Bab 8

142 10 0
                                    


Amelia sudah dari tadi kehulu-kehilir di hadapan tempat kerjanya itu. Bukannya dia tidak mahu masuk, tetapi sosok tubuh yang cukup dia kenal itu mematikan niatnya yang tadi ingin mengambil powerbank yang tertinggal. Sebenarnya, bukan miliknya tetapi milik Tengku Fahim. Bukan main lagi dia dimarah oleh Tengku Fahim kerana cuai.

Tertinggal powerbank je pun. Tu pun nak marah macam tertinggal mak!

Dah alang-alang dia keluar hari ini, apa salahnya kalau dia ambil terus powerbank itu.

Sebenarnya, dia sendiri pun tidak tahu kenapa restoran tempatnya bekerja perlu ditutup pada hari ini. Kelmarin sebelum mereka semua pulang, secretary Raja Efzan, Encik Adam memaklumkan kepada mereka semua yang restoran akan ditutup pada hari ini. Tetapi tidak lah pula dia menyatakan mengapa.

Baru nak feeling feeling jadi cef, tapi restoran pula tutup. Haiz.

"Alah malas lah aku nak hadap muka dia tu. Pergi lah jauh sikit so aku boleh masuk." keluh Amelia yang dari tadi perhatikan gerak geri Raja Efzan.

Efzan sedang berbual dengan siapa entah pun dia tidak tahu. Tetapi yang pastinya, dari segi penampilan orang itu, bukan calang-calang orang!

Matanya kini beralih kepada jejaka yang berdiri disebelah Efzan. Amelia mengecilkan matanya untuk mengecam muka si jejaka itu. Tengok badan, macam kenal!

Mungkin hari ini merupakan hari bertuah Amelia. Jejaka tadi memusingkan badannya. Dengan laju Amelia mencuri pandang wajah jejaka berbadan tegap itu.

"Kejap,tu bukan ke... Ha! Erman!" Amelia sudah tersenyum gembira. Satu idea terlintas di dalam fikiran. Ini yang orang namakan mengambil kesempatan dalam kesempitan. Lantas, Amelia menyeluk tangannya ke dalam handbag miliknya.

"Alah... mana ni... takkan lah dah hilang?" Amelia masih mencari-cari sesuatu di dalam begnya. "Haa! Dah jumpa!" Di tangannya ada sekeping kad kecil yang tertulis cantik nombor telefon seseorang. Ya, itu kad yang Raja Erman berikan kepadanya tempoh hari.

Amelia dengan lekas menaip nombor telefon Raja Erman. Selepas menekan punat dail, iphone miliknya dilekatkan ditepi telinga yang dibaluti shawl.

Raja Erman setia berdiri disamping abangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Raja Erman setia berdiri disamping abangnya. Sesekali dia mengangguk. Sesekali dia membuka mulut untuk memberikan pandangan. Tiba-tiba, dia dapat merasakan satu getaran di dalam poket seluarnya. Ringtone iPhone yang sungguh dikenali memenuhi ruangan itu. Mata-mata sudah beralih menatap dia.

Erman meminta diri untuk menjawab panggilan itu. iPhonenya yang selamat berada di dalam poket seluarnya dikeluar lalu ditatap lama. Unknown number. Erman lambat-lambat menjawab panggilan tersebut.

"Hello..." Erman menunggu untuk si penelefon untuk membalas. Suara profesional digunakan.

"Um, hello. Ini Raja Erman kan?" Tanya Amelia.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now