𝐁𝟏𝟏

808 26 0
                                    

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan sudah pun tiba dimana hari terakhir abah menjadi duda anak tiga. Mariam tersenyum melihat abah yang begitu gementar manakala pengantin perempuan belum sampai lagi, biasalah perempuan kan?.

Beberapa minit berlalu akhirnya pihak perempuan sampai juga, mata di dalam rumah itu hanya tertumpu pada pengantin perempuan sahaja. Terlalu cantik sehinggakan Maira dan abah terpegun melihat gadis yang bernama ‘Amina' itu atau akan dikenali lagi sebagai Puan Amina.

Semua sudah bersedia mengambil tempat, masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Tok Imam juga sudah bersedia lagi membuat kan Mariam gementar walaupun bukan dia yang berkahwin tetapi dia dapat rasa gementar itu. Tidak boleh bayangkan jika dia kahwin nanti.....

“Muhamad Ibrahim bin ahmad baharun "

“ye saya"

“aku nikah kan dikau dengan anak perempuan ku Nur Amina binti mohamad hazril dengan mas kahwinnya RM 980 ringgit tunai"

“aku terima nikahnya Nur Amina binti mohamad hazril dengan mas kahwinnya RM 980 ringgit tunai"

Selepas semua ahli keluarga nya menangguk tanda sah maknanya Amina adalah pengganti ibu tiri mereka mula dari sekarang. Maira kononnya tidak mahu mengalirkan air mata akhirnya air mata tertumpah juga membasahi pipi gadis itu.

Selepas sahaja sesi lafaz nikah, keluarga terlebih dahulu mengambil gambar dengan pengantin- pengantin tersebut. Mariam hanya merenung dari tepi sebelum dia boleh mengambil gambar bersama ibu bapanya. Dia masih tidak anggap Amina sebagai ibunya tetapi dia akan cuba sebaik habis untuk menganggap wanita itu sebagai ibunya.

“Weh mijah! Kau tengok muka si Mariam tu! " ujar Makcik Bedah sambil menunjuk-nunjuk kearah Mariam

“eh haah lah! Mesti dia tak suka kan dengan si Mina tu sebab nikah dengan abah dia! " makcik Bedah angguk tanda setuju dengan kata-kata yang dilontar oleh makcik Mijah sebentar tadi

“itu la! Sanggup betina tu kan! Kahwin dengan suami kawan baik sendiri! " Mariam hanya memasang telinga dari tadi, dia melangkah ke arah makcik-makcik tersebut

“Makcik kalau makcik datang majlis nikah abah saya untuk memburukkan mak tiri saya, saya rasa makcik boleh la kot balik rumah dulu " ucap Mariam lalu senyum kearah mereka berdua

“aku bukannya apa Mariam, tengok muka kau pun aku tahu kau tak suka dengan si Amina tu! " kata Makcik Bedah

“macam mana makcik tahu saya tak suka dengan dia? " terus terdiam mereka berdua dibuatnya, langsung tidak berani untuk menjawab apa-apa

“maaflah jika saya buat makcik rasa tersinggung, saya tak berniat nak jadi kurang ajar atau apa-apa. Tapi makcik kena ingat dosa dengan Allah makcik boleh minta ampun tapi dosa dengan Manusia? Belum tentu mereka akan maafkan makcik, saya cakap buat peringatan untuk kita bertiga. Sekian daripada saya. Saya pergi dulu Asalamualaikum "

Mereka berdua terus terkedu dengan ayat-ayat yang dilontar dari mulut Mariam sebentar tadi. Terus dada ini bagai dihempap, mereka merenung gadis itu. Mereka berpandangan sesama sendiri, fikirkan balik apa yang dikatakan oleh Mariam tadi. Kata-kata itu memang boleh menusuk ke hati.

“Itulah kau orang! Siapa suruh kacau anak aku! Kan dah kena ceramah! " kata Mak Jah lalu melepaskan tawanya di depan muka makcik Bedah dan juga makcik Mijah. Jangan pernah nak mengata abahnya kalau taknak kena ceramah, itu baru sedikit belum lagi dia membuka topik tentang lain-lain.

Mariam menyarungkan tudung sarungnya yang berwarna hitam lalu keluar dari rumah kayu itu. Tanpa gadis itu sedar Amina sedang mengikuti nya dari belakang, tujuan Amina mengikuti dari belakang kerana mereka sepatutnya mengambil gambar bersama-sama tetapi Mariam tiba-tiba hilang jadi dia bertanya pada Mak Jah dan akhirnya jumpa gadis itu.

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now