𝐁𝟗

771 21 0
                                    

Tiba sahaja di kampung Pantai 2,Mariam semestinya terlebih dahulu menuju ke rumahnya untuk berjumpa dengan ayahnda tersayang. Sebenarnya dia agak gementar kerana mahu memberi cadangan tentang berpindah ke abah walaupun dia juga tahu jawapan yang akan diberi namun dia tetap tidak berputus asa untuk bertanya.

Taksi memakir kereta tersebut betul-betul berhadapan dengan rumah kayu yang jelas kelihatan sudah lusuh, itulah sebabnya dia mahu berpindah bila-bila masa rumah itu akan roboh kerana diperbuat daripada kayu.

“ini ke rumahnya cik? " soal pemandu taksi tersebut, jelas kelihatan wajah pakcik itu seperti tidak percaya. Iyalah mana orang duduk di rumah kayu pada zaman ini.

“iya pakcik " jawab Mariam lalu keluar dari kereta taksi tersebut, malas mahu lama-lama jika lama mahu beribu soalan yang akan dilontar oleh pakcik taksi tersebut. Pakcik itu juga turut keluar dari kereta untuk menolong membuka bonet kereta lalu mengeluarkan bag-bag yang ada di dalam bonet tersebut.

Bag roda milik Mariam diletakkan di atas tanah yang penuh dengan rumput kehijauan di laman abahnya. “terima kasih pakcik " pakcik itu sekadar angguk lalu memasuki perut kereta semula dan beredar dari kawasan rumah kayu itu. Selepas bayang kereta taksi itu sudah semakin menghilang, Mariam memberi salam dahulu di depan pintu rumah tersebut.

“waalaikumussalam " Tuan Ibrahim membuka pintu rumah sambil bibirnya sudah menimbulkan senyuman yang lebar apabila muka Mariam sudah berada di depan mata. Dia menarik Mariam dalam pelukan dan peluk gadis itu dengan erat, melepaskan semua rindu yang tersimpan selama ini.

Bila dia peluk Mariam ibarat dia sedang memeluk tubuh Mariana. Gaya, muka, penampilan, perangai, semuanya ada di dalam Mariam yang membuatkan lagi nampak seperti Mariana. Bila bercakap tentang Mariana mustahil dia tidak rindu dengan wanita yang dia paling cintai dan tidak akan berubah walau apa pun jadi. Nama ‘Mariana ’ di dalam hati tidak pernah akan hilang malah pudar sekali pun, sedikit pun tidak akan berganti tempat nama itu. Begitu cintanya dia terhadap Mariana.

“abah? " Mariam menyentuh perlahan bahu milik Tuan Ibrahim membuatkan abahnya sudah sedar dari termenung

“abah dah peluk awak ke tadi? " soal abah, Mariam tergelak kecil mendegar soalan yang dilontar dari mulut abah

sudah bah, abah peluk ketat sangat sampai Mariam nak bernafas pun susah! " Dia saja mahu bergurau dengan ayahnda tersayang itu

“iya ke? Maaf lah. Setiap kali abah peluk awak teringat ke arwah ibu... " suasana menjadi sepi apabila abah menyentuh perkataan ibu.

“tak apa lah abah lagipun Mariam gurau je tadi" Kata Mariam lalu merukirkan senyuman di bibir. Sekarang ini ada satu perkara yang dia perlu risau kan iaitu tentang perpindahan tersebut.

Abah merenung wajah Mariam sambil tersenyum, dia tahu ada sesuatu yang dia perlu bagitahu Mariam dengan segera sebelum gadis itu dapat tahu terlebih dahulu. Rahsia yang disimpan olehnya selama 5 tahun, semata-mata tidak mahu Mariam berasa sedih ataupun kecewa dengan pilihannya tetapi apa yang dia mampu buat selain memberi tahu gadis Itu juga.

Dia tahu Mariam akan menentang pilihannya tetapi apakah daya? Dia juga berhak untuk bahagia. Dia mungkin akan menyesal dengan keputusan itu tapi sekurang-kurangnya dia dapat juga kembalikan rasa bahagia yang sudah ditanam selama beberapa tahun selepas Mariana meniggalkan dia berseorangan.

“kenapa abah renung Mariam macam tu? " soal Mariam

“saja, tak boleh ke nak renung anak sendiri lama-lama? " kata Tuan Ibrahim

“untuk abah sentiasa boleh! " abah tergelak kecil mendegar jawapan yang keluar dari mulut Mariam

“sudahlah pergi masuk dalam mandi, busuk dah bau awak! " Mariam mencebik lalu memerintah dengan kata-kata abah sebentar tadi. Dia masuk ke dalam rumah lalu terus menuju ke bilik tidur sebelum mandi, daun pintu dibuka lalu Mariam melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang dikongsi oleh dia dan juga adik bongsunya.

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now