Bab 3

193 11 1
                                    

Kening tebal milik Amelia berkerut apabila sinaran mentari terpancar masuk ke dalam biliknya melalui jendela.

"Bangun Tengku Amelia!" Datin Maryam yang tadi membuka luas langsir jendela itu berlalu ke tepi katil milik anak daranya.

"Alah ma.. awal lagi.. 10 minit lagi Mel bangun lah.." Amelia menarik comforter sehingga menutupi seluruh badan kecilnya. Sudah jadi kebiasaan bagi seorang Tengku Amelia untuk menyambung tidur selepas menunaikan solat subuh.

"Takde, takde! Bangun sekarang. Anak dara jenis ape lah bangun lewat.. haih" Datin Maryam mengeluh panjang. Ingatkan anak daranya sudah berubah menjadi gadis yang lebih matang.. malah sama aje macam dulu..

Amelia hanya mendiamkan diri dan menyambung tidurnya. Datin Maryam yang sudah naik geram, memukul kuat peha gebu milik Amelia.

"Aduh!.." Amelia bingkas bangun dari baringnya. Jelas riak wajah Amelia kini menyangkan muka tidak puas hati. Amelia menggosok kedua-dua belah matanya bagi meghilangkan rasa mengantuk. Memandang Datin Maryam yang sudah berdiri bercekak pinggang, membuatkan dia sudah bersedia menadah telinga untuk mendengar bebelan mama.

"Haih.. ape nak jadi lah dengan kamu ni Mel.." jari-jemari runcing Amelia sudah naik menggaru kepala yang tidak gatal. Boleh gila dia kalau asyik kena bebel dengan mama. Dah 5 minit Datin Maryam membebel tanpa henti..

"Dah. Cepat siap. Lepastu turun bawah makan."

"Erm.." Amelia hanya akur. Kang kalau singa dalam diri mama keluar, naya dia jadi mangsa.

Datin Maryam berlalu pergi meninggalkan anak daranya di dalam bilik. Amelia yang masih mengantuk itu terus bangun untuk membersihkan diri.

"Nak tido lama sikit pon tak boleh.." gumam Amelia.

Amelia turun dari tingkat atas dengan berhati-hati. Rumah besar itu sedikit riuh dengan suara garau papa dan abang-abangya. Amelia mengecilkan mata apabila melihat dua orang jejaka yang segak bergaya dengan baju turtle neck dan seluar slack. Dua-dua pulak tu. Macam kembar pulak.

"Fuyyoh! Kekanda sekalian. Cantik bergaya, nak pergi mana?" Amelia yang kini sudah duduk bertentangan dengan Tengku Fahim di meja makan sudah memandang abang-abangnya atas bawah. Fuhh hensem jugak eh!

Nasib baik mahram kalau tak, dah lama try mintak nombor.

"Oh.. wahai adinda. Kekanda sekalian mahu berjumpa dengan jejaka idaman adinda yang disebutkan oleh ayahanda semalam" Tengku Fahim pula turut menggunakan gaya bahasa yang sama seperti adiknya.

"Raja Efzan ke?" Dengan laju Amelia menanyakan hal itu. Teruja benor nampaknya..

"Iyerlah adikku sayang.. dah cepat makan, nanti ikut abang sekali" lantas, Tengku Fahim menyuapkan nasi goreng kampung buatan mamanya ke dalam mulut. Yang lain sudah mahu habis makan.. dua orang tu lah yang lambat..

"Yeay!" Amelia juga turut menyuapkan nasi goreng kampung itu ke dalam mulut. Dalam hati sudah bersorak riang. Wahai hamba Allah yang bernama Raja Efzan.. kau tunggu aku datang!

Selepas mereka sekeluarga sudah siap menjamu selera, Dato Muzaffar hanya duduk di ruang tamu sambil membaca surat khabar. Tengku Faris dan Tengku Fahim pula sudah pun menunggu adiknya di luar rumah.

"Nanti bincangkan hal tu juga ya. Memandu tu jangan laju sangat, jangan rush" pelbagai nasihat yang dituturkan oleh Datin Maryam. Ye lah kan.. bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.. mungkin kecuali ada kecemasan!

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now