Bab 6

147 13 1
                                    


Satu minggu kemudian.

Langit yang cerah dipandang lama oleh Amelia dari dalam bangunan yang gah itu. Raja Efzan yang sakan memberi taklimat tentang pertandingan antara para commis chef, Amelia hiraukan sahaja. Entah apa yang Si Raja itu cakapkan pun dia tidak tahu. Sebenarnya, lebih kepada malas hendak mendengar.

Seketika Amelia memandang ke luar, seketika menconteng angin di atas meja, malas dia hendak mendengar bebelan Raja Efzan tentang pertandingan itu.

Sebelum Raja Efzan memberikan taklimat, dia bertanya kepada Kak Erika. Memang setiap kali ambil cef baru akan ada pertandingan ini?

Kak Erika hanya menganggukkan kepala. Sebenarnya, bukanlah pertandingan tetapi lebih kepada menguji kepakaran dan bakat para cef baru yang akan diambil. Jika mereka gagal, mereka tidak akan diambil bekerja di sini.

Dia juga berkata bahawa Efzan sebenarnya tidak pernah terlibat dalam activiti ini sebelum ini. Kali ini merupakan kali pertama Raja Efzan semdiri menjadi juri dan memberi taklimat kepda para peserta.

Sambil jari-jemari runcing milik Amelia menari-nari di atas meja membuat sesuatu yang tiada faedahnya, tiba-tiba namanya diseru.

"Tengku Amelia."

Sungguh dia kenal suara itu. Raja Efzan! Dia pejamkan mata sebelum menggulingkan anak matanya. Menyampah dengan lelaki itu. Entahlah, tetapi dengar suara mamat itu pun sudah buat dia naik muak.

Lambat-lambat Amelia mengangkat wajahnya untuk menghadap tuan suara yang menyerunya tadi.

"Ya saya..." dapat dia rasakan semua mata telah tertupu ke arahnya.

"Ulang balik apa yang I cakap tadi." tajam tatapan Raja Efzan kepadanya.

Ah sudah...

Tangannya naik menggaru kepala yang tidak gatal. "Err... cef cakap apa tadi eh?" Tengku Amelia menayangkan senyum tidak bersalah.

Encik Adam dan Erika sudah tidak senang duduk dengan jawapan bersahaja Amelia. Setakat ini, Amelia merupakan oramg pertama yang berani menjawab sebegitu rupa kepada Efzan.

Efzan tidak membalas senyuman itu sebaliknya menayangkan wajah yang dingin dek kutub selatan. Ah sudah. mampus kalini!

"Nampaknya you tak focus. Kenapa? Dah yakin ke boleh lulus?" Sinis sahaja Raja Efzan menghamburkan kata-kata kepadanya. Gadis-gadis yang mungkin sudah terjatuh hati pada Efzan sudah tersenyum mengejek sambil berbisik-bisik sesama sendiri.

Tengku Amelia yang sudah malu menunduk memandang lantai. Sebenarnya, Amelia sudah berkata macam-macam kepada mamat itu dalam hati. Mesti saja mamat tak guna itu mahu memalukan dia di depan orang ramai.

"So korang, pastikan focus kalau orang tengah bagi taklimat. Jangan buat bodoh. Nanti diri sendiri dapat malu." Amelia masih menunduk. Efzan memang sengaja ingin memalukan dirinya.

"I tak akan ulang apa yang I dah cakap. Tengku Amelia... pandai-pandai lah you survive." Efzan tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya sebelum beredar ke ruangan juri. Peserta yang lain sudah mengambil tempat masing-masing. Amelia masih berdiri di tempatnya.

"Awak, jom. Saya terangkan semula dekat awak nanti." seorang gadis yang wajahnya manis dan matang itu menarik tangan Amelia lembut ke arah tempat yang telah disediakan untuk mereka.

Pengendali acara memberikan masa setengah jam untuk para peserta bersedia. Sambil itu, gadis tadi menerangkan semula apa yang telah disampaikan oleh Efzan tadi. Amelia mengangguk-angguk faham.

Setengah jam yang diberi sudah pun berlalu. Semua peserta sudah bersedia di tempat masing-masing. Penilaian akan bermula sebentar lagi. Menu masakan adalah bebas. Ini bermakna mereka boleh memasak apa yang mereka inginkan. Mereka juga diberi kelonggaran untuk memilih bahan untuk dimasak terdahulu sebelum pertandingan bermula.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now