𝐁𝟏𝟖

818 32 15
                                    

Sedang kusyuk membuat kerja tiba-tiba satu panggilan berdering di telefon bimbit milik Mariam. Tanpa menunggu Mariam terus menjawab panggilan tersebut, ternyata yang menelefon nya itu adalak adiknya yang bongsu.

"Asalamualaikum kakak, abah masuk hospital " kata Maira

"Hospital mana? " jawab Mariam risau akan ayahnya

"hospital Pantai 2" tanpa berkata panjang, dia terus mengambil begnya dan kunci kereta. Sampai sahaja di tempat letak kereta dia terus menghidupkan enjin lalu beredar dari kawasan bagunan itu untuk pergi ke kampung nya.

Selepas beberapa jam memandu, akhirnya dia samapai ke destinasi yang dikatakan oleh adiknya di telefon bimbit sebentar tadi. Emosi nya sekarang ini sangat risau apabila di masih tidak dapat tengok ayahnya lagi.

Bila saja nampak sosok tubuh adiknya Malik dia terus menghampiri adik lelakinya itu. Mereka berdua masuk ke dalam bilik lalu berjalan menghampiri ayah yang elok terlentang di atas katil hospital tersebut.

Jelas wajah abah sangat lesu dan pucat, tidak lain tidak bukan pasti abah pengsan sewaktu sedang bekerja di tempatnya. Mariam sudah pesan beberapa kali untuk berhenti bekerja tetapi ayahnya tetap degil dan tidak mahu pencen dari kerjayanya.

Sudahlah anak perempuannya berjauhan, makin risau apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti ini lagi apabila dia tiada di kampung. Walaupun Amina ada di sisi ayahnya tetapi dia tetap risau jikalau ada apa-apa berlaku kepada mereka berdua.

Mariam menyuruh mereka bertiga untuk pergi makan sementara dia menjaga ayahnya yang elok sedang baring di atas katil hospital itu. Bukannya apa, dia rasa bersalah kerana mereka menunggu nya dari jam 10:00 pagi hinggalah jam 1:00 petang dan masih tidak menjamu apa-apa lagi. Jadi dia mengambil keputusan untuk menjaga ayahnya sewaktu mereka bertiga makan petang.

Sementara menunggu ayahnya sedar, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil ayahnya itu lalu membuka telefon bimbitnya.

Tiba-tiba sahaja dia tertekan kontak yang bernama 'ad' di aplikasi WhatsApp nya. Kalau diikutkan sudah sebulan jejaka itu pergi ke Switzerland dan kali terakhir mereka membalas chat adalah sehari selepas jejaka itu terbang ke Switzerland, selepas itu tiada khabar sudah daripada jejaka itu dan Mariam juga malas mahu mengganggu kerana dia tahu Adyan mungkin sibuk dengan kerjanya di sana.

Pejam celik sahaja sudah mahu masuk bulan Disember tetapi dia masih belum menemui jodohnya, tetapi perkahwinan bukan jadi masalahnya kerana apa yang dia perlu risaukan adalah untuk memujuk ayahnya berhenti bekerja.

Tangan ayahnya mula bergerak perlahan-lahan hingga menyentuh bahu gadis itu. Terkejut Mariam dibuatnya, nasib sahaja gadis itu memukul tangannya tadi.

"abah kalau ia pun jangan terkejut kan Mariam macam itu" kata Mariam, abah hanya mampu tersenyum sahaja

"abah, Mariam nak minta satu je dari abah. Boleh? " minta Mariam

"tolong berhenti kerja. " dengar sahaja setiap perkataan yang keluar dari mulut Mariam abahnya laju-laju gelang lalu pandang ke tampat yang lain. Mariam sudah agak ini yang akan berlaku.

"ini untuk kesihatan abah juga, kalau abah asyik masuk hospital disebabkan kerja je macam mana? Nanti Mariam juga yang susah tau. Abah kena faham Mariam duduk jauh tak boleh nak jenguk abah selalu, kalau abah nak Mariam balik sini selalu abah kena berhenti kerja kalau tidak Mariam taknak balik sampai bila-bila! "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now