𝐁𝟕

891 30 1
                                    

Perlahan kaki Adyan malangkah menuruni anak tangga satu persatu untuk menuju ke dapur. Selalunya hari-hari dia akan pergi ke kerja tetapi kali ini terpaksa duduk di rumah kerana demam, entah dari mana kena pun dia tidak tahu.

Kakinya terhenti apabila melihat seorang gadis yang memakai tudung bercorak berwarna biru cair beserta baju kurung hitam gelap, senyuman mula terukir di bibir apabila menoleh ke wajah tersebut

Kakinya terus menuju ke gadis tersebut sambil senyuman nya tidak lekang dari tadi.

"Adyina? ?" seru Adyan dari belakang membuatkan bahu gadis itu terhicut dek terkejut, terus gadis itu menoleh ke belakang dan terang badan tegap milik Adyan terpapar di belekang. Terus gadis itu tersenyum laku memeluk badan Adyan dengan erat.

Adyan tanpa berkata panjang dia terus menyambut pelukan gadis itu, sungguh dia rindu dengan gadis yang bernama 'Adyina'. Sudah sekian lama dia tidak nampak gadis itu malah batang hidung juga susah untuk nampak.

"amboi, dah jumpa dengan abang kesayangan dia terus lupakan mama ya Adyina? "Kata Puan Ariana sambil meletakkan tangannya yang memegang senduk ke pinggang, kalau dah jumpa abang teruna seorang itu memang tidak lepas lah pelukan tu sampai ke esok pagi.

Mereka berdua terus meleraikan pelukan lalu memandang kearah Puan Ariana, jelas kelihatan wajah mama seperti cemburu. Adyan dan Adyina memandang ke arah satu sama lain lalu melepaskan tawa apabila melihat muka mama menjeling tajam kearah mereka berdua.

"malas mama nak melayan karenah kamu berdua ni, lebih baik aku sambung masak. Naik loya tengok peluk-peluk macam itu" kata Puan Ariana

"eleh cakap je lah mama jealous kan sebenarnya? " ngusik Adyina sambil menayangkan senyuman sinisnya kearah mama

"takde masa aku nak jealous " terus Puan Ariana beredar dari ruang tamu itu dan menuju ke dapur untuk sambung memasak, mamang betul pun apa yang Adyina kata. Memang dia agak jealous tengok bonding di antara Adyan dan juga Adyina, pagi tadi Adyina balik pun gadis itu hanya menyalam dan memeluk tangannya.

"bila adik balik dari US? " soal Adyan sambil mengambil tempat di sofa berhadapan dengan sofa yang duduki oleh Adyina.

"baru sampai pagi tadi sebenarnya" jawab Adyina

Adyina merupakan adik bongsu kepada Adian dan Adyan, juga merupakan satu-satunya puteri Tuan Azriel dan Puan Ariana. Gadis itu dapat belajar di ' SVYN INTERNATIONAL BOARDING SCHOOL US.1" antara sekolah menengah yang terhebat di negara serta di dunia. Bukan itu sahaja, Adyina juga mampu untuk mendapatkan top-1 setiap kali perperiksaan. Sebut sahaja nama gadis itu semua orang memang kenal Adyina,siapa sahaja tidak mengenali anak kepada Tuan Azriel dan juga Puan Ariana.

"kenapa tak suruh abang ambil dekat airport tadi? " soal Adyan

"mama kata abang sakit jadi yina taknak lah susah kan abang, lagipun Delvin yang tolong ambil yina" balas Adyina, malas mahu menyuruh abang teruna nya untuk mengambil kerana mama sudah inform awal-awal bahawa Adyan sakit sejak semalam

"eleh sakit sikit je ni" Adyan menyilang kedua-dua belah tangannya di dada

"abang pergilah rehat, yina nak mandi" kata Adyina lalu beredar dari ruang tamu untuk menuju ke bilik tidur miliknya. Adyan juga turut beredar dari ruang tamu untuk berehat di biliknya

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik tidur nya, Adyan melabuhkan punggungnya di atas kerusi ofis yang berwarna hitam miliknya. Laptop dibuka lalu dia sambung untuk menyiapkan kerja yang banyak itu walaupun sakit dia masih cergas untuk menyiapkan kerjanya, haih....

𝐌𝐫𝐬. 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐲𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥𝐥 | 𝑂𝐺Where stories live. Discover now