Bab 4 : Apa Hari Kemerdekaan kepada anda?

2 1 0
                                    

"Hana, boleh tak saya tanya satu soalan kepada awak?" tanya Reen kepada Hana.
"Boleh, tanya tentang apa?" tanya Hana.
"Apa hari Kemerdekaan bagi awak?" tanya Reen.
"Erti hari Kemerdekaan bagi saya hanya bebas," balas Hana.
"Maksud awak?" tanya Reen.
"Pada saya merdeka adalah berasa bebas daripada semua masalah dan pancaroba yang menggugat dan menggangu pemikiran kita. Jika kita kuat dan mampu mengatasi semua masalah dan cabaran yang mendatang,bermakna kita mampu dan setanding dengan tokoh-tokoh perjuangan yang terdahulu. Apa yang diutamakan ialah semangat,usaha dan sentiasa berfikiran positif meskipun ada halangan. Sesungguhnya jika kita berjaya,bermakna merdeka itu telah digapai," kata Hana dengan semangatnya.
"OK, terima kasih," kata Reen.

Selepas itu, Reen berjalan ke arah Addam pula.
"Addam, apa hari Kemerdekaan bagi awak?" tanya Reen kepada Addam.
"Merdeka bagi diri saya ialah bebas dari segala masalah yang membelenggu didalam diri seperti kesihatan, keselamatan & kewangan. Saya yakin dengan merdeka ini, saya dan orang disekililing akan berasa aman dan selesa dalam mengharungi kehidupan seharian dan masa akan datang," kata Addam.
"Terima kasih, Addam," kata Reen.

Beberapa hari kemudian, Hana dan Addam terfikir tentang soalan yang disoal oleh Reen pada hari sebelum ini.
"Addam, kenapa Reen tanya soalan tentang hari Merdeka?" tanya Hana kepada Addam.

"Entahlah, saya fikir benda yang sama. Agak-agaknya kenapa ya?" tanya Addam sambil berfikir tentang tersebut itu tadi.

Semangat Patriotik SMK Cahayaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن