Bab 10

151 10 2
                                    

Hari yang indah dengan langit yang cerah. Ditambah dengan nyanyian merdu burung-burung yang menenangkan lagi jiwa penduduk sekeliling. Suasana yang nyaman pasti membuatkan semua berbahagia. Tetapi, bukan kepada hamba Allah yang bernama Tengku Amelia.

"Ish! Bencinya!" Rengus Amelia.

Hari ini merupakan hari yang malang buat Amelia. Sudahlah pagi tadi terbangun lewat gara-gara lupa untuk mengunci jam. Tengku Fahim pula makan lambat membuatkan dia ke tempat kerja agak lewat pada hari ini. Almaklumlah, keretanya terlalu lemah sampaikan masih ditahan ward. Keretapun, sikit-sikit sudahlah rosaknya!

Tak semena-mena dia kena hadap si singa jadian itu. Siapa lagi kalau bukan si dia yang bernama Raja Efzan. Kenapalah dia rajin sangat nak turun padang hari ini? Marah dia buat apa? Pergilah marah si Fahim biul tu. Dia yang lambat, orang lain yang jadi mangsa.

Aku tengah baran ni! Baran!

Masam mencuka muka Amelia pada hari ini. Orang mahu tegur pun takut. Baru sahaja mereka ingin mengatakan 'hi', dah kena jelingan maut milik Amelia.

"Awak." Amelia yang mendengarkan suara yang pernah didengarinya itu terus memandang ke arah si pemilik suara. Muka gadis itu ditatap lama sehingga membuatkan gadis itu naik janggal.

Setakat ini, gadis itulah merupakan orang yang pertama berani menegurnya pada hari ini.

"Kenapa tengok muka macam pernah nampak eh. Suara pun macam pernah dengar." tiada mukadimah tiada apa, terus sahaja Amelia menanyakan soalan. Wajahnya yang tadi ibarat pemangsa yang ingin menerkam mangsanya kini bertukar biasa apabila menanyakan hal itu kepada gadis tadi.

Gadis itu tergelak kecil.

"Awak lupa eh? Ingat tak yang hari tu masa awak tengah mengelamun waktu Cef Efzan tengah bagi penerangan? Saya lah yang ajak awak ke meja awak tu."

Kerutan kecil muncul pada dahi licin Amelia. Dia cuba mengimbas kembali memori yang satu itu, dan Alhamdulillah. Dia masih lagi ingat.

"Ooooooo..." panjang benar harakahnya. Segaris senyuman terukir pada bibir gadis itu.

"Sorry sebab tak buat proper introduction."

Gadis itu kemudian menghulurkan tangan untuk bersalam. Salamnya disambut ramah oleh Amelia.

"Amelia."

"Afrin."

Mereka bersalaman sambil menghafiahkan senyum kepada satu sama lain. Mulalah sesi kenal-kenalan antara mereka berdua.

 Mulalah sesi kenal-kenalan antara mereka berdua

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

Rancak pula mereka berbual. Bukan curi tulang, tetapi rezeki mereka tiada pelanggan sewaktu itu kerana Raja Efzan sudah memberitahu mereka semua tentang kehadiran VVIP pada hari ini.

Semua makanan untuk mereka sudah siap dihidangkan di atas meja di dalam VIP room yang tersedia khas untuk mereka yang berpangkat.

Dari tajuk ini, masuk ke tajuk itu, dari tajuk itu masuk ke tajuk ini semula. Amelia suka perwatakan Afrin. Baik, mudah ngam dengan orang, senang cerita, sekepala dengan Amelia.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Där berättelser lever. Upptäck nu