak penuh murid selama seminggu ini. Ada banyak mata pelajaran dan aktiviti yang awak ketinggalan," kata Hana kepada Reen.
"Oh, begitu," kata Addam.

Semangat Patriotik SMK CahayaWhere stories live. Discover now