Bab 3: Pertandingan sempena Hari Kemerdekaan

5 0 0
                                    

Hana, Addam dan Reen menyertai pertandingan tersebut. Hana mencadangkan membuat bersama-sama.

"Hey, Addam dan Reen, mahu tak kita membuat poster itu bersama-sama?" tanya Hana.
"Boleh, tapi kita nak berjumpa di mana?" tanya Addam pula.
"Kita berjumpa di Pustaka Negeri Sarawak," balas Hana
"Boleh, kita berjumpa pada hari Sabtu petang," kata Reen.
"Baiklah," kata Hana.

Beberapa hari kemudian, Reen, Addam dan Hana berjumpa di perpustakaan tersebut.
"Hai, Addam, itu pun awak," kata Reen.
"Hai, Reen, awak apa khabar?" tanya Addam.
"Khabar baik, awak apa khabar?" tanya Reen pula.
"Khabar baik," balas Addam.
"Baiklah. Erm.. awak ada nampak tak Hana?" tanya Reen.
"Tak nampak, di mana agaknya Hana mahu kita berjumpa,"
"Entahlah,"

Beberapa minit kemudian, Reen dan Addam menunggu di kafe tersebut. Telefon Reen berbunyi.
"Hello?" tanya Reen.
"Hello, Reen, ini Hana," balas Hana.
"Oh, Hana. Ya, kenapa awak telefon saya?"
"Awak dan Addam di mana?"
"Kami di kafe di bawah,"
"Saya sudah sampai, jumpa di atas,"
"Baiklah,"
Reen dan Addam pun beredar dari kafe tersebut.
"Itu pun awak berdua," kata Hana.
"Awak dekat sini rupanya," kata Addam.
"Berapa lama dah awak disini?" tanya Reen.
"Tak lama, kurang dalam 15 minit tadi," balas Hana.
"Hah?!..Kenapa tak panggil kami tadi?" tanya Reen.
"Manalah saya tahu korang dekat sini," balas Hana.
"Dahlah, jom kita buat poster itu sekarang," ajak Addam.
"Jom!" jawab Hana dan Reen dengan kegembiraannya.

Reen, Addam dan Hana pun mulalah membuat poster tersebut.

Semangat Patriotik SMK CahayaWhere stories live. Discover now