Bab 4

159 12 0
                                    


Sinaran mentari yang memancar masuk ke dalam mata menyebabkan Amelia mengecilkan matanya. Bangunan yang gah berdiri dihadapannya ditatap lama.

Keluhan kecil dibebas keluar dari mulut munggil miliknya. Kalau bukan kerana papa dan abang-abangnya yang memaksa dia untuk datang kemari, memang tak lah dia akan pijakkan kaki di sini.

Flashback

"Alahh papa.. boleh lah." Amelia menggoyang-goyangkan kaki papanya yang sedang khusuk membaca surat khabar itu.

"pulak dah? Bukan ke Mel yang teruja sangat nak kerja dekat situ?" Dato Muzaffar melipat surat khabar yang dibaca kemudian diletak elok di atas meja kopi.

"Entah. Dia jugak yang cakap nak try lah ape lah Si Raja tu" Tengku Fahim yang duduk sambil menyilangkan kaki dengan penuh gaya membidas adiknya yang tiba-tiba menarik niatnya untuk bekerja di Hotel milik anak kawan papa.

Amelia sudah menjeling tajam kepada Tengku Fahim. Tengku Fahim hanya menjelirkan lidah ke arah Amelia.

'Eii kalau aku potong lidah tu baru tak leh cakap' ujar Amelia di dalam hati.

"Kenapa sebenarnya dik? Kenapa tiba-tiba aje adik tak nak kerja dekat sana? Kan ada Abang Efzan dekat sana yang boleh tengok-tengokkan adik"

Amelia melepaskan kaki Dato Muzaffar lalu bingkas duduk di sebelah Tengku Faris.

"Tau dik. Abang Efzan kan ada" sengaja Tengku Fahim tekankan perkataan 'Abang' itu untuk menyakitkan hati adiknya.

Amelia menjulingkan matanya ke atas.

Abang konon!

"But why dik? Kenapa tetibe aje adik tukar fikiran ni?"Amelia mengeluh panjang.

"Adik tak suka lah dia tu.. belagak macho" Amelia mengerutkan kening. Sebenarnya, selepas kejadian hari tu.. sudah beberapa kali mereka bertemu kerana diheret oleh Tengku Faris.

"Alahh tak apa lah. Nanti adik suka lah dia tu" Datin Maryam yang datang dari mana pun mereka tidak tahu pula bersuara.

"Tak mau lah Mel" Amelia menayangkan wajah geli. Mamanya sudah tergelak kecil.

"So pa, abang.. Mel tak nak lah kerja dekat sana.. banyak lagi hotel lain yang boleh Mel kerja" Amelia masih memujuk papa dan abang-abangnya yang dari tadi bertegas agar Amelia bekerja di sana.

"No and of course no. You will work there. End of discussion" Tengku Fahim melantunkan ayatnya yang ringkas dan padat dengan nada yang tegas. Bukan apa, dia tak nak perkara yang dah lama tertanam kini terjadi semula pada adiknya.

Kalau Tengku Fahim pun dah bertukar tegas, adok nde ah...

"Tapi Adi-"

Bang!

"Enough Tengku Amelia!" Seoktaf suara Tengku Fahim menaik sambil menumbuk meja kopi. Mujurlah kayu, kalau kaca tak tahu lah apa kejadiannya...

Bahu Amelia terhinjut akibat tengkingan Tengku Fahim. Ini merupakan kali pertama dirinya ditengking. Tanpa dia sedar permata jernih sudah pun mengalir membasahi pipi mulus miliknya.

Mereka sekeluarga yang terkejut akan reaksi Amelia seakan-akan kehilangan kata.

"Adik..." Tengku Fahim yang baru tersedar akan perbuatannya yang tanpa sengaja lekas bangun dan menapak laju ke arah Amelia.

Amelia yang sedikit terkilan mengelap kasar air matanya. Dia bingkas bangun dan menolak tubuh tegap Tengku Fahim lalu meninggalkan mereka yang sudah diam menyepi. Amelia naik ke tingkat atas dengan perasaan sebak di hati. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, Amelia membukannya lalu mengatup daun pintu dengan kuat.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now