Bab 14

240 10 9
                                    


Jam menunjukkan tepat pukul 5.45 p.m. puan Naimah dan Datin Maryam ligat melakukan kerja di dapur, menyiapkan hidangan yang akan dihidangkan kepada para tetamu sebentar lagi. Kawan-kawan Puan Naimah pun ada yang sudi datang menghulurkan bantuan. Menolong apa yang perlu.

Bak kata Puan Naimah, dia akan menyediakan gulai kambing sendiri. Lebih baik dari menempah katering katanya.

Dato Muzaffar serta abang-abangnya sedang sibuk di luar.

Amelia? Juga turut sibuk di dapur menolong apa yang perlu. Badan sudah melekit-lekit, ibarat mandi peluh. Baju pun sudah kotor akibat tertumpah kuah gulai tadi. Tudung pula? Memang sudah tidak nampak rupa tudung. Asal tutup aurat itu dikira jadilah.

Tetamu akan mula datang dalam pukul enam setengah petang, tetapi sudah ramai yang datang kemari. Kebanyakannya merupakan kenalan Puan Naimah.

"Amelia! Tolong ambil bekas untuk letak lauk dekat ruang tamu kejap" laung Datin Maryam dari arah dapur.

Tanpa berlengah-lengah, Amelia terus menuju ke arah ruang tamu untuk mencari bekas yang diminta oleh mamanya itu.

Meja yang tersusun kemas ditepi dinding ruang tamu dituju. Beberapa buah bekas besi dicapai lalu kaki laju melangkah ke arah dapur pula. Bekas tadi dihulur kepada Datin Maryam.

Amelia memandang sekeliling. Memerhati setiap gerak-geri orang-orang di sekililingnya. Semua orang sedang sibuk belaka sekarang. Tiba-tiba, bahunya ditepuk kuat oleh seseorang menyebabkan lamunannya hilang terbang entah ke mana.

"Ish budak ni! Orang panggil boleh pula dia termenung." Amelia hanya tersengih tidak bersalah.

"Pergi susun atas meja dekat ruang tamu sana. Lauk semua dah siap. Cuma perlu susun atas meja aje" sambung Datin Maryam sambil menunjuk ke arah lauk-pauk yang sudah selamat diisi ke dalam bekas tadi.

"Yes boss!" Lantas, Amelia mengangkat lauk-lauk itu untuk disusun di atas meja.

Sambil-sambil menyusun, sudah ramai tetamu yang sudah sampai. Rasa malu menjiwai diri Amelia apabila pakaian yang dipakainya agak selekeh dan juga kotor. Terpaksa lah dia tebalkan muka menahan malu.

Tup, tup, jam sudah menginjak angka 6.50 petang. Tetamu ada yang sedang berborak-borak sementara menunggu waktu maghrib untuk solat berjemaah. Imam pula baru sahaja sampai beberapa minit yang lalu.

Amelia membereskan dan mengemas apa yang patut di dapur apabila dia terdengar suara yang menyapa nenek dan mamanya itu.

"Mama, Efzan dah sampai. Ni dia orangnya" Datin Maryam tersenyum manis kepada Raja Efzan yang berdiri di tepi Tengku Faris.

Mendengarkan hal itu, Amelia terfikir sendiri.

'Efzan? Aku tak salah dengar kan?' Soalnya kepada diri sendiri dalam hati.

"Dah bertambah tinggi kamu sekarang Efzan. Kali terakhir auntie tengok kamu pun sudah lima tahun lepas. Semakin segak bergaya untie nampak" puji Datin Maryam sambil tersenyum.

"Eh takde lah untie. Biasa, biasa je" Efzan membalas penuh rendah diri.

Suara tu! Lantas, Amelia menoleh ke arah mereka. Sah! Memang mamat tu! Cepat-cepat dia menyembunyikan mukanya yang tidak mengenakan sebarang alat solek itu dengan papan memotong. Muka hauk!

"Tok ma, ni kawan Ris. Raja Efzan, tok ma panggil je dia Efzan. Dia ni bos adik" sambung Tengku Faris kepada Puan Naimah.

Puan Naimah memerhati tubuh tegap milik Efzan dari hujung rambut hingga hujung kaki sebelum melemparkan senyuman manis miliknya. Efzan membalas senyuman Puan Naimah dengan penuh beradab.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now