Bab 15

113 5 1
                                    


Suhu bilik yang panas membuatkan lena Amelia terganggu. Ditendangnya selimut ke tepi akibat badan yang sudah berpeluh. Maklumlah, musim panas dan juga rumah terletak berdekatan pantai.

Akhirnya, suhu bilik yang agak panas bagi Amelia itu membuatkannya terjaga dari lena. Dia bingkas duduk di atas katil dengan muka yang berkerut.

"Panasnya... Ni mesti aircond rosak lagi."

Bukannya Puan Naimah tidak maklumkan kepadanya bahawa aircond di dalam bilik itu sekejap baik, sekejap rosak, tetapi dia juga yang tidak kisah. Katanya, asal ada katil untuk tidur.

Matanya digosok beberapa kali sebelum tangannya naik mengemaskan rambut yang serabai.

"Dahaga lah pula... pergi minum air lah kejap dah alang-alang bangun ni." Berhati-hati dia berdiri dari katilnya kerana bilik yang gelap. Tangannya meraba-raba bahagian kepala katilnya, mencari telefon pintar kesayangan.

Setelah menjumpai telefonnya, dia terus menuju ke arah pintu lalu membuka lampu bilik. Bilik yang tadi gelap, sekarang sudah terang-benderang.

Tudung yang tersangkut di belakang pintu dicapai lalu disarungkan di kepalanya.

Daun pintu dibuka perlahan. Tidak mahu membuatkan penghuni rumah yang lain terjaga. Kakinya kemudian laju melangkah ke arah dapur.

Ruangan rumah gelap-gelita tanpa sebarang lampu yang terbuka. Tetapi, ruangan dapur yang terang dengan cahaya lampu siling membuatkan Amelia tertanya-tanya.

"Aik... rasanya abang Ris dah tutup lampu dapur sebelum tidur semalam." Ujar Amelia perlahan.

Langkah diteruskan ke arah dapur. Sampai sahaja di tepi dinding dapur, kepala dijulurkan ke tepi untuk mengintai jika seseorang ada di dapur.

Tubuh tegap milik seseorang menjadi pandangannya. Matanya tidak lekang merenung belakang tubuh tegap milik jejaka itu. Raja Efzan, sekali lagi membuatkan seorang Tengku Amelia terpengung dengan ketampanannya.

Efzan melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu itu. Gelas yang berisi air sejuk diminum.

Sesekali matanya teralih ke arah telefon pintarnya, sesekali merenung kosong.

Amelia masih lagi merenung belakang tubuh Efzan dalam diam. Akhirnya, dia memilih untuk keluar dari tempat persembunyiannya.

"Chef buat apa dekat sini tengah-tengah malam ni?" Tanpa salam, Amelia menegur.

Efzan terus berpaling ke arah pemilik suara. Mahu gugur jantungnya akibat terkejut. Salam tidak ada, apa pun tidak ada, tiba-tiba terjah sahaja macam itu. Kalau terkena serangan jantung tak ke naya?

"Astaghfirullahalazim, Amelia... terkejut saya. Lain kali bagilah salam dulu. Kalau terkena serangan jantung tadi macam mana?" tangannya naik mengusap dada, mengilangkan rasa terkejut tadi.

"Sorry, tak sengaja, hehe." Amelia senyum tidak bersalah. Efzan menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum menyambung percakapannya.

"Tadi ada buat kerja sikit. Pastu rasa dahaga pula. Itu yang saya datang sini kejap." lembut Efzan berkata.

Amelia tidak mengatakan apa-apa dan hanya mengangguk kecil. Dia kemudian berjalan ke arah kaunter dapur.

"Chef nak minum apa-apa tak? Saya bancuhkan." Soal Amelia tanpa memandang ke arah Efzan.

"Boleh juga. Coffee, please."

'Amboi-amboi... order macam dekat kafe' marah Amelia dalam hati. Nasib baik ikhlas nak buatkan.

Kopi tiga dalam satu dicapai. Amelia mula membancuh air kopi untuk dirinya dan juga Efzan.

Efzan pula hanya merenung tubuh kecil Amelia. Gerak-geri Amelia diperhatikan oleh Efzan. Senyum kecil terukir sementara mata fokus pada tangan Amelia yang lincah membancuh kopi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now