𝐁𝟐

1.2K 45 4
                                    

Tok! Tok! Tok!

Dengar sahaja bunyi pintu kayu diketuk lantas Mariam berjalan ke ruang tamu untuk membuka pintu tersebut, pintu dibuka lalu dia nampak tiga orang lelaki yang berbadan tegap dengan berpakaian serba hitam.

"Encik Ibrahim mana? " soal salah seorang jejaka itu

"waalaikumussalam, kenapa cari abah? " jawab Mariam tenang

"abah? Aku tak tau orang tua bangka tu ada anak! Lawa pun lawa" kata lelaki itu sambil memasukkan kedua belah tangannya di dalam kocek seluar lalu perlahan menghampiri Mariam, Mariam mula merasa tidak sedap hati dia terus melangkah ke belakang agar lelaki itu tidak menyentuhnya

"kenapa lari hmm?" lelaki itu tersenyum sinis apabila melihat muka Mariam yang sudah cemas, "mana bapak kau? " Mariam melepaskan nafas lega kerana lelaki itu tidak mengapa-apakan dia

"abah kerja" ringkas jawab Mariam

"kau tau tak 'abah' kau ada hutang dengan aku? " terus berdebar jantung Mariam apabila lelaki itu menyentuh perkataan 'hutang' ,dia paling tidak gemar jika meminjam duit dengan orang yang tidak kenal dia sendiri tidak kenal 3 orang jejaka di depannya ini

"berapa? " tergelak sinis lelaki itu

"mampu ke bayar? " Mariam tergamam seketika

"20, 000" membulat mata Mariam bile dengar sahaja angka yang disebut oleh lelaki itu sebentar tadi

"mampu ke nak bayar? Kalau tak mampu kau boleh bayar guna cara lain"

"cara lain? " soal Mariam

"kahwin dengan aku" jawab lelaki itu lalu menyilang tangannya ke dada

"Tak,aku akan bayar duit kau semula" kata Mariam tegas, dia juga tidak tahu mengapa dia terlalu berani berkata begitu padahal dia juga tidak ada kerja yang tetap hanya berkerja di gerai Pak Samad

"okay, aku bagi kau masa sebulan! Pastikan 20,000! " kata lelaki itu dan dia terus beredar meninggalkan Mariam, anak mata Mariam hanya mengikut setiap gerakan mereka sampai kereta lelaki itu tidak kelihatan lagi .Akhirnya dia dapat bernafas dengan tenang setelah mereka pergi, hendak menelan air liur pun terasa kesat di bahagian tekak, apa patut dia buat sekarang?

Setelah memikirkannya dia masih buntu tidak tahu ingin buat apa-apa, takkan lah dia mahu meminjam duit orang lain? Nanti berbakul-bakul pula hutang dia hendak membayar. Lagi-lagi hutangnya mencecah beribu, 2000 ribu bukannya sedikit tetapi makan masa yang agak lama jika mahu mengumpul

Duit simpanannya untuk kemasukan universiti Maira jadi dia tidak boleh guna duit itu nak tak nak dia perlu berbincang dengan Tuan Ibrahim tentang hutang itu, serabut bila difikirkan dia mahu Tuan Ibrahim cerita semuanya kepada dia.

Hanya seorang sahaja yang dia boleh harap iaitu Mak Jah, bergegas dia menukar baju lalu pergi ke rumah makcik Hajah untuk membantu dia memikirkan masalah hutang itu




"Assalamualaikum! Mak Jah! "

"Waalaikumussalam " jawab Pakcik Samad lalu membuka pintunya besar, terukir senyuman di wajah Pakcik mad bila melihat wajah Mariam di hadapannya

"Mariam kenapa kamu datang? " soal Pakcik Mad sambil tersenyum ke arah Mariam

"Mariam nak jumpa Mak Jah sekejap" Pakcik Mad angguk lalu menjemput Mariam masuk ke dalam rumahnya

"jah! Anak awak datang ni! " laju-laju Mak Jah pergi ke ruang tamu apabila terdengar Pakcik jerit 'anaknya'

"Mar! " jerit Mak Jah lalu memeluk tubuh kurus Mariam itu dengan erat, Mariam hanya membalas pelukan tersebut walaupun baru semalam dia berjumpa dengan Mak Jah

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now