𝐁𝟏𝟑

675 27 1
                                    

BUKU-BUKU yang tersusun di atas meja belajar milik Mariam diambil lalu diletakkan di dalam kotak, aktiviti hari ini ialah mengemas bilik tidurnya dan meja belajar sebelum hari graduasinya tiba. Dia teruja menantikan hari yang paling dia tunggu selama ini, tidak percaya sekelip mata sahaja dia sudah menamatkan ijazahnya. Pasti ibu bangga dengan Mariam kan?

"Weh Mariam, siapa yang hantar kau balik semalam?"

Soal Mawar sambil tangannya sibuk melipat kain baju yang baru diambil dari mesin basuh pengering

"kereta Audi r8 tu ke? " Kayla yang dari tadi kusyuk bermain game terus terhenti dan memandang kearah Mariam dengan wajahnya terkejut manakala Mawar terhenti melipat baju apabila dia dengar sahaja perkataan 'Audi r8'. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri

"sumpah lah Audi r8? " Kayla bertanya untuk kepastian, kalau betul lah. Mariam memang untung gila kerana dapat menaiki kereta yang mahal, kereta jenama Audi ialah kereta yang paling dia inginkan selama ini. Tetapi dia tiada duit untuk membeli kereta itu, usah di kata kereta, sewa rumah pun dia bayar tergendala disebabkan kekurangan duit sejak dua menjak ni.

Mariam sekadar angguk

"Pergh! Kereta idaman aku tu! " kata Kayla teruja

"balik kepada soalan tadi, siapa yang hantar kau semalam? Lelaki ke perempuan? Abah kau ke? Irfan ke? Ke kau ada boyfriend lain? " bertubi-tubi soalan yang dilontarkan kepada Mariam, dia tidak tahu sama ada dia mahu berterus terang ataupun menipu.

"takde siapa-siapa lah, kawan aku je" balas Mariam lalu menyambung mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja belajarnya. Kayla dan Mawar berpandangan sesama sendiri.

"iya ke kawan? " soal Kayla sambil keningnya terangkat, Mariam sekadar angguk sebagai jawapan. Malas mahu bercerita tentang Adyan kepada kawan-kawannya lagi, takut nanti mereka mulai salah faham.

"nah Mariam, Irfan bagi dekat kau waktu kau balik kampung haritu " Mawar menghulur sekotak hadiah kecil bewarna hitam, lambat-lambat Mariam mengambil kotak itu dari tangan Mawar. Dia membuka kotak itu lalu dia tersenyum, gelang di dalam kotak itu diambil lalu terdapat surat yang terselit pada gelang itu.

A beautiful bracelet for a beautiful girl. Wear it on your graduation day!

- Irfan

Senyuman mulai terukir di wajah apabila dia membaca surat itu, tanpa sedar Mawar dan Kayla sedang memerhatikannya dari tadi tersengih dek kerang busuk. Mariam memandang ke arah mereka berdua lalu senyumannya terus mati apabila Kayla mula membuat muka jijik seperti ingin muntah. Tak boleh tengok orang bahagia betul!.

Mariam mengambil gelang itu daripada tangan Mawar dengan lembut, dia hanya pandang gelang itu lama lalu tersengih sendiri. Ini bukannya kali pertama Irfan beri hadiah kepada dia, sebelum ini Irfan selalu membernya bunga ros. Memang sudah tahu kelemahan Mariam ialah bunga ros, kalau boleh dia mahu laman rumahnya dipenuhi dengan bunga ros sahaja.

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now