Bab 9

155 12 7
                                    


Sunyi.

Tiada sebarang suara yang dikeluarkan dari tadi. Hanya bunyi garpu dan pinggan yang berlaga menyapa koklea masing-masing di meja mereka. Amelia sudah berasa janggal dengan mata yang sedari tadi tidak lekang memandangnya. Iris mata sesekali melemparkan pandangan ke luar cermin kaca cafe . Sesekali memandang ke arah si dia yang tidak lepas memandangnya. Erman merenung wajah polos Amelia sambil menongkat dagu. Tidak lupa juga dengan senyuman semanis lori gula tumpah itu!

Sebenarnya, sesudah sahaja Amelia habis kerja, Erman sudah menunggunya di hadapan tempat kerjanya.

"Awak..." Amelia yang dari tadi hanya diam dan menjamah kek, mula membuka mulut untuk memulakan bicara. Sebenarnya, dia sudah mula naik kekok apabila Erman terus merenungnya.

Eleh, padahal suka!

"Hm?" Tanpa mengalihkan pandangan, Erman terus merenung wajah cantik Amelia. Senyuman manis masih terukir di bibir merah miliknya.

"Makanlah.. janganlah tenung saya macam tu.." Erman tergelak kecil melihat wajah kekok Amelia. Tangannya yang tadi menongkat dagu kini sudah mencapai garpu. Kek strawberry di hadapannya dijamah penuh beradap.

Kini, Amelia pula merenung wajah tampan Erman.

Erman yang tersedar akan tatapan Amelia tersenyum kecil. "Saya tahu saya handsome tapi janganlah tenung saya macam tu. Malu saya dibuatnya" Kening lebat milik Erman diangkat sambil tersenyum manis. Tak nampak macam malu pun. Suka ada lah!

Erman tergelak kecil melihat Amelia yang sudah kalut mengalihkan pandangan ke arah lain sambil menahan malu. 'Apahal kau comel sangat Amelia' getus hati Erman.

"I think, dah boleh kita kenal kenal kan?" Amelia memperbetulkan kembali posisi duduk agar kelihatan lebih sopan.
Amelia mengangguk tanda setuju.

"So, i start first. My name is Raja Erman Bin Raja Emran. Ya saya tahu yang awak dah tahu nama saya. Umur saya 26 tahun ni. For my status, still available" Satu garis senyuman terukir pada bibir Erman. Fuhh sexy!

"As you know, saya Tengku Amelia Binti Tengku Muzaffar. Umur 23 dan, single" ringkas sahaja jawapan Amelia. Tidak mahu lah dia beria-ria sangat untuk memperkenalkan diri. Takut nanti orang tidak selesa.

Perbualan antara mereka diteruskan dengan perkara yang tidak seberapa penting bagi menghabiskan masa. Siap dengan pakej gelak-gelak. Orang sekeliling tengok pun dah macam pasangan kekasih.

Tanpa mereka sedar, ada mata yang memerhati dari sudut cafe yang agak tersembunyi itu. Memerhati setiap gerak geri mereka berdua tanpa mengalihkan pandangan ke arah lain. Lelaki misteri yang memakai pelitup muka serta bertopi hitam itu mengerutkan dahinya. Kedua-dua tangan digenggam kemas.

"Tak cukup dengan aku kau lari hilang entah kemana... sekarang kau happy dengan jantan-jantan baru eh? Well done, Amelia.. well done.." dia tertawa sinis sebelum buku limanya naik menumbuk permukaan meja yang didudukinya. Tidak hiraukan orang sekeliling, terus sahaja lelaki misteri itu keluar dari cafe tersebut.

Suara bisikan yang agak riuh setelah lelaki misteri itu berlalu pergi menarik perhatian Amelia dan juga Erman. Badan Amelia dipusing dan mata terarah kepada suara bisikan yang agak riuh itu.

"Apa yang jadi dekat sana tu?" Tanya Amelia yang masih lagi mencari-cari jikalau ada sesuatu yang aneh.

"Entahlah. Tiba-tiba aje orang sekat sana bisik-bisik macam sesuatu terjadi aje.."
Mata Erman juga terarah ke arah tempat yang sama.

"Nevermind that" Erman kemudian menundukkan pandangannya ke arah jam pergelangan tangan. Jam menunjukkan sudah melebihi angka enam. Erman mengeluh kecil. Kenapa lah masa bergerak laju sangat? Baru berhajat ingin merenung wajah cantik Amelia.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now