𝐁𝟓

970 45 0
                                    

Perlahan Mariam menyikat rambutnya yang lurus lalu diikat bun supaya kelihatan lebih kemas dan tidak terjuntai. Kalau diikutkan hari ini ialah hari pertama dia bekerja di syarikat tersebut, nasib kebelakangan ini dia tidak ada terlalu banyak kelas ataupun assignment yang perlu disiapkan jadi dia ada banyak masa untuk bekerja.

Mariam berdiri di hadapan sebuah bangunan yang dikenali sebagai 'HR.KING COMPANY' matanya tidak berkedip dari tadi kerana bagunan itu terlalu tinggi dan juga besar. Kakinya mula melangkah satu demi satu sampai masuk ke dalam syarikat tersebut, ternyata terlalu ramai orang di dalam walaupun baru pukul 7:00 tetapi sudah ramai yang datang dan membuat kerja mereka

Mariam hanya berjalan di tingkat atas sebenarnya dia tidak tahu mahu pergi ke mana jadi dia hanya berjalan tanpa hala tuju, bukannya dia tidak tanya kepada orang tetapi ramai yang buat tidak endah jadi dia pergi sahaja kemana kakinya bawa. Elok sahaja Mariam berjalan tiba-tiba seorang gadis melanggarnya secara tidak sengaja

"awak okay? " tanya gadis itu risau

"tidak apa sikit sahaja" jawab Mariam sambil gadis itu menghulur tangan untuk membantu dia bangun dari jatuh, gadis itu tenung sahaja Mariam .

"intern baru ke? " soal gadis itu lagi

"iya" gadis itu tersenyum lalu menghulur tangan untuk berjabat

"saya Anisa, boleh panggil Anis. Mari saya tunjukkan tempat awak? " Mariam berjabat tangan lalu mengangguk sambil mengoyakkan senyuman pada bibir.

Mariam hanya mengekori Anisa dari belakang, jujur dia berasa teruja kerana ini kali pertama dia jejak kaki di syarikat yang besar malah syarikat pernigaan pula

Mariam melabuhkan punggungnya di atas kerusi ofis tersebut lalu hand bag yang dipegang diletakkan diatas meja tersebut.

"kerja ini awak perlu settle kan ya? Lepas dah siap boleh letak atas meja saya" Mariam angguk lalu Anisa beredar dari situ untuk menyiapkan kerjanya.

Mariam menyalakan laptop terlebih dahulu lalu mencapai fail tersebut dan membuat kerja yang disuruh oleh Anisa sebentar tadi.








2:00 PM

Masa untuk pekerja berehat ataupun dikenali lagi sebagai lunch hour, Mariam menutup laptop nya terlebih dahulu lalu bag tangan dicapai dan dia terus beredar dari situ. Dia ingat mahu pergi ke kafe sahaja untuk buat alas perut lagipun dia tidak terlalu lapar tetapi dia perlukan kopi sekarang ini.

Nasib di depan syarikat itu terdapat pelbagai-bagai kedai jadi dia tidak perlu pergi jauh hanya demi kopi sahaja.

"welcome! " Mariam tersenyum lalu menengok menu yang disediakan di atas meja kaunter tersebut.

"bagi saya latte " barista itu angguk sambil menekan di skrin pos system, "ada nak tambah apa-apa lagi ke? " Mariam menggeleng

"semuanya RM7.00" Mariam mengeluarkan 10 ringgit di dalam dompetnya lalu menghulurkan duit itu kepada barista tersebut

"baki 3 ringgit tu awak simpanlah buat tip" Mariam senyum kearah barista tersebut

"terima kasih cik! " Mariam tersengih melihat gadis itu seronok dapat tip dari pelanggan, teringat waktu dahulu dia bekerja di gerai Pak Samad ada juga pelangganya yang murah hati bagi tip kepada dia. Tidak dinafikan memang rasa teruja dan seronok apabila pelanggan menghargai kerja kita dan membagikan tip, tidak kisah jika dia dapat atau tidak tetapi kalau dapat dia berterima kasih dan bersyukur atas rezeki yang Allah telah beri kepada dia.

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now