Bab 13

190 8 3
                                    


"Nah, ni surat yang Amelia dapat." surat yang berada di dalam genggaman Tengku Faris kini bertukar tangan.

Efzan memerhati surat itu sebelum dia buka. Setiap perkataan dibaca dengan teliti. Dengan perasaan marah yang kini makin menjadi-jadi dalam hati, surat itu dicampak ke atas meja dengan kasar.

"Siapa yang bagi surat ni?" Soal Efzan dengan dahi yang berkerut. "Kau yakin ke jantan tu yang bagi?"

Tengku Faris hanya mengangkat bahu. Sofa empuk yang tersusun elok di hadapan meja kerja milik Raja Efzan dia duduk sambil bersilang kaki. Efzan mengangkat sebelah keningnya.

"Amelia cakap dia tak nampak sangat rupa badan orang tu. Nampaknya kita perlu cari lah mamat tu" jari-jemarinya ligat menekan iPhone miliknya.

"But, maybe it's not easy to find him this time" sambung Tengku Faris

"Macam mana kau tahu?"

"Entah. Firasat" jawab Tengku Faris selamba sambil jari-jemarinya ligat menekan kaca telefon.

Efzan memandang pelik ke arah Tengku Faris. Adik sendiri dalam bahaya pun boleh buat-buat tenang. Bantal yang berada di atas sofa berhadapan dengan Tengku Faris dicapai. Tanpa dia menyedari perlakuan rakannya itu tadi, tahu-tahu bantal itu sudah melekat pada mukanya.

"Woi!"

Bantal tadi dicampak ketepi oleh Tengku Faris. Raja Efzan? Sudah ketawa terbahak-bahak. Tengku Faris memperkemaskan rambutnya yang tadi rosak akibat terkena bantal yang dilempar oleh Efzan. Dia menjeling tajam ke arah kawannya itu.

"Eh, eh, jeling-jeling orang lak. Yang dia tu adik sendiri dalam bahaya boleh pula buat selamba aje" Efzan kembali duduk di meja kerjanya.

"Dah kau?" Soal Tengku Faris.

"Apa dengan aku?"

"Kau kan ada. Buat apa aku nak risau?" Dia memerhati rambutnya di dalam kamera iPhone miliknya. Kepala diangguk apabila sudah puas dengan penampilan rambutnya. Yup! Handsome!

Efzan yang memahami maksud kata-kata Tengku Faris tadi mengeluh kecil. Memanglah dia ada, tetapi sekurang-kurangnya tunjuk lah risau sikit dekat muka itu.

"Weh, Zan. Aku gerak lu. Ada client kena jumpa nanti" Tengku Faris bangun dari duduknya lalu memperkemaskan kemejanya. Kot berwarna emerald green yang berada di atas sofa dicapai lalu disarungkan ke badan. Tangan diangkat kepada Raja Efzan. Anggukan ringkas dibalas.

Setelah kelibat Tengku Faris menghilang di sebalik pintu ofisnya, fikirannya kembali melayang memikirkan tentang Tengku Amelia.

Butang yang tersorok di bawah meja kerjanya ditekan. Selang beberapa saat, seorang gadis yang berpakaian seperti seorang pembersih masuk ke dalam ofis miliknya itu.

"Tuan"

Fail di tangan dibelek-belek. Efzan memegang fail tentang isi maklumat seseorang. Tidak lain tidak bukan, Tengku Amelia.

Asal usul? Umur? Tinggi? Semua terkandung dalam fail tersebut. Dengan matanya yang masih melekat pada fail itu, dia membuka mulut untuk berbicara.

"From now on, never leave her side. If anything happen, call me immediately"

"Baik, tuan" gadis itu masih lagi berdiri tegak di hadapannya. Matanya naik melihat wajah gadis yang berpakaian seperti seorang pembersih itu.

"Lin, jaga dia untuk aku. Aku tahu kau mampu buat semua tu" fail tentang maklumat diri Tengku Amelia diletakkan ke tepi.

Gadis yang disebutkan sebagai Lin itu hanya tersenyum.

"I will"

Lin menundukkan sedikit kepalanya lalu berjalan keluar dari ofis Efzan. Efzan turut mengukir senyum senget. Lin, Efzan yakin yang dia boleh dipercayai.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now