Bab 11

125 11 3
                                    


"Zan!"

Raja Efzan yang terleka dengan lamunan sendiri secara refleks mengangkat pandangan ke atas. Wajah seorang jejaka tampan bersama tubuh yang tegap menjadi permandangan bagi Raja Efzan sekarang. Hanya ada dua orang sahaja yang berani masuk ke dalam officenya ini dengan sesuka hati. Mama dan budak biul tu.

"Ketuk pintu tidak, beri salam pun tidak, mari mari terjah je orang. Kau nak apa?" Dengan matanya yang kini kembali menatap skrin komputer riba membidas bersama nada suara yang bosan.

Hailah kawan..

Jejaka tadi mecebik. Terus sahaja punggung dilabuhkan di atas sofa empuk di hadapan meja kerja milik Efzan. Office Efzan dibuatnya macam dia yang punya. Suka-suka hati jer duduk cer gitu.

"Kau apasal aku panggil tiga kali pon kau tak sedar? And please, aku dah bagi salam okey walaupun tak ketuk pintu" mulut jejaka itu masih lagi mucung dua depa. Macam budak tak dapat ais krim!

Bukan salah dia, salah Efzan yang tidak dengar dia memberi salam. Erm.. ketuk pintu tu hal lain kay.

Efzan hanya melepaskan keluhan kecil. Sudah lali dengan perangai budak itu seorang. Dari dulu, sampailah sekarang, tak ubah-ubah perangainya. Umur pun sudah boleh jadi bapak orang tetapi perangai mengalahkan budak kecil.

Eleh, cakap dekat orang, diri sendiri tu macam mana?

"Kau nak apa datang sini wahai Armand Aldric?"Efzan yang tadi duduk bersilang kaki dengan bergaya di kerusinya kini bangun menuju ke arah sepupunya itu. Dia juga turut melabuhkan duduk di hadapan si sepupu.

Mata hijau yang cantik lagi menggoda itu ditatap lama apabila Armand hanya mendiamkan diri sambil jari-jemarinya ligat membuka paket Kinder Bueno. Armand merupakan anak kacukan Melayu dan German. Mummynya merupakan adik kepada Daddy Efzan. Dan daddynya merupakan orang German. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Armand menjadi kegilaan ramai.

Tetapi itulah, seorang pun hampeh dia tak layan.

"Alah, takkan lah nak jumpa sepupu kesayangan pun tak boleh?" Coklat Kinder Bueno dikunyah dengan penuh nikmat.

"Tak boleh. Aku dah bosan tengok muka kau. Hari-hari datang, hari-hari melekat aje dengan aku dekat dalam office ni. Kau jangan, nanti menimbulkan fitnah" Efzan menyandarkan belakangnya ke sofa.

Jantan bersama jantan di dalam office? Bahaya tu!

Memang kesian pada sepupunya itu, rupa ada, duit ada, rumah ada, kereta ada, semua adalah! Tetapi, tidak punya kawan. Jadi terpaksalah dia buat bodoh dalam office si Efzan apabila dia bosan. Efzan pula, hanya melayan. Armand bagaikan lohong hitam di ruang angkasa yang sunyi. Hashtag, sepupuku kawanku.

"Takda maknanya aku nak suka dekat kau. Excuse me, I am straight okay" paket Kinder Bueno itu diletak di atas meja kopi. Tangan disilangkan di dada.

"Manalah tahu kau tu"

Armand sudah menunjukkan muka menyampah. Tak kuasa dia mahu bergitu gitu dengan si Efzan itu. Mahunya naya dia dibelasah daddy.

Tawa Efzan memenuhi ruangan officenya itu. Mata sesekali turun menjeling Iphone miliknya. Jarinya lincah menekan-nekan skrin telefon. Tambah dengan pakej senyum seorang diri pula tu.

"Kau tengok apa tu Zan? Siap zoom lagi tu" tanya Armand yang sudah naik pelik melihat sepupunya sengih seorang diri macam kerang busuk.

"Takde papelah"

"Ya ke takde pape?"

"Haah"

"Tipu"

"Betul"

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Donde viven las historias. Descúbrelo ahora